• T H I R T Y - S I X •

1.6K 86 2
                                    

Suasana pada ketika itu muram durja sahaja. Kedengaran juga bacaan surah yasin oleh penduduk setempat yang dijemput.

Kematian Tan Sri Arden masih dirahsiakan oleh pengetahuan umum.

Ardell bersandar di bahu suaminya setelah penat menangis tadi manakala Puan Sri Anyra masih tersedu-sedan ditenangkan oleh Anys dan Liana.

Kematian Tan Sri Arden masih terkejut buat dirinya. Semuanya sekelip mata.

"sayang. Tolong jangan macam ni. Abang risau..." pujuk Aaden. Sisi kepala Ardell dikucup beberapa kali.

Air mata Ardell bertakung.

"kenapa dia buat papa macamni? Saya tak kuat abang, tak kuat..." lirihnya perlahan.

"trust me, sweetheart. Polis akan dapatkan dia and please kuat demi abang dan keluarga yang lain? Demi diri sendiri?" pinta lelaki itu.

Wanita itu terus menghamburkan tangisan. Aaden menarik isterinya masuk ke dalam dakapan.

Tangisannya tenggelam dalam pelukan itu.

"shh calm down sayang. Sayang dah banyak menangis. Don't let your tears fall. Your weaknesses, their opportunities..." ujar Aaden lalu menyeka air mata Ardell.

Wajah Ardell didongak memandang wajahnya. Mata mereka bersabung. Masing-masing meluahkan rasa melalui isyarat itu.

Aaden melorek senyum tipis seraya mengusap perlahan bahu isterinya.

"lets go. You should take a bath and sleep." ujar lelaki itu.

Tubuh Ardell dipapah perlahan menuju ke bilik mereka.

'lets start our game, Ardell...'

√√√√√

Selepas seminggu kejadian itu berlaku, mereka menjalani hidup seperti biasa namun hati masing-masing masih terkesan.

"lets go, abang hantarkan sayang ke sekolah," tangan lelaki itu naik mengelus pipi isterinya yang sedang bersiap dihadapan cermin.

"alaa tak payahlah, sayang boleh pergi sendiri..."

"nope. Let me be your driver today. Lagipun abang bosan duk rumah aje, biarlah abang yang hantarkan sayang." ujar Aaden lalu hidung mancung wanita itu dicuit manja.

"ishh main hidung orang pulak..."

Aaden ketawa kecil seraya bergerak ke meja solek. Kunci kereta dicapai lalu segera mendekati pintu bilik.

"hurry up sweetheart. Kalau lambat, salah sayang," ujarnya lalu terus keluar daripada bilik.

Ardell menggelengkan kepalanya.

Dia menyentuh dada kiri dan kepalanya terus mengingati mesej seseorang semalam.

Perasaannya sekarang, kurang enak.

√√√√√

'lets begin, our war...'

Aaden terus melemparkan telefonnya ke sofa. Dia meraup rambutnya.

"sial kau El! Arghh!" segala barang yang ada di hadapannya disepak dan dilempar.

"bro!" Karl menerjah masuk ke dalam rumah Aaden bersama-sama 3 lagi rakannya.

Berita kehilangan adiknya itu sangat mengejutkan dirinya.

"mana Nysa?" Anyf terus menjerkah Aaden. Ditarik kolar lelaki itu dengan wajah yang sangat bengang seperti singa kelaparan.

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now