bab 12

928 176 14
                                    


Tania tersenyum sinis...

"Okay that's all for today, see you guys next class " Laptop di tutup dan Lecturer itu meninggalkan dewan kuliah.

Tania mula berkemas dan berdiri dari duduk nya. Luke di sebelah hanya dibiarkan.

Luke sedaya upaya cuba untuk mengerak kan tubuh badan nya.. Dia cuba tuk teleport tapi gagal. Dia memandang Tania. Dia cuba tuk bercakap dalam minda gadis itu. Tapi tak boleh seolah olah semua nya terkunci. Dengan kebolehan yang ada. Luke memejamkan mata nya, dia cuba mengesan pemilik kuasa itu.

Sesaat, Luke terdiam' Tak mungkin..ni kuasa di Raja, orang yang berdarah biru saja yang dapat mengawal kuasa ni, tapi macam mana kuasa ni ada kat sini '.Luke memerhati langkah terakhir Tania sebelum keluar dari dewan. 'aku dah agak'

5 bulan kemudian.....

Hubungan Luke dan Tania mula membaik. Luke sudah mulai patuh dengan kata Tania dan mengusik gadis itu kena dengan waktu nya.

Tania pula mula selesa dengan kehadiran 'hantu' itu. Entah sampai sekarang dia tak tahu Luke itu makhluk jenis apa..nak kata dia hantu. Luke ada kuasa.. Hantu ada kuasa ke?, Takkan..so dia biarkan je lah malas nak ambik pusing.

Satu kereta mewah masuk ke dalam perkarangan University. Perhatian orang ramai di situ mula tertumpuh pada nya. Kereta itu bergerak dan berhenti betul betul di hadapan seorang gadis. Mata keemasan itu nampak menyala dek sinar cahaya matahari.

Seorang bodyguard turun dari kereta dan membuka pintu seat belakang. Seorang wanita dalam lingkungan 40-an keluar dari perut kereta. Di ikuti oleh seorang lelaki lingkungan 40-an juga.

"Hye anak Mummy.." Sapa Puan Diya, dia mendapat kan Tania, tubuh anak gadis nya itu di dakap untuk melepaskan rindu. Tuan Nathan tersenyum. Tipu kalau dia tak rindu pada satu satunya anak gadis nya.

"Hye Mummy"Tania membalas pelukan Mummy nya.

"Dah lama tunggu?"

Tania menggeleng "baru je"

Dia kemudian bergerak ke arah Daddy nya, tubuh kekar itu di dakap. Tuan Nathan tersenyum, ubun-ubun Tania dikucup. Sesaat kemudian,Tania melepaskan pelukan. Dia pandang seorang yang berdiri di sebelah Mummy nya, Orang itu mendepakan tangannya.

"Aku? Taknak peluk? " Tyler senyum mengoda.

"Tch siapa je nak peluk beruk? " Tania tersenyum senget..mood dia agak baik hari ini, nak graduate kan, siapa je tak happy, Ya... Hari ni ialah hari dia graduate. Sebab tu keluarga dia datang sini.

"Kalau aku beruk kau pulak kakak beruk" 

"Siapa cakap aku kakak kau? Kau tu anak pungut"

"Kalau aku anak pungut, takdelah Mummy sayang aku ketat-ketat, kan Mummy.." lengan Puan Diya di peluk, Tyler tersenyum bangga, "Entah tah kau sebenarnya anak pungut, sebab tu lah Mummy tinggalkan kau kat sini" sambung Tyler

"Anak kesayangan ni bebas, nak apa pun diikutkan,kau? keluar malam pun tak boleh, kesian"

"Sebab aku anak kesayangan lah, Mummy taknak aku keluar malam, takut nanti jadi apa-apa haa hilang anak kesayangan Mummy nanti, kan Mummy" Tyler tersenyum senget, haa balas balas.

"Tu sebab Mummy taknak buang duit tuk anak pungut, credit card kau pun ada limit kan, aku.."kredit kad berwarna hitam dan keemasan di keluarkan. Tania senyum mengejek.

"No..Limit.."

"kauu!--"

"Dah dah..kamu berdua ni asal jumpa je gaduh..Jumpa je gaduh..Kita datang sini bukan nak tengok kamu berdua ni berperang mulut. Tak penat ke mulut tu duk pok pek pok pek haa, kita..."

"Dah..Awak pun jangan nak join mereka sekali. Mari kita masuk" potong Tuan Nathan. Kalau nak dengar bebelan isteri nya tu..sampai esok pun mungkin tak habis lagi.Tuan Nathan mula berjalan masuk.

"Awak ni dah kenapa.. Suka sangat potong bila saya bercakap tau.. nak perang mulut dengan saya jugak ke? saya merajuk kang baru tau " rajuk Puan Diya, kaki turut melangkah membuntuti langkah Suaminya.

"Yelah..salah saya" Tuan Nathan mengalah, Isterinya ditarik rapat, bahu itu dipeluk kemas. Perempuan kalau merajuk hilang otak nya.

Tania dan Tyler memerhati langkah Puan Diya dan Tuan Nathan sehingga masuk ke dalam dewan.Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Apa!" kata Tania dan Tyler serentak.

"Blah  arr" sekali lagi mereka serentak berkata. Sebelum kedua dua nya berlalu pergi ke laluan masing masing.

Luke memandang Tania dan Tyler dengan renungan kosong. Siapa pulak laki ni

3 hours later....

Setelah semua nya selesai..Tania mendapat penghargaan sebagai pelajar cemerlang setiap sem. Nama nya tercatat di papan kenyataan sejarah University itu sebagai pelajar paling cemerlang. Sesi bergambar juga telah selesai. Kini mereka bergerak balik ke rumah tempat tinggal Tania.

"Esok kamu ikut Mummy dan Daddy balik Malaysia ya. Kita balik sesama " pujuk Puan Diya, Dia nak anak nya tinggal bersama dia.Tania mengangguk kepala. Dia turut masuk ke dalam kereta selepas Mummy nya, Tuan Nathan sudah masuk terlebih dahulu.

"Mum kejap..Tyler nak pergi toilet jap"

"Lah..Kat rumah jelah"

"Tak tahan dah ni Mum.. Kejap erk tunggu jap" Tyler terus berlari ke satu arah. Dia berlari tanpa sedar dia menembusi badan seseorang.

Luke yang baru saja di tembusi oleh seorang lelaki tersentak. Dia menoleh kebelakang 'Aura dia macam..'  Kejap tu kan lelaki yang bersama Tania tadi, Luke mengekori dari belakang, tahu jejaka itu masuk ke dalam tandas, dia berhenti dan berdiri di luar tandas lelaki, Dia perlu di tembusi kembali oleh lelaki tadi. Dia nak pastikan sesuatu.

Tyler keluar dari tandas, dia dengan selamba menembusi badan Luke.

Luke terdiam 'kenapa aura dia sama macam gadis misteri tu'

To be continue.....

_______________________________

Darah biru = kerabat di raja

The Immortal SpiritWhere stories live. Discover now