• T W E N T Y - F O U R •

2.6K 163 5
                                    

Seminggu selepas itu, Ardell sudah dibenarkan keluar. Masing-masing bertandang ke rumah agam milik Tan Sri Arden.

Riuh rumah itu dengan suara para-para remaja merangkap cucu-cucu Tuan Arell.

Budak-budak lelaki yang dah habis spm tu main pubg lah termasuk si Luqman yang dah beristeri tu haihh.

Anak dara pulak tolong mak-mak kat dapur. Penuh dengan suara gelak ketawa di dapur. Liana asyik kena marah sebab degil nak tolong.

"alahh Mak Dah...basuh pinggan je pun bukannya berlari..." ujar Liana.

"tak yoh lah. Rama agi anok dare ning. Liana duduk je, dok payoh wak keje nape-nape. Kekgi ade la sakik kaki lah, pinggang lah. Tak yoh..tak yoh..ni seme keje mok Doh.." bebel Mak Dah. Liana garu kepala kerana tidak faham dengan bebelan Mak Dah.

(tak payahlah. Ramai lagi anak dara ni. Liana duduk je, tak payah buat kerja apa-apa. Nanti ada la sakit kaki lah, pinggang lah. Tak payah..tak payah..ni semua kerja Mak Dah..)

Masing-masing ketawa. Macam bebelan ibu pada anak pulak.

"Aliana Irdina, sit. Tak payah buat kerja. Kamu sentuh sikit je barang sebab nak tolong, mak su pulas telinga kamu nanti.." arah Puan Anyn.

Liana pasrah. Dia mengambil tempat di kitchen island.

"mama..." panggil Ardell. Wajahnya seperti resah sahaja.

"ye sayang..."

"erm..er..haihh..macam mana nak cakap eh? Macam nilah..."

Suasana senyap seketika.

"Nysa...Nysa setuju nak kahwin" ujar Ardell.

Senyap. Sunyi.

"alhamdulillah!"

"betul ke sayang? Mama tak paksa kamu kan?" soal Puan Sri Anyra.

"ya Puan Sri. Anda tidak memaksaku..." ujar Ardell dengan lagak hormatnya.

Masing-masing sudah mula usik mengusik.

"kamu kenal dengan bakal suami kamu tu?" soal mak su.

"tak" bohong Ardell.

"ecece..." girls di situ makin galak mengusik gadis itu.

√√√√√

Angin laut menampar pipinya lembut. Deruan ombak kedengaran di telinganya. Satu perasaan yang dia rasa sekarang iaitu...

Tenang.

"lama kau tunggu?" soal lelaki itu. Ardell tersentak.

"tak pun. Duduklah..." ujar Ardell.

Lelaki itu duduk seraya mencipta jarak di antara mereka. Dah halal nanti nak peluk pun boleh.

"Aaden"

"Nysa"

Mereka memanggil serentak.

"kau dulu.." ujar Ardell.

Aaden mengangguk.

"betul ke apa yang aku dengar? Kau setuju?" soal Aaden.

Ardell ketawa kecil.

"betullah tu. Kalau tak, takkan parents kita nak buat persiapan perkahwinan..."

Aaden senyum. Dia bahagia.

"actually..." Ardell menunggu kata-kata lelaki itu sambil menikmati ciptaan-Nya yang ada dihadapannya itu.

"i love you"

Ardell tergamam seketika.

Dia pun tidak tahu perasaannya sekarang ini.

"aku minta maaf tapi aku tak boleh lagi sekarang. Aku akan cuba belajar mencintai kau selepas ni..." ujar Ardell serba salah.

Aaden tersenyum.

"its okay, aku tak paksa. Cuma aku nak bagitahu isi hati aku pada kau. Kalau tak, tak tenang aku..." ujar Aaden.

"kau pulak. Apa yang kau nak tanya?" Aaden menukar topik apabila keadaan menjadi semakin janggal.

"soalan aku...kau kahwin dengan aku bukan sebab rasa serba salah kan?"

Aaden ketawa kecil mendengar soalan yang diajukan gadis itu.

"kan aku dah cakap, aku ikhlas. Aku ikhlas nak lamar kau jadi isteri aku" ujar jejaka itu. Ardell tersenyum nipis.

"aku tanya sebab aku takut salah seorang daripada kita akan berubah. Kita manatau hati manusia kan..." ujar Ardell.

Suasana senyap seketika. Hanya bunyi deruan ombak yang kedengaran.

"aku balik dululah. Esok ambik aku dekat sekolah, fitting baju..." pesan Ardell lalu melangkah pergi.

√√√√√

Seorang gadis menatap setiap gambar yang ditampal kadbod itu. Dia memandang dengan perasaan yang amat marah dan berdendam.

Tok tok tok

"come in!" sahut gadis itu sambil matanya tidak lepas daripada memandang gambar gadis-gadis yang sedang tersenyum gembira.

Seorang lelaki muda berbadan tegap dan bertatu ular dileher masuk ke dalam bilik itu.

"anything latest update?" soal gadis itu. Badan dipusingkan menghadap sang jejaka.

Dia berjalan ke arah jejaka bersama senyuman dan lenggokan yang menggoda.

"ada bos. Perempuan tu dengan lelaki tu nak kahwin hujung minggu ni..." ujar lelaki itu. Godaan bosnya cuba ditahan.

"good. Aku nak korang kucar kacirkan majlis tu nanti..." ujar si gadis.

"baik bos. I'll wait your update..." ujar jejaka itu. Baru sahaja dia ingin beredar tetapi dihalang.

"i hate people who say 'no' to me..." ujar si gadis dengan senyuman.

Syaitan menghasut. Mereka sama-sama hanyut dalam nafsu serakah masing-masing.

Akhirnya syaitan bersorak kegembiraan.

*****

"janganlah kamu mendekati zina..."

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now