Setelah mendengarkan penjelasan dari Hannah, rahang Safyna jatuh kebawah. Entah mahu ucap syabas ataupun nak gelak, dia pun tak tahu. Blank.

"Speechless? Good, jom mandi."

Setelah masing-masing menanggalkan pakaian, kini tiba di bahagian untuk mengikat kain batik dengan cermat supaya masa mandi tak terlondeh. Safyna dengan kain batiknya memang terpampang jelas akan mempunyai dendam peribadi.

"Weh macam mana nak ikat?" Tanya Safyna yang sedang menahan bahagian atas kain di dada.

"Gaya kain pelikat" balas Hannah.

"Lagi lah aku tak tau."

"Ya Allah kain pelikat je. Apa susah sangat?" Berkerut-kerut dahinya.

"Kau cakap macam aku ni pernah tengok cara ikat kain pelikat."

"Kau.. tak pernah?" Mata menatap wajah Safyna, gadis itu menggeleng sungguh.

"Punoh gini" terus kaki berjalan pergi ke arah Safyna berada. Lipatan tadi dibuka lalu ditunjukkan cara melipat kain batik yang senang, lagi cermat lagi selamat.

Terkial-kial Safyna mengikuti. Selang beberapa minit kemudian, lipatan kemas itu melekap elok di badan. Mereka bergerak ke kolah tersebut, cebok yang berada di bahagian tepi diambil lalu diisi dengan air paip. Kesejukan airnya memang tak boleh bawa bincang.

Dalam berseronok membersihkan diri, tidak lengkap lah jika tiada bunyi mulut dua ketul itu.

"Safyna, kenapa kau setuju nak jadi 'anak didik under kawalan orang gila' tu?" Hannah mula masuk ke topik tersebut.

Tangan yang sedang menggosok badan sendiri tiba-tiba terhenti. Dah agak mesti kena soal, lepas ni entah berapa banyak sesi interviu yang dia kena hadap.

"Revenge. More like pembalasan. That's it, aku nak tunjuk kad bukti yang lelaki tu salah. Aku kena kumpulkan bukti kukuh dulu. Mungkin banyak rintangan aku kena hadap but that is the only way" jelas Safyna.

"How?"

Safyna mendengus lagi.

"Itulah pasal.. Hannah. Aku tak tahu macam mana sebenarnya, itu lah fikir ikut suka hati, cakap ikut sedap mulut. Orang macam lelaki tu memang mahir dalam bab memanipulasikan orang. Silap-silap makin teruk aku kena" membayangkan bahaya yang akan melanda, Safyna rasa dia hanya mampu menutup mata sahaja.

"Alah benda boleh lawan. Kau lupa ke siapa kawan kau ni? Dia nak bahayakan kau lagi? Sila langkah kubur aku dulu. Dia ingat dia besar, dia boleh buat sesuka hati celah kepam dia? Meh sini aku carik telo tu nak tengok meraung takat mana. I'm not hesitate" Hujah pertahanan dari seorang kawan yang setia. Tersenyum Safyna mendengarnya.

"Aku serius tak tahu apa motif lelaki tu. Play victim. Manipulates. Eh banyak betul cacat cela otaknya."

"Malam-malam mesti bergayut dekat website hamster. Lepastu lampiaskan nafsu kuda kepang dia dekat isteri, tak isteri, dengan orang lain. Selagi tak rasa tak puas bagai, mula lah drama air setan dia. Buat-buat dia lah mangsanya. Kecik-kecik tak nak mampos, besar-besar menyusahkan. Eh dari kecik dah jadi beban, menyusahkan! 'Cikgu paling baik' pala hotak kamu" bebel, protes, silang pangkah semua Hannah bagi. Nampak lah betapa bencinya dia dengan Cikgu Hayyan itu.

Safyna hanya ketawa. Ini baru betul menyampah tahap gaban, suka dengan ayat Hannah ni, pandai dia susun. Nak harapkan Safyna berloyar macam tu, sampai mampos pun tak dapat.

"Tak apa, Fyn. Kita boleh redah benda ni sama-sama. Doa kat Allah, doa orang teraniaya ni selalunya makbul" saran Hannah.

"In Shaa Allah. Suffering till last breath" sebaris senyuman diukir kemudian Safyna menjiruskan air ke badannya.

"Tu sebab aku tak percaya sangat orang yang baik-baik ni. Sebab setiap protagonis akan ada sisi antagonis masing-masing dan benda tu normal. Tapi, kita tak pernah tahu gonis mana yang lebih menguasai diri. Thanks to my trust issues" ujar Hannah.

"Jadi kau tak percaya sesiapa?" Soal Safyna, pertanyaan yang bersulamkan bab hati dan perasaan.

"Depends. Not everyone deserves to be trusted by us, it's expensive so don't waste it. I'm honest, I trust you, Safyna. But if one day I lose trust in you, keep this in your mind that you have pressed another button. A wrong one for sure. Jangan risau lah, kau kan kawan paling mantap, mesti lah kita 4liferz!" Akhir katanya diraikan dengan sorakan.

Safyna sekali lagi hanya mampu mengukir senyuman. Jujur dia kata, ayat Hannah memang betul. Mungkin bila orang lain dengar hati mereka akan terasa kerana kata-kata Hannah yang terselit 'something off' tapi itu semua adalah fakta. Tiada apa yang perlu kena tarik muncung.

Sesi mandi berlarutan sehinggalah masing-masing habis. Betul kata Hannah, best. Rasa hilang semua masalah. Segar betul diri ni. Simbah-simbah anak orang, main lari-lari sampai jatuh, main buih sabun dan bermacam-macam lagi. Kenangan baru bersama Hannah. Kunci siap-siap dalam loker storage.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now