“Abang minta maaf,” bisik Aizat jelas pada pucuk telinga Syuhada. Mata sempat menangkap telinga itu bergerak sedikit. Spontan dia tahu isterinya masih belum lelap. Pasti Syuhada mahu mengelak bercakap dengannya. Senyum kelat dipamerkan. Nampaknya, memujuk Syuhada bukan mudah.

Aizat kembali ke tempatnya. Sengaja dia memanjat dari tempat Syuhada. Melangkah tubuh Syuhada. Kaki sengaja dibiarkan bergesel dengan paha Syuhada. Mungkin dengan cara begitu, isterinya akan terusik sedikit. Kepala segera dijatuhkan.

“Aduh!”

Syuhada langsung buka mata dan menoleh. Aizat sudah menggosok belakang kepala. Dia terlupa kepala katil hotel itu adalah berteraskan kayu sahaja. Tiada alas lemput yang dilapikkan.

Kepala Syuhada menggeleng kecil. Sudahlah jantungnya tidak berhenti berlari bilamana Aizat membahasakan diri sebagai abang, kini sikap Aizat kembali kepada budak-budak. Itulah, siapa suruh langkah badannya? Ingat dia tak seram? Sungguh, dia seram. Sangkanya Aizat menindihnya tetapi syukur tidak.

“Tak nak tolong tengokkkan ke?” Aizat tarik muncung padahal dalam hati terselit perasaan gembira saat Syuhada sudah menghadapnya. Nampaknya, taktik sudah berjaya. Kepala yang terhantuk digosok, bergegar sekejap kepalanya tadi.

Syuhada tidak membalas. Dia kembali terlentang. Kepala katil hanyalah kayu, bukan besi untuk buat kepala seseorang berdarah atau lebam. Paling teruk pun memerah aje bahagian yang terhantuk. Gelagat Aizat tak ubah macam Syahadat. Suka cari fasal sendiri untuk menarik perhatiannya.

“Sedihnya saya, ada isteri tak sudi rawat suami.”

Syuhada mengiring ke kiri, malas hendak melayan Aizat. Jam sudah menginjak 11. Lebih baik dia tidur. Esok perlu bangun awal dan check out hotel. Kalau mereka gerak lewat, pasti jalan raya sesak.

“Hmm...” Aizat mengumam. Tektiknya gagal. Syuhada tidak ambil peduli. Aizat langsung baringkan tubuh. Kepala ligat mencari idea lain. Pelan harus ditukar. Mahu tak mahu, dia harus pujuk Syuhada malam ni juga. Kalau tak, tidak lenalah tidurnya.

Senyuman terbit di bibit Aizat sebaik idea lain muncul. Laju dia mengiring menghadap Syuhada. Tangan licik menyelit masuk ke pinggang Syuhada dan ditarik rapat ke arahnya. Dilekatkan dua tubuh bersama. Biar Syuhada tahu bagaimana rasa jantungnya kini. Pantas!

“Ish...” Aizat tersengih. Kaki Syuhada ang mula bergerak-gerak didiamkan dengan menindih dengan kakinya. Sebaik Syuhada hendak menoleh, Aizat terus hampirkan wajahnya. Kesannya, dua bibir bersatu.

Syuhada kaget. Otak meproses kejadian. Tangan Aizat yang naik ke pipinya membuat dia tersedar. Laju tangan menolak dada Aizat. Segera dia bangun. Wajah dilarikan. Pipi mula memerah. Perasaan malu mula menjengah.

“Kenapa tolak?” Aizat kembali memeluk Syuhada. Dia mengambil tempat di belakang Syuhada. Tubuh wanita itu ditarik merapat sebelum dagu dilabuhkan pada bahu kiri Syuhada.

“Masih nak merajuk dengan saya ke?” Wajah Syuhada dilihat dari ekor mata.

“Saya minta maaf. Saya tak tahu awak takut air. Kalau saya tahu, saya tak tolak awak.”

“Bukan sebab tu.” Pangkah Syuhada laju. Dia tidak fobia air. Langsung tidak.

Aizat diam seketika.

“Kalau buka sebab fobia, kenapa awak tak nak pandang muka saya?” Jari Aizat menolak rambut Syuhada ke belakang telinga. Hidung sempat menangkap bau si isteri. Wangi!

Syuhada tidak menjawab. Mustahil dia akan meluahkan kepada Aizat. Nanti lelaki itu sangka dia masih belum move on dengan Farhan sedangkan malam perkahwinan pertama mereka sudah berjanji untuk mulakan hidup baru bersama dia.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now