"Pandailah aku settle hal aku. Kau tak payah sibuk." Aizat sambar pergelangan tangan Syuhada. Mata menjeling adiknya seketika sebelum dengusan dilepaskan. Dia memimpin isteri ke bilik mereka. Pintu ditolak dan dikunci. Tautan mereka dilepaskan.

"Bagi dompet kau."

Syuhada tercengang. Dalam bingungnya, dia menghulur jua dompet yang ada di tangan. Mata memerhati tindak tanduk suami yang menyelongkar dompetnya.

Lesen memandu dan kad pengenalannya ditarik keluar. wajah Syuhada berkerut seribu. Untuk apa dikeluarkan IC dan juga lesen?

Dompet yang dihulur semula dicapai lambat. Mata masih merenung dua kad penting miliknya. Menanti maksud Aizat dengan mengambil dua kad penting itu.

"Mulai hari ini, abang yang pegang lesen dengan IC Syu."

Telinga Syuhada berdesing. Digosok perlahan. Dia tak salah dengarkan? Aizat gelarkan dirinya abang? Mana hilang panggilan 'aku kau'?

"Kejap... Abang?" Soalnya meminta kepastian.

"Salah ke? Atau Syu nak kita terus bergaduh sampai mati?"

Syuhada diam. Terlalu cepat untuk dia menerima perubahan ini. Sedangkan tadi di Mersing, Aizat berkasar dengannya. Kenapa di sini dia kembali menjadi lembut? Walaupun masih kedengaran kasar ayatnya, Syuhada dapat kesan kelembutan dalam bicaranya. Apa Aizat sudah pulih dari sihirnya? Dia tahu dia disihir?

"Abang nak Syu tinggal dekat rumah ni, muhasabah diri Syu semula. Telefon dengan dua kad ni biar abang pegang. Abang tak izinkan Syu keluar atau pun berhubung dengan orang luar. Abang nak Syu tinggal dekat sini dan fikirkan tentang kita."

Syuhada tenung seraut wajah suaminya tidak berkelip. Kepala menghadam bicara lelaki itu.

"Kalau... Kalau Syu nak keluar pergi beli barang dapur?" Soal Syuhada gagap pada mulanya. Terasa keras lidah untuk memanggil panggilan lembut mereka. Sejak bergaduh, dia hanya menggunakan 'saya awak' tetapi melihat respons positif Aizat, ada baiknya dia mengikut rentak Aizat. Moga-moga santaunya juga lumpuh dari tubuhnya.

"Tak perlu. Abang boleh pergi. Syu senaraikan barang yang Syu nak, abang pergi beli sendiri."

"Syu nak buat apa aje kalau Syu tak boleh keluar rumah?"

"Banyak benda Syu boleh buat. Kalau Syu rajin, masak lebih. Abang boleh jual pada pekerja abang."

Syuhada jongket kening. Kepala digaru. Selama hidupnya, tugasnya mengajar. Namun, sejak dia berhenti, dia seakan hilang arah tujuan. Buat kerja lain, memang terasa kekok.

"Look. Abang buat semua ni sebab nak jernihkan balik hubungan kita. Abang tak nak ada orang ketiga dalam hubungan kita. Lupakan Amri, lupakan Izuan dan paling penting... Lupakan Farhan. Mereka tak ada kena-mengena lagi dengan Syu. Hanya abang saja yang Syu ada sekarang. Abang tak mahu ada nama lelaki lain dalam hati Syu. Abang marah bila Syu pentingkan lelaki lain sedangkan hubungan Syu dengan dia dah lama habis. Syu kena sedar yang Syu dah jadi isteri abang. Please, act like one." Aizat genggam jemari Syuhada. Jarak dirapatkan. Mata menjamah wajah yang dia rindu. Dua minggu bukan sekejap. Bergunung rasa rindu di hati kalau diikutkan.

"Can I ask you something?" Pinta Syuhada tiba-tiba.

"Sure."

"Kenapa... Kenapa abang berubah sebegitu pantas? Dua minggu lepas, abang caci Syu macam abang dah benci pada Syu tapi sekarang, abang berlembut dengn Syu. Kenapa abang?"

Mereka berlawan pandangan. Suasana hening seketika sebelum Aizat memutuskan untuk bersuara.

"Abang terlalu cemburu."

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now