"Panas!"

"Mana Tuhan kau? Kalau benar dia Tuhan kau, seharusnya dia selamatkan kau." Hadid bangkit lalu dia berlalu, membiarkan Amri mengerang sendirian. Sesaat, tubuh itu ghaib menghilang.

Nafas Amri kencang. Tubuhnya betul-betul memanas walaupun tiada sumber api.

"Ya Allah... Allah... Allah..." Titipnya.

Untuk beberapa minit, Amri kekal di situ bertarung sendirian melawan kuasa hitam.

.

.

"KITA dekat mana? Amri mana?" Soal Afiq. Dari tadi matanya melingas mencari Amri, tidak nampak. Yang ada hanyalah hutan pokok-pokok hutan menghijau di malam hari.

Pelik. Tadi mereka masuk, tahu-tahu muncul di sini. Pusing belakang, pintu utama tadi dah hilang.

Semua mendiam. Ameer berdengus. Kenapa pula si Amri yang tiada di sini? Janganlah budak tu buat hal. Aduh!

"Aku rasa... Kita dah dihipnosis." Amran bersuara.

"Hipnosis?" Soal Afiq semula.

"Ya. Kita dalam keadaan tak sedar. Dipukau. Kita di dimensi lain yang dibuat oleh pemukau."

"Kita ada cara ke nak keluar dari sini?"

Amran geleng. "Aku tak tahu. Tapi... Mungkin kita boleh cari jalan keluar. Paling tidak pun kalau tengok dalam movie barat, kita perlu cari pemukau tu dan kalahkan dia di sini."

"Haih..." Ameer mengeluh. Mendengar penjelasan itu, kaki terus mengorak langkah. Mencari orang lain selain mereka bertiga.

Tak memasal pelan yang dirancang hancur. Semua berterabur. Amri pula hilang. Ameer tak pasti apa jadi dengan Amri tapi mungkin Hadid tu ada dengan Amri.

Jalan punya jalan, ada satu lembaga besar yang berdiri teguh menghadap Ameer, Afiq dan Amran. Susuk itu tak bertubuh, hanya hitam dari atas ke bawah dengan mata memerah.

"Grrr..."

"Dia ni ke?" Bisik Afiq usai teguk liur. Kecut perut melihat makhluk di hadapannya. Itu manusia ke haiwan? Atau makhluk asing?

"Jangan... Ganggu... Urusan... Tuan... Aku..." Makhluk itu bergumam satu per satu.

"Saka. Budak tu bela saka, Meer." Pantas Amran menoleh ke arah Ameer. Lelaki itu turut terkejut. Ini satu maklumat yang mereka tidak ada.

"Itu saka dia?!"

"Iyelah kot."

"Apa kita nak buat?" Soal Ameer sedikit cemas.

Amran bungkam. Dia pun tak pasti.

Tak betah, Ameer tarik keluar pistol sebelum ditala muncungnya ke arah lembaga itu. Disasarkan sebelum ditarik picu.

Bam!

Tembus.

"Tak gunalah." Ameer simpan semula senjata api miliknya. Amran dipandang.

"Apa yang kita boleh buat dengan saka dia ni?"

Amran tidak menjawab. Dia pandang semula saka itu.

"Aku nak berjumpa dengan tuan kau."

Afiq melopong. Dipandang belakang tubuh Amran berkelip-kelip. Seriuslah mamat ni berani tegur macam tu aje?

"Jangan... Ganggu... Tuan... Aku..."

"Dia tak nak layan kau, Ran." Simpul Ameer.

"Shh. Aku tak habis lagi kau dah menganggu." Ameer dijeling dengan telunjuk hinggap di bibir.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now