prolog

682 55 4
                                    

Ribuan tentera perang Orlee sudah pun tumpas, Bilangan monster jadian terlalu banyak tuk tentera mereka yang hanya ribuan orang saja, Panglima perang buntu, bagaimana dia ingin memenangkan perang jika perang ini sangat mengejut, Ratu baru saja meramalkan bahawa akan berlaku nya peperangan dengan Raja Kegelapan, dan strategi yang ia lakukan belum sempat di laksana kerana ini.

"SEMUA !!! BERUNDURRRRR"

"TUAN KITA PERLUKAN PENDINDING!"

Panglima mengangguk pantas, Ratu.. ya Ratu mereka satu-satu yang mampu membuat dinding pelindung. Dengan laju ia teleport ke istana.

***

Panglima perang tercungap-cungap menerangkan kebuntuan mereka, berharap Ratu dapat mencari jalan untuk memenangkan peperangan ini.

"Kalau begitu, beta sendiri akan mengetuai perang, kamu.. jaga Putera Harold" kata putus Sang Ratu membuat seisi bilik terdiam.

Putera Harold lantas berdiri,

"Tak!! saya tak setuju, tergamak kamu semua hantar seorang Ratu untuk berperang, tugas kamu adalah melindung Ratu bukan menempatkan baginda di medan perang. Jeneral, kamu sudah melampau!"

Ttakkk!!

Semua tersentak dan menoleh ke Sang Pemerintah,

"Apa kamu fikir seorang Ratu hanya untuk di lindungi Harold?"

"Tidak, tapi tugas seorang Ratu hanya memberikan arahan bukan pergi berperang!"

"Kamu merendahkan kebolehan beta?"

Putera Harold lantas menundukkan kepala,

"Tidak, Tapi keselamatan Tuanku sangat penting, Siapa yang akan memerintah jika Tuanku tewas di medan perang" suara Harold mengundur.

Sang Ratu berdiri, membuat seisi meja turut sama berdiri dan menundukkan kepala.

"Keputusan Beta muktamad, Tugas seorang Ratu adalah melindungi rakyatnya"

"Tapi-"

"Luther!" orang kanan dan penasihat diRaja lantas mengangkat kepala,

"Ya Tuanku"

"Jika sesuatu terjadi pada Beta, Kamu harus mengangkat Putera Harold menjadi Raja"

Ttakkk!!!

"Aku taknak dan kau kena balik sini hidup-hidup! ingat tu" Putera Harold terus meninggalkan bilik,

Ratu menghela nafas,

Gaun nya putih milik nya perlahan-lahan bertukar menjadi pakaian perang,

"Tuanku.." ujar Luther sayu, takut terjadi apa-apa kepada gadis itu, ia sudah berjanji dengan mendiang Maharaja agar sentiasa menjaga keselamatan anak gadis nya.

"Tak perlu risau, beta akan kembali hidup-hidup"

*******

Darah membuak-buak keluar dari mulut Raja Kegelapan, Sang Ratu tersenyum sinis,

"Nampak nya kau bukan lawan aku Vega"

Sang Raja tersenyum, sudah lama ia ingin melihat wajah ini, tapi tidak sangka mereka berjumpa sebagai musuh.

"My Queen" ucap nya seraya bangun menggunakan Katana yang menjadi tongkat.

"I'm not your Queen"

Raja Vega merenung mata emas milik gadis yang menolaknya dulu, hanya karna dia seorang rakyat biasa, Maharaja enggan menerima pinangan nya, maruah nya sebagai lelaki di pijak begitu saja, dia nekad, nekad mahu menjadi Raja sehingga dia mampu memiliki gadis idamannya, sekarang ia telah pun menjadi Raja, Raja segala kegelapan.

"Kalau kau terima aku dulu, semua ni takkan jadi my Queen, aku akan pastikan kerajaan kau dan semua kuasa yang kau ada akan jadi milik aku, termasuk kau" ucap nya sinis,

Ratu tertawa sinis

"Semua tu takkan jadi Vega, sebab apa? sebab kau akan mati kat tangan aku!," tali berapi biru menjalar dengan laju mengikat kaki Raja kegelapan, Katana milik nya di angkat ingin memotong tali tapi Ratu sempat menepis sehingga Katana itu terpelanting jauh, Sang Raja tersenyum sinis.

"Kalau aku mati, kau pun akan mati My Queen" Raja Kegelapan mencipta satu lohong yang dipenuhi api, tangan nya laju menarik pinggan Sang Ratu sebelum ia sempat menepis. mereka jatuh ke dalam lohong.

Namun seperti nasib menyebelahi Ratu, ia sempat mencapai tebing lohong, dari paras pinggang nya sudah terkena api, tubuh di kuatkan untuk naik ke atas walaupun dia yakin kaki sudah mula terbakar

Tiba-tiba pinggang nya dipeluk oleh sesuatu yang panas, dia menoleh dan melihat Raja Vega yang menahan diri nya.

"Nak kemana My Queen, neraka sedang menunggu kita"

"Kau sendiri akan masuk ke dalam neraka yang kau cipta Vega" Dengan kekuatan yang ada, Ratu menendang Raja Vega dengan lutut nya sehingga pelukan itu terlepas dan Raja Kegelapan hilang di sebalik kepekatan api, Tanpa ia sedar, tanah yang di genggam itu meluntur.

"No No No No tolong se-sesiapa to...Arghhhhhh!!" Sang Ratu pun turut jatuh ke dalam api, mata nya di pejam pasrah.

"Panas..Air" ucap Ratu sebelum nafas nya perlahan-lahan hilang, tubuh nya kaku, api di dalam lohong itu mula padam dek kerana tubuh Sang Ratu mengeluarkan air, malangnya dirinya sudah tidak bernyawa.

Raja Vega tersenyum sinis, matanya di pejam.









The Immortal SpiritWhere stories live. Discover now