Humairah hanya tersenyum kekok. Lambat-laun dia mengangguk kecil.

"Terima kasih." Ucap Humairah,menghargai ucapan itu.

Serta merta pinggangnya terasa dipaut seseorang. Dirinya yang semakin lemah berdiri tiba-tiba sahaja berubah tegak bagaikan terkena petir.

"Apa cerita korang?" Soal Zayid bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Dia memandang kearah Humairah sekilas. Tahu bahawa wanita itu sedang menanggung malu. Eleh,padahal suka.

"Congrats bro." Ujar Wais kepada Zayid,teman sejatinya.

"Jangan lupa bagi aku budak-budak. Tak sabar nak jadi uncle kacak mereka nanti." Usik Wais sekali lagi bergurau dengan Zayid. Sengaja nak buat Humairah menahan malu kan! Heih,sabar jelah khawin dengan orang yang kuat mengusik ni.

"Dah...kesian aku tengok kakak ipar aku malu." Celah Zayad yang perasan riak wajah Humairah sejak daripada tadi lagi.

Kejap. Humairah tengah tahan malu ke? Tahan geli sebab tangan Zayid yang elok merangkul pinggangnya?

"Aariz. Saya nak pergi dekat mummy." Pinta Humairah benar-benar tidak merasa selesa akan keadaannya saat ini. Dia berbisik kecil di tepi suaminya.

Zayid mengalihkan pandangan menghadap isterinya lantas mengangguk. Dia membenarkan.

"Lepaskan tangan awak dulu. Macam mana saya nak pergi kalau awak buat macam ni." Bebel Humairah masih perlahan. Jarak antara dia dan Zayid hanya seinci sahaja. Deruan nafas lelaki itu boleh didengar oleh Humairah. Ya,mereka terlalu rapat.

Zayid tersengih kecil. Lambat-laun dia melepaskan rangkulan tangannya. Humairah bergegas menuju kearah Tengku Munirah. Akhirnya,dia terlepas juga dari mamat miang tu! Phew,semakin hari. Semakin dipenuhi dengan malu.

"Mummy buat apa. Meh Humairah tolong." Ujar Humairah tatkala melihat Tengku Munirah yang sibuk menghidangkan sesuatu. Humairah mempelawa dirinya untuk membantu.

"Eh,tak apalah. Kamu pergilah naik atas rehat dulu. Nanti kita buat sesi bergambar." Balas Tengku Munirah tidak ingin menyusahkan menantunya.

Humairah hanya tersenyum hambar. "Alah mummy. Tak apalah,Humairah bantu. Lagipun,Humairah tak rasa nak rehat. Bolehlah." Rayu Humairah. Benar dia tidak ingin naik keatas. Lagi-lagi dalam bilik suaminya. Haduh,tak yakin kejap.

"Hmm,iyalah. Kamu bantu mummy kemas semua ni dulu. Majlis dah nak tamat,jadi nak buat sesi bergambar lah kononnya. Tulah nak kemas dulu." Cerita Tengku Munirah sambil tangan mengerjakan sesuatu. Humairah yang faham tugasnya mula berkerja.

Apabila merasa sedikit letih,Humairah mengelap peluh yang mengalir turun melalui dahinya. Dia menghembuskan nafas penat. Zayid yang menyedari isterinya itu pantas menghampiri.

Humairah tiba-tiba sahaja merasakan sesuatu ditubuhnya. Tangan seseorang elok merangkul kembali pinggangnya. Sekelip mata Humairah bertenaga. Haih,dia ni suka buat Humairah tak tentu arah.

"Aariz. Malu lah orang tengok." Ucap Humairah yang merasa sedikit kaku bahkan kekok jika diperlakukan seperti itu dihadapan orang ramai.

Zayid melentokkan kepalanya dibahu Humairah. "Saya tak malu. Seronok apa,manja dengan isteri sendiri." Balas Zayid agak selamba. Dia tidak faham mengenai perasaan Humairah. Lagipun,dia cuma lelaki. Bukan perempuan yang lahirnya sudah terbiasa akan sifat malu.

"Hmmm. Ikut suka hati awak lah Aariz. Saya nak tolong mumy. Tapi awak halang saya tau." Marah Humairah manja. Dia sengaja reka cerita walhal kerjanya sudah selesai baru sahaja. Tak nak lah lama-lama macam ni. Tak selesa.

"Huh,tak apa. Kali ni saya bebaskan sayang. Malam nanti tak ada peluang dah tau." Pesan Zayid kemudian melepaskan rangkulannya. Dia segera membuka langkah meninggalkan Humairah terpinga-pinga.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now