Diam Nufa tak membalas. Kadang-kadang kerling jam nak tengok berapa lama Sayf membebel. Tapi buat senyap-senyap lah. Kalau ditangkap Sayf, makin panjang lah bebelannya. Tak pergi kerja mereka nanti.

Sayf kerling Nufa tajam.

"Kau balik dengan siapa semalam?" Soal Sayf selepas habis membebel.

Nufa tayang muka lega terus bila dengar soalan yang diaju Sayf. Tanda-tanda bebelan nak tamat.

"Dengan Halwa."

"Halwa mana pulak ni? Manisan mana angkut kau yang psiko semalam balik?"

Mata dijuling tanda menyampah. Nak juga mengutuk.

"Halwa Nabila, anak owner kedai buah yang baru buka kat depan dobi tu." Balas Nufa. Badan dah disandarkan ke kereta. Malas dah nak berlakon seperti seorang pesalah. Mood pun dah terbang bila sebut nama Halwa. Bukan kerana Halwa pun sebenarnya tapi kerana kepala teringat semula senyum mengejek dan sinis abang Halwa semalam.

"Annoying."

Berkerut kening Sayf dengar gumam Nufa. Terus dia menoleh pandang Nufa yang dah mendung wajahnya. Aik, macam dah terbalik pula ya keadaan sekarang. Sepatutnya dia tau yang mendung-mendung semua ni.

"Siapa? Halwa?"

Nufa pandang Sayf sekilas.

"Bukan. Abang dia. Eh, dah lah. Aku tak ambil breakfast lagi. Nak masuk kerja lagi." Kata Nufa sebelum kaki melangkah menuju ke pintu penumpang hadapan.

Mujur Sayf dah tak kunci pintu. Kalau tak, dia sembur sahaja lelaki itu. Biar terbalik betul-betul.

Bolos masuk ke dalam kereta, Nufa terus pakai tali pinggang keledar. Tutup pintu dan tarik cermin keluar. Tak ambil endah langsung dengan Sayf yang dah mula memandu pergi dari kawasan perumahannya. Tudung dibetulkan dan bila berpuas hati, cermin disimpan semula dalam tote bag.

"Makan mana?" Soal Sayf sebaik sahaja Nufa simpan cermin.

Nufa pandang Sayf.

"McDonald boleh?" Soal Nufa.

Sayf senyum. Mood dah baik. Sayf nak jadi macam malaikat. Bye-bye syaitan.

"Drive thru aje lah ek? Aku malas nak cari parkir." Kata Sayf. Kereta dipandu tenang.

"Okey." Nufa membalas pendek sebelum dia buka telefon. Masa untuk dia pula melapor kepada abah dan Numair. Realiti hidup anak bongsu Haji Azman begini lah. Melapor aje bila keluar dari rumah. Sampai rumah pun kena melapor.

Buka telefon, baru dia perasan missed call dan WhatsApp message yang masuk. Kebanyakannya dari pak cik di sebelahnya. Patut pun buka kes pagi-pagi. Nampak lah kerisauan lelaki itu tak hilang lagi sebab mesej Sayf yang terbaru pagi tadi pun dia belum baca dan balas.

"So, you want to talk about yesterday's? Mifzal, Ayesha and angah?" Tenang dan lembut Sayf menyoal. Tersentuh sedikit hati kecil Nufa.

Takpe. Takde boyfriend takpe, asal jangan takde best friend seperti Sayf Hakim dalam hidup.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SCRAMBLED EGG SANDWICH dihabiskan sebelum bungkusan plastiknya dicampak masuk ke dalam paper bag. Sayf yang masih menikmati makanan yang sama di sebelahnya dipandang kosong. Tak silap dia, itu sandwich kedua Sayf. Lelaki ini memang kuat makan. Badan tak gemuk-gemuk juga.

"Aku dah habis makan." Beritahu Nufa sebelum dia buang pandang ke luar tingkap. Kedai #OhMyDobi dipandang. Tengok shutter dah dibuka, dia tahu dobi itu sudah beroperasi. Entah dari jam berapa. Dia datang lambat. Mujur juga perniagaan keluarga sendiri. Hehe.

Sayf mengangguk sahaja. Nufa yang dah bersiap-siap untuk keluar dari kereta dipandang.

"Nak jumpa Warda tak?" Soal Nufa sambil sengih. Kalau nak tahu, Sayf ni crush dengan Warda. Tapi gedik tak nak bagitahu. Jadi lah sayf ni pemerhati dari jauh aje sampai lah Warda dah ada buah hati sendiri.

Masih dia ingat bagaimana dia bantai gelak bila lihat muka kecewa Sayf. Bukan salah dia, tapi salah lelaki itu. Orang suruh confess tak mahu. Bila melepas, sibuk kecewa bagai. Puih. Lama tak lama, dua minggu juga Sayf murung. Mujur lepas tu baik-baik sahaja.

Dengar suara mengusik Nufa, Sayf beri jelingan tajamnya. Tahu Nufa sengaja.

"Kau kalau aku sekeh kepala pun sedap juga. Meh sini kepala!" Sayf dah angkat tangan mahu sekeh kepala Nufa namun pantas Nufa bolos keluar dari kereta. Sambil itu gelak besar. Kelakar lihat wajah monyok dan tak puas hati Sayf.

Sayf hanya julingkan mata. Malas melayan Nufa dah.

Nufa tayang gigi sambil tunjuk peace. Tahu comel begitu. Nak bagi Sayf lihat kecomelan dia sebelum pintu ditutup rapat. Badan terus membongkok kemudiannya bila lihat Sayf jatuhkan tingkap kereta.

"Kau balik kerja ni duduk sini diam-diam eh. Kau hilang lagi macam semalam, aku tak jadi driver kau dah. Pandai-pandai lah kau hidup nanti." Ugut Sayf sedikit garang namun sedikit pun Nufa tak gerun. Makin dia sengih dan angkat tangan tanda tabik ada lah.

"Annoying." Kata Sayf sebelum dia tukar gear. Mahu pergi dari situ. Tak macam Nufa, dia seorang mahasiswa. Doa lah dia berjaya habiskan ijazah sarjana dia tahun ini.

Nufa hanya melambai pergi kereta Sayf sehinggalan Iriz merah itu hilang dari pandangan. Selepas itu, kaki mengatur langkah masuk ke dalam dobi. Masa untuk berkerja!

Buka sahaja pintu, mata disajikan dengan pelanggan yang sudah beratur panjang di kaunter. Intai kaunter, ada Warda seorang sahaja di situ. Takde Afrina. Pelik sungguh. Terus kaki dibawa menuju ke kaunter.

Warda yang perasan kehadiran Nufa terus tayang muka lega. Laju dia tarik tangan Nufa untuk membantu dia layan pelanggan yang makin bertambah bilangannya. Runsing kejap kenapa pelanggan ramai tapi memandangkan hari ini hari Sabtu, tak pelik sangat kut. Memang masa semua orang buat kerja rumah sebetulnya.

Letak tote bag di lantai, nufa terus berdiri di kaunter sebelah Warda. Bersedia untuk kerja. Sebelum mula, dia tanda kehadiran dia dahulu. Dan senyum sambil pandang hadapan, nak melayan pelanggan yang hadir.

Senyum yang terukir terus nak hilang bila lihat wajah ketat di hadapannya. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Encik Haikal, Guru Art Material kat depan tu. Huh.

"Lembab." Kutukan selamba Haikal sumpah buat darah Nufa menggelegak. Eee! Kalau lelaki ini bukan pelanggan, dah lama dia sembur. Nasib baik pelanggan. Pelanggan tetap pula. Nak tak nak, kena layan dengan baik.

"Kenapa lah Kak Na takde." Omel Nufa di bawah nafas. Yang boleh tahan dengan mamat muka ketat ni Afrina seorang sahaja. Takde orang lain.

"Kau boleh tak jangan mengelamun. Aku nak cepat lah." Sekali lagi. Tak pernah lah kata-kata lelaki ini menyenangkan hati. Dua puluh empat jam akan sakit hati.

Eee!

Angkat pandang dia nampak senyum sinis Haikal. Terus teringat Nadhif Hamza. Ha, elok dua makhluk tu berkawan. Huh! Rosak terus harinya.

*Dia macam... ha, baca aje lah.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now