"Ya Allah... Dia betul-betul larikan anak aku ke?"

Jatuh terduduk. Menggeletar seluruh tubuh Syuhada. Tak... Kenapa Aizat harus memperlakukan hidupnya sebegini teruk?

Lambat-lambat Syuhada capai gangang telefon. Nombor Aizat ditekan-tekan lalu dilekapkan ke telinga.

"The number you dial..."

Lima kali jawapan yang sama.

"Angkatlah Aizat!"

Syuhada tekup wajah ke meja sebelum terlepas esakan. Hati wanitanya terusik tanpa keberadaan Syahadat. Sepatutnya dari awal lagi dia tak bersetuju menikahi Aizat. Dia tak harus ikutkan kemahuan Syahadat. Lihatlah apa dah jadi.

Retak seribu.

Dada rasa sakit.

"Syah... Ya Allah..."

Jemari Syuhada menekan nombor ibu Sumayyah. Dia tak pasti jikalau wanita itu sudah terjaga atau tidak tetapi dia sangat-sangat buntu. Dia mahukan Syahadat. Dia sepi tanpa anak lelakinya.

Kejam. Aizat sangat kejam terhadap dia dan Syahadat. Anak itu tak bersalah. Dia hanya jujur berdasarkan pemerhatiannya sendiri.

"Helo, assalamualaikum." Sapaan salam di hujung talian menyebakkan Syuhada.

"Ibuuu..."

"Syu? Syu kenapa ni? Syu sakit ke? Teruk ke?" Soalan terus diterjah. Rasa risau menyelinap ke segenap hati Sumayyah. Dia bangkit dari katil lalu berlalu ke ruang dapur, mendapatkan suaminya. Tempat di sebelah Sulaiman diduduk. Jelas wajahnya terpancar riak risau.

"Kenapa?" Tanya Sulaiman. Dengan gerak bibir saja Sumayyah memaklumkan Syuhada yang menelefon. Terus mata Sulaiman merenung jam. Pagi-pagi buta Syuhada telefon, apa halnya?

"Ibuuu... Anak Syu... Dia ambil anak Syu..." Adu Syuhada bersama lingangan air mata. Tak henti-henti menemani diri yang mula terasa kosong.

"Allah... Kenapa boleh jadi macam ni Syu? Sekarang ni sakit Syu macam mana?"

"Syu tak tahu. Aizat mengamuk malam tadi. Dia... Dia..." Bibir Syuhada menggeletar. Tak sampai hati dia nak bercerita kerana tahu puncanya daripadanya. Bukan salah Aizat.

"Tarik nafas Syu. Tenang. Cuba Syu cerita pada ibu. Mana tahu kalau ibu boleh tolong?"

"Syu tak kacau ibu ke?" Sempat juga Syuhada menyoal. Risau menganggu malam pasangan di Mersing itu.

"Ibu dah terjaga pukul 3 tadi. Solat sunat sekejap lepastu buat air untuk abi. Ceritalah Syu. Jangan risau, Syu tak ganggu ibu dengan abi pun." Lembut Sumayyah menenangkan.

"Okey..." Syuhada betulkan duduk di sofa. Dikesat air matanya.

"Syu tak pernah cerita pada ibu yang suami Syu yang sekarang... Muka dia sama sangat dengan arwah suami Syu..." Kemudian, Syuhada luahkan segala kisahnya. Dari awal pertemuan dia bersama Aizat hinggalah kejadian pagi ini.

Sumayyah mengucap panjang di hujung talian.

Syuhada tunduk, menyesali tindakannya sendiri.

"Syu tak tahu nak buat apa ibu... Syu penat..."

"Sabarlah Syu. Ini semua dugaan untuk Syu dan suami. Syu kena kuat sabar."

"Syu tak larat. Aizat dah ambil nyawa Syu. Apa lagi yang Syu ada? Kalau Syu tahu, Syu tak kahwin dengan dia ibu."

"Tak baik cakap macam tu, Syu. Itu jodoh kamu berdua."

Syuhada kemam bibir. Otaknya dah kusut sangat. Tak boleh nak fikir. Yang dia tahu, dia perlukan penawarnya iaitu Syahadat. Hanya Syahadat penyembuh kepada segalanya.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now