“Jomlah masuk. Nanti sejuk keropok lekor Syah.”

“Yeay, jom masuk Nek Cah!” Syahadat tarik jemari Mak Long sementara mencabut selipar. Tangga rumah didaki dan dua tubuh itu menghilang di balik rumah kayu.

Aizat menghala pandangan ke arah Syuhada yang juga membuka selipar. Seketika isterinya berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya. “Kenapa tak naik?”

Aizat menggeleng. Langkah diambil menyaingi Syuhada.

.

.

MATA Syuhada menangkap dua orang insan yang dia sayangi bermain di pantai. Kayu di tangan mereka dilukis-lukis di atas pasir membentuk corak. Bibir Syuhada tidak dapat tahan dari menggulung senyuman. Bahagia rasa di hati melihat suasana seperti ini. Bertambah-tambah perasaan bahagianya bilamana anaknya tidak berhenti bergelak tawa. Berbeza dengan ketika mereka di Selangor.

Syahadat langsung tidak berhenti berbual dengan Mak Long. Ada saja cerita yang hendak dikongsikan. Kasihan Mak Long terpaksa melayan Syahadat. Nasib Mak Long tidak kisah. Lagipun wanita itu suka. Anaknya sendiri belum lagi bernikah namun dia teringin untuk bermain dengan cucu. Syuhada selaku anak buah pula sudah menumpang kasih wanita itu sejak berumur 18 tahun, jadi Syuhada dan Syahadat sudah dianggap darah daging sendiri. Sedikit sebanyak dia rasa bersyukur. Walaupun ramai ahli keluarga sudah ditarik nyawa oleh Allah, namun DIA masih memberi insan yang menyayangi mereka.

Sudah lebih 10 tahun Mak Long mencurahkan kasih sayang kepada Syuhada dan Syahadat namun tidak sesekali wanita itu merumgut. Dalam pada itu, terbit juga rasa serba salah dalam diri Syuhada. Wanita itu ibu tunggal dan tidak bekerja. Pasti dia ada keempitan wang untuk membeli barang dapur. Lebih-lebih lagi bila menjelma perayaan hari raya. Kerana itu Syuhada langsung tidak lokek menghulu sedikit duit gajinya kepada wanita itu. Pada mulanya Mak Long berkeras tidak mahu tetapi Syuhada juga berdegil. Kalau tidak diberi secara tangan, Syuhada akan transfer duit melalui bank.

“Kau menungkan siapa?” Syuhada tersentak dari lamunannya. Langsung dia menolehkan kepala.

“Baru nampak batang hidung kau. Kau memang selalu balik nak tidur aje ke? Kesian sikitlah dengan mak kau.”

“Kau ingat dekat Johor nak ke sini? Kau tak tahu kepala aku nak sakit lalu Pahang tu, berliku jalan!” luahnya geram. Punggung dilabuh sebelah Syuhada. Spontan, Syuhada jarakkan sedikit diri. Walaupun mereka hanya sepupu, mereka masih bukan mahram.

“Aiman.”

“Hmm.” Sambutnya tanpa suara.
Syuhada memandang lama wajah sepupunya. “Kau tak nak kahwin ke?”

Terus lelaki itu berdecit. Biji mata dijulingkan seketika. Tangan dilabuhkan ka bangku. Mata langsung tidak memandang Syuhada sebaliknya suami dan anak Syuhada.

“Aku bukan cakap saja-saja. Mak Long tu teringin nak cucu tapi kau tak kahwin lagi. Umur dah 30, Aiman. Bila nak cari isteri?”

“Kenapa gaya kau tu macam kau tu mak aku?” soalnya kasar. Kedengaran bunyi dia berdengus.

“Salah ke aku tanya? Kau seorang aje sepupu aku.”

Dia senyum jelik. Hujung bibir dia tarik panjang.

“Suka hati akulah nak kahwin bila.”

“Mak Long bukan muda lagi, Aiman. Dah masuk 58. Kau tak kesian ke dekat dia?”

“Cakap pasal kesian, aku ada soalan untuk kau.” Syuhada hela nafas. Dia kenal sangat sepupunya yang seorang ini. Memang suka mengelak kalau dia tanya soalan yang dia tak suka. Dia hanya menasihati. Pasti Mak Long terasa sunyi di rumah. Kalau cuti pun, anaknya memilih untuk membuta di rumah. Tak ubah kesunyian wanita itu.

Dedicated To Wife ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu