"No way!" Jawapan tidak keluar dari mulut Syuhada tetapi dari dua ulas bibir Izuan. Dia langsung tidak menyenangi cara Aizat meminta isterinya pulang.

"Kau tak payah nak berlagak macam laki dia! Aku suami dia! Kau dah bawa lari isteri aku, senang-senang kau halang aku ambil hak aku balik, ya? Jantan tak guna!" Dada Izuan ditolaknya kasar.

"Aizat!"

"Kenapa? Kau marah aku tolak dia? Eh, aku baru tolak. Belum belasah lagi. Aku tak fahamlah. Berapa stok lelaki yang kau ada dalam hidup kau ni, hah? Tak cukup Amri, si jantan ni pun kau kaut!" Jerkahnya geram. Terserlah urat hijaunya sepanjang lehernya.

"Apa awak merepek? Saya tak pernah curang dengan awak."

"Penipu!"

"Awak yang datang sini tuduh saya macam-macam! Tak cukup awak halau saya, sekarang awak kutip saya balik. Awak ni gila ke apa?!" Balas Syuhada geram. Bila dia cakap baik-baik, suaminya langsung tidak dengar!

"Kau tu..." Aizat merenung tajam wajah isterinya yang berbalut tudung sarung. Kaki menapak masuk.

"Wow... Bro. Aku tak izinkan kau masuk rumah ibu dengan abi."

"Kisah apa aku?" Dia sengih mengejek. Lengan Izuan yang menghalang laluannya dirempuh. Tubuh Syuhada terus dikunci ke dinding, menghimpit tubuh genit itu. Dua tubuh melekat.

Syuhada terasa sesak.

"Aizat, kau jangan melebih!" Izuan cuba menghampiri tetapi lekas Aizat lepaskan siku, menyebabkan Izuan terduduk jatuh.

"Diam!"

"Awak nak apa?" Bisik Syuhada lemah. Takut-takut dia ingin membalas renungan mata Aizat.

"Aizat!" Izuan bangkit lalu cuba menarik tubuh Aizat. Belum sempat dia tarik, lengannya dipulas kuat oleh Aizat dan ditolak kepala Izuan menghempas dinding. Izuan mengaduh saat kepalanya terasa sakit yang menjalar. Pandangannya jadi kabur seketika dan terasa dunia seakan bergegar.

"Apa awak buat ni, Aizat? Kenapa awak buat kecoh dekat sini?"

Soal Izuan ditolak tepi. Dia harus selesaikan masalah dengan suaminya. Dia yakin, selagi masalah mereka tidak selesai, selagi itu Aizat akan mencari masalah. Bukan dengan dia sahaja, tetapi dengan semua orang yang berkait rapat dengan dirinya.

"Ikut aku balik." Dingin nadanya, tanda tidak mahu ada tawar-menawar. Hanya arahan yang wajib dipatuhi.

"Saya tak nak."

"Kau tu isteri aku. Masih isteri aku! Jangan mengada nak jadi isteri nusyuz! Aku suami kau, kau patut dengar cakap aku!" Lengan Syuhada dicengkamnya.

"Saya nusyuz atau awak yang dayus?" Syuhada pulang buah paku keras. Matanya berkaca-kaca menahan sakit. Pedihnya cengkaman Aizat dan sesaknya dada.

"Kau tak payah nak perli aku. Kau yang cari nahas, kau yang kena tanggung akibat! Ikut aku sekarang!"

"Syu? Izuan? Siapa datang tu?" Suara ibu Sumayyah kembali bergema dari ruang belakang. Syuhada kemam bibir. Mata mengerli ruang belakang. Berharap ibu Sumayyah tidak datang melihat sendiri kejadian yang berlaku.

"Ya Allah! Abang!"

"Ibu!" Larang Syuhada. Dia tak mahu dua orang yang merawatnya terlibat di sini. Dia tak mahu nasib dua orang tua itu sama seperti Izuan. Angin Aizat hari ini memang benar-benar menguji kesabaran!

"Kenapa, Mayyah? Ya Allah! Kau siapa?" Soal abi Sulaiman. Matanya terbuntang melihat keintiman antara Syuhada dan lelaki yang tidak dia kenali.

"Aku suami dia! Pakcik tak payah masuk campur!"

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now