Nufa menganga.

"Amboi, bercakap tak ingat oppa saranghae kau eh? Sempat aje kau mengusyar ya?" Perli Nufa. Lengan Warda dicubit perlahan dua tiga kali. Boleh tahan gedik juga perempuan seorang ini.

Mendapat cubitan Nufa, Warda hanya mengekek ketawa. Tangan Nufa dipegang kemas kemudiannya. Riak muka dah tunjuk teruja untuk sambung kata. Comel ya guys gadis begini. Tapi tak boleh mengurat lah. Dia sudah berpunya. Dan kalau dah single smula, mungkin jadi Sayf punya. Hahaha!

"Like seriously, ramai weh yang hensem. Semalam aje, dua tiga kali mata aku jadi segar."

Nufa lepaskan tawa. Terhibur sekejap dengan perangai gedik Warda. Nak kena report buah hati ni!

Warda urut pelipis sendiri sambil tayang muka sedih. Drama. Dan Nufa hanya melayan. Sembang lah kawan, sembang! Bagi dia tak bosan. Pelanggan sikit pula hari ini. Lengang aje dobi ni. Walhal hari ini hari Ahad.

"Aku tak main-main weh. Tapi semalam lelaki yang tolong kau pun hensem juga weh." Warda sambung kata. Dua tangan dah tekup pipi sendiri sambil kepala menggeleng kecil.

Dengar 'lelaki yang tolong semalam', terus wajah tak beriak Nadhif masuk dalam kepala. Serentak itu, hilang terus mood Nufa mahu melayan Warda. Ada pula bawa masuk lelaki kerek tu dalam perbualan. Tak patut!

Lihat Nufa yang tiba-tiba tak berminat melayan katanya, Warda jatuhkan tangan.

"Tak hensem ke?"

Nufa tayang muka geli. Kepala laju menggeleng sebagai jawapan. Kalau boleh nak geleng sampai Subuh esok. Nak tunjuk betapa tak hensemnya lelaki itu pada pandangannya.

"Eh, kau buta ke apa nyah?" Warda bertanya tidak percaya. Dicucuknya bahu Nufa berkali-kali, mengajak gadis itu dengar kata-katanya. Dia tak habis kata lagi ni.

"Dia tu dah lah tinggi. Muka maskulin. Rambut dia hensem. Badan berotot. Suara husky-husky sikit. Pastu semalam masa dia tolak tawaran aku nak tolong dia, ya ampun! Cool gila weh. C-O-O-L kau tahu tak? Huish!" Melambung pujian Warda kepada Nadhif, buat Nufa menggeleng malas. Malas nak percaya.

"Tolong lah, Warda. Tak eh? Tak!" Nafi Nufa malas.

Warda menggeleng.

"Sumpah hesmes gila. Macam Encik Haikal tu. Dua kali lima aje lah dorang berdua tu." Warda sambung lagi.

Nufa dah urut pelipis sendiri. Pening dengar pujian hesmes tak habis Warda.

"Hensem-hensem tak reti senyum buat apa? Kelat aje dua puluh empat jam. Lepas tu perangai pun tak semengah. Kerja nak sinis-sinis aje. buat sakit hati tau kalau jenis hensem macam tu." Kutuk Nufa. Berlainan katanya dengan Warda.

Warda geleng sekali lagi.

"Ya ampun! Kau tak pernah tengok dorang senyum ke?"

Nufa tayang muka geli.

"Tak nak aku tengok."

Dengar jawapan Nufa, terus Warda tepuk bahu Nufa berkali-kali. Meh aku ajak sembang kencang-kencang. Dah rugi sungguh Nufa Huwaina ni. Rugi gila!

"Ya ampun! Serius kau tak pernah tengok dorang senyum, Nufa? Rugi aku kat! Rugi!" Semangat Warda kata Nufa rugi.

Bahu masih dipukul Warda. Geram Nufa dibuatnya. Terus Nufa menepis laju tangan Warda. Duduk pun dah dijarakkan. Bahaya jenis bersembang seperti Warda. Tangan tak pernah nak duduk diam. Lagi-lagi bila gelak. Ya Allah! Nak patah tulang-belulang dipukul tangan kecil yang penuh bisa itu.

"Dorang senyum hensem gila weh. Mata aku ni jadi cerah terus. Tak payah pakai spek mata pun takpe dah!" Pujian melambung kepada dua lelaki yang Nufa tak senang itu kedengaran lagi.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now