Come, sayang.” Seperti kuasa magis, Syuhada melangkah spontan seperti arahan yang diberi. Kelopak-kelopak yang bertaburan dipijak lembut. Mata masih tidak lepas berlawan dengan Aizat seperti ada magnet yang tidak mahu dua pasang mata itu berpisah. Sedar-sedar, Syuhada sudah berdiri di hadapan Aizat. Segera lelaki itu hadiahkan senyuman.

Tangan kekar lelaki itu naik melekap pada pinggang Syuhada ditarik sebelum dibiarkan dahi mereka bersentuhan seketika. Tanpa melepaskan tautan mata, Aizat merapatkan jurang mereka sehingga tangan Syuhada melekap pada dada bidangnya. Hembusan nafas dapat dirasai jelas. Jemari kiri Aizat merayap naik dan berhenti pada pipi Syuhada. Dielus kulit lembut itu dengan ibu jari kiri.

Inilah wajah yang dia nikahi. Wajah inilah yang akan menjadi peneman hidupnya. Susuk inilah yang akan melahirkan warisnya. Wanita ini jugalah yang kelak menjadi bidadari buat dirinya di akhirat kelak. Selagi mana dia menghirup oksigen bumi, selagi itu dia bersumpah untuk setia.

Pertemuan pertama sudah membuatkan hatinya cukup berdebar. Mendapat wanita ini menjadi isteri, debaran menjadi lain. Lebih tenang dari sebelumnya saat tubuh mula faham mereka sudah halal untuk bersentuhan.

Surprise...” bisik Aizat dengan nada seksinya.

Syuhada jatuhkan anak mata. Bibir tidak dapat menahan senyuman. Beradu mata saja boleh buat jantungnya berdetak hebat, inikan pula suara lelaki itu. Mata tertancap pada batang tubuh Aizat. Seingatnya sebelum Aizat keluar, lelaki itu hanya memakai T-shirt kosong dengan jeans saja tetapi sekarang penampilannya lebih gah. Kemeja dan seluar khahi dipakainya. Nampak ringkas tetapi aura seorang lelaki itu menebal.

“Jom.” Aizat tarik tangan Syuhada lembut ke arah meja bulat. Kerusi ditarik lalu ditolak sebaik Syuhada ingin labuhkan punggung. Sempat dia hadiahkan kucupan di pipi sebelum beralih ke hadapan dan duduk sekali. Serta-merta, lampu terbuka.

Syuhada segera liarkan pandangan. Ada empat orang jejaka yang bersut tuxedo lengkap mula memainkan alat muzik klasik. Terpegun sebentar Syuhada dengan alunan melodi yang dimainkan. Seiring dan saling melengkapi.

“Hey, I'm your husband, not them.
Syuhada ukir senyuman. Dia kembali memandang Aizat. Baru dia sedar lelaki itu turut mengayakan rambut. Nampak kemas dari kebiasaanya. Mesti pakai pomade.

You look beautiful.” Ujar Aizat, memecah suasana kosong antara mereka.

“Gaun yang awak bagi juga.”

It’s not about the dress. It’s about you.” Tersipu-sipu Syuhada menahan malu. Bibir dikemam rapat. Mata sengaja tidak memandang Aizat. Segan!

“Awak nak makan apa? Western or local?”

“Ikut awaklah. Saya boleh aje dua-dua.”

“Okey, local then.” Aizat terus menepuk tangan dua kali. Syuhada jadi berkerut. Laki dia ingaf dia ahli magis ke yang boleh dapatkan sekelip mata?

Spontan, Syuhada gamam melihat pinggan mula terisi dengan nasi putih. Laju dia angkat kepala. Kelihatan tiga orang pelayan mula mengisi mangkuk, pinggan dan gelas mereka yang kosong. Lincah masing-masing membuat tugasan. Hampir lelong mulut Syuhada namun segera dia tingkas.

Your favourite.” Tak berkelip mata Syuhada melihat makanan di hadapannya. Mana lelaki itu tahu dia suka makan tomyam?

“Mana tahu?”

“Telepati mungkin.” Guraunya. Syuhada menceber.

I’m your husband, of course saya tahu.”

“Yelah Mr Husband. Terima kasih. Boleh makan?” soal Syuhada pantas. Tak mahu berbual soal hati. Bertambah gawat jantungnya nanti. Duduk beradapan dengan Aizat saja sudah mampu membuat hatinya berlari, takut sekejap lagi tercabut dari soket aje.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now