bab 13

901 177 8
                                    


Luke berfikir sejenak sebelum lesap begitu saja.

Kereta yang dinaiki keluarga Tania berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang gah. Rumah yang menjadi tempat tinggal Tania selama enam tahun di Bumi England.

"Haihh rindu nya Mummy dengan rumah ni" Puan Diya keluar dari kereta. Dia melihat sekeliling rumah agam itu sebelum Tuan Nathan memeluk bahu nya.

"Mari kita masuk"

Tania dan Tyler membuntuti mereka dari belakang.

"Sunyi je rumah ni.. Mana semua pembantu rumah ni Nia?" Puan Diya melihat segenap ruang di dalam rumah itu, Langsung tiada orang di lihat nya. Kosong.

"Semua dah berhenti mummy" balas Tania bersahaja.

"Semua sekali ke? Biar betul kamu ni" berkerut kening Puan Diya di buatnya, takkanlah semua pekerja rumah berhenti, Habis siapa yang jaga rumah dan teman Tania selama ni. Wajah tenang anaknya di pandang, Tania mengangguk, muka nya selamba habis. langsung tak rasa bersalah.

"Kenapa diorang berhenti?" Tuan Nathan bersuara, agak terkejut dengan kenyataan anak gadis nya.

"Tania suruh"

"Apa? Kenapa pula kamu suruh semua sekali berhenti kerja? Habis tu siapa yang nak uruskan rumah ni? Siapa yang masak tuk kamu? Siapa yang jaga tanam dan bunga bunga Mummy kat luar? Siapa yang kemas, vacuum lantai ni semua? Siapa yang bersihkan barang and perabot ni semua? Siapa yangg..."

"Dah cukup lah tu..bagi anak awak ni jawap dulu" Potong Daddy nya perlahan.Tak boleh dibiarkan isterinya ni membebel..

"Tania" balas Tania sepatah

"Prrfftt Kau? Kemas rumah ni semua? Kau reti ke" Tyler membuat muka.

"Kau tu budak..kau tau apa" Tania menjeling tajam.

"Tyler..diam dulu" Tegur Tuan Nathan lalu kembali menatap Tania "Betul ke kamu buat Nia? Bukan ke kamu busy dengan study?" sambung Daddy nya perlahan. Ada rasa curiga di situ. Agak mustahil anak gadis ini begitu rajin.

"Yerr..Nia yang buat, Nia tak busy mana pun dengan study, Nia tahu nak urus masa"

"Boleh caya ke kau ni.. Tah tah kau nak buat surprise en kat kitorang, Ehhh aku tahu lah. Mesti semua pekerja dalam rumah tengah sembunyi kan" teka Tyler, senyuman nya meleret, takde siapalah boleh tipu dia, Tyler ni boss.

"Woiiii keluar lah korang. Takyah ahh nak sembunyi bagai. Cik Tania korang ni tak pandai berlakon," jerit Tyler. Suara nya bergema di seluruh pelusuk rumah agam itu.

Krikk  krikkk

Semua senyap menanti orang rumah itu keluar. Tapi tidak ada seorang pun yang keluar dan tunjuk muka mereka.Tania hanya memandang bosan adik nya. Nak je aku hempuk kepala dia.

Tyler terus paling muka ke arah kakak nya"Seriously?"

"Ye.. Semua dah berhenti. Tania tinggal sorang je dalam rumah ni. Semua kerja, Tania buat bila ada masa lapang. Dah Daddy ngan Mummy naik lah atas dulu. Tania nak masak tuk dinner. Nanti dah siap Tania panggil" Tania menamatkan topic perbualan,Dia malas nak panjang kan topic itu.. Dia tak bersedia lagi nak bagitahu. Mungkin dia takkan bagitahu,sampai bila-bila.

"Hurmm yelah kalau Tania dah cakap macam tu. Mummy pula rasa bangga dengan kamu "Puan Diya tersenyum manis, rambut beralun Tania di usap perlahan, Tania membesar dengan baik. Mungkin ini lah anugerah tuhan setelah hampir 5 tahun mereka suami isteri tak mempunyai anak.

"Dah boleh jadi isteri orang dah anak Daddy ni" sokong Tuan Nathan, Dia tersenyum, Tania dah pandai berdikari.Tak sia sia mereka tinggal kan gadis ini berseorang selama 6 tahun lama nya. Start dari Tyler kemalangan 7 tahun yang lalu. Kemalangan yang hampir meragut nyawa satu satunya anak lelaki dalam keluarga itu. Doktor telah mengesahkan bahawa Tyler sudah pun meninggal dunia.

Tapi dengan tiba tiba, keajaiban berlaku. Tyler didapati telah bernafas semula.Kejadiaan itu sememangnya pelik.Tapi mereka sangat bersyukur dan terus berpindah ke Malaysia, Mereka mulakan hidup baru, Tapi Tania pula yang enggan mengikuti, Akhirnya mereka terpaksa tinggalkan gadis itu berseorangan.

Tania tersenyum nipis.

"Okaylah..Mummy dengan Daddy kamu naik dulu, kalau Tania perlukan pertolongan ke apa. Panggil je Mummy tahu"Tania mengangguk dan menghantar langkah orangtua nya dengan ekor mata sebelum berlalu pergi ke dapur.

Tangan Tania lincah memotong sayur sayuran.

"Aku still tak boleh percaya kau buat semua tu, kalau masak yelah. Aku ada lah percaya sikit..tapi kemas rumah sebesar alam ni,Prrftt..Cam tipu je"  Tyler tiba tiba muncul di ruang dapur. Dia duduk di atas kabinet sambil memerhati Tania.

"Aku perlu kepercayaan kau ke?Takkan..so boleh blah"

"Hurmm no aku taknak blah..Aku nak tengok kau masak..Mana lah tahu kau guna ilmu or magic kau tu tuk masak en?"

Tania pandang Tyler dengan tajam.

"Apa?Betul ke?" soal Tyler melihat pandangan tajam kakaknya.Kalau orang dah buat muka marah bila kita tuduh, boleh jadi maksud nya betul!

"Magic hotak kau..kau naik sekarang, jangan kacau aku "Halau Tania kasar..Tak boleh berlembut agak nya.Tyler buat pekak, dia menyoal lagi

"Habis tu.. Macam mana kau boleh kemas rumah besar ni kalau kau tak guna magic kau tu" sekarang ni dia nak tahu sangat misteri tentang Tania, Kakak tunggal nya ini sangat berahsia, kenyataan yang Tania boleh melihat hantu lagi menambahkan rasa ingin tahu nya.

"Guna tangan lah. bahenol punya soalan" balas Tania..Tangan nya masih lincah memotong itu ini.Ni lah sebab nya dia malas nak layan Tyler, budak ni busy body, tambah lagi dengan lurus dia, bengap dia, otak pun senget.

"Yeke? Bak sini tangan kau" Tyler menyambar tangan Tania.

"Kau nak buat apa senget.. Kau ingat kau boleh nampak ke magic tu kat tangan aku" Tania cuba menarik tangan nya.

"Sabarlah kejap..Jangan lah tarik, aku nak rasa sesuatu je" Tyler meramas telapak tangan Tania.

Tania roll eyes, bengap betul budak ni

Tyler mengangkat tangan Tania menghadap Tania sendiri "See.. Tangan kau tak kasar, Lembut je macam orang yang tak perna sekali pun buat kerja rumah.. Sah kau pakai magic" Tyler berkata dengan bangganya. Aku yakin, yakin yang kakak aku ni nenek sihir sebenarnya!

"Orang buat kerja pakai sarung tangan lah kambing..kau jangan sampai aku hantar pergi rumah sakit jiwa..teruk sangat kepercayaan kau ni." Tania merentap tangan nya.

"Yeke? Addd.."

"Dah..Aku takde masa nak layan karut kau, Kau pergi naik atas..jangan kacau aku."

"Haihh..Takpe satu hari nanti aku akan rungkaikan semua misteri tentang kau.. Dah bye, masak sedap-sedap tau, masak favorite food aku jugak" ucap Tyler bersahaja dan terus berlalu naik ke atas.

Tania terdiam.Dia berhenti sejenak sebelum menyambung kembali kerja nya.

Esok paginya.....

Kuala Lumpur International Airport

Mereka selamat mendarat di bumi Malaysia.Keluarga Tuan Nathan bergerak keluar di iringi dengan beberapa orang bodyguard yang menjaga kiri dan kanan. Wartawan tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil gambar jutawan Malaysia itu.

Mereka terus masuk ke dalam sebuah kereta sebelum bergerak meninggalkan KLIA yang di penuhi dengan orang tempatan dan orang asing.

Fellex tersenyum melihat gadis itu 'Patutlah aku cari tak jumpa jumpa... '










To be continue...
_________________________________

Jgn lupa vote and komen

The Immortal SpiritWhere stories live. Discover now