Selepas hampir setengah jam menanti Syahadat benar-benar lena, Syuhada menutup lampu bilik dan menutup rapat pintu kayu. Izzati yang kebetulan lalu ditegur.

“Akak nak apa?” soal gadis itu sambil berpeluk tubuh. Tubuh disandar ke dinding. Mata langsung tidak melihat wajah Syuhada.

“Anak akak tak pernah jadi pendiam macam hari ni. Akak nak tanya, ada apa-apa yang berlaku ke masa akak tak ada?”

Izzati mengosok belakang leher kasar. Sebuah keluhan dihambur.

“Dia pecahkan pinggan mak. Zati marahlah dia. Tak sangka macam perempuan dia merajuk.” Kasar gadis itu bersuara. Langsung tiada rasa hormat terhadap diri Syuhada yang berbeza umur.

“Akak minta maaf untuk Syah, dia tak sengaja tu. Mahal ke harganya? Biar akak bayar balik.”

“Tak perlu!” Izzati terus mencorak langkah ke bilik. Pintu ditutup kasar. Terhinjut bahu Syuhada. Pantas dia mengurut dada. Kepala menggeleng kecil. Hati langsung tidak terguris, sangkanya gadis itu bendera merah. Bukan setakat itu, tadi juga Puan Halimah melarang dia buat kerja dapur. Izzati yang dikerah mengemas meja. Kerana itu moodnya tidak stabil. Syuhada terus melangkah masuk ke biliknya.

.

.

USAI keluar dari pejabat untuk thumb print kepulangannya, Syuhada langsung memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Jam baru pukul tiga petang. Dia sengaja pulang lebih awal untuk bergerak ke hospital. Dr Hanny sudah mesej kepadanya tentang keputusan DNA. Laju dia menahan doktor itu dari memberi jawapan. Biar dia sendiri yang mengambil dan lihat dengan dua biji matanya.

Sejak bernikah, Syahadat tidak perlu lagi menunggu sehingga dia habis kerja. Anak itu akan dihantar pulang ke rumah Aizat dahulu. Puan Halimah masih tinggal di sini jadi ada orang yang akan menjaga anaknya. Dia juga kesian kepada Syahadat, kecil-kecil lagi sudah pulang lewat. Pernah beberapa kali dia terpaksa balik jam 5. Anaknya siap tertidur di biliknya.

Namun, apa mampu buat. Dia tidak mahu menyusahkan Afiq dan Bella. Mereka memang tidak kisah sekiranya dia tumpangkan Syahadat di rumah mereka tetapi Syuhada juga tahu malu. Pasti menyusahkan dua orang bekas anak muridnya. Sudahlah mereka baru saja berjinak-jinak untuk hidup berdikari. Afiq sudah punya pekerjaan yang stabil tetapi itu tidak bermaksud dia perlu menambah beban kepada mereka. Tambahan pula, anak kembar pasangan itu adalah bayi pramatang. Seorang ada penyakit asma yang agak teruk manakala seorang lagi ada masalah jantung. Injapnya tergelincir sedikit dari kedudukan asal. Walaupun Syuhada bukan seorang doktor namun dia tahu perbelanjaan keluarga itu pasti tinggi untuk menyara dua orang anak.

Syuhada menghidupkan enjin kereta. Laju dia memecut ke arah hospital. Tidaklah terlalu jauh dari tempatnya tetapi makan masa juga. Balik nanti dia harus sediakan makan malam. Seganlah andai Puan Halimah yang asyik masak untuk mereka. Sebagai menantu, dia haruslah tunjuk akhlak baik. Lagipun, sebaik lafaz akad disebut, Puan Halimah sudah menjadi ibunya. Hubungan mereka tidak ubah seperti anak dan ibu. Tiada jurang lagi.

Syuhada berlari-lari anak bilamana tiba ke kawasan hospital. Syukur parkir tidak penuh tetapi dia perlu berjalan kaki sedikit jauh. Nasib dia sudah buat temu janji bersama Dr Hanny, tidaklah dia perlu menunggu giliran. Temu janji mereka pada jam 3.30 petang dan masih ada lebih kurang sepuluh minit sebelum mencecah waktu yang dijanjikan mereka.

Syuhada tersenyum lebar sebaik misi memanggilnya masuk. Pasti Dr Hanny tidak punya pesakit waktu sekarang.

Usai bersalaman, Syuhada labuh punggung di hadapan meja Dr Hanny. Tanpa banyak kata, doktor itu menghulur satu fail ke arah Syuhada. Berdebar jantung Syuhada ingin melihat hasil ujian yang dibuat.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now