• F I F T E E N •

2.7K 196 4
                                    

"kau?!"

Ardell memberikan senyuman nipis kepada Karl.

"rileks Karl. Aku datang bukan nak cari gaduh. Kau masih marah aku pasal first day aku tu ke?" soal Ardell. Mata gadis itu memandang lebam-lebam yang ada pada wajah lelaki itu. Teruk betul.

Karl melarikan pandangannya lalu berjalan ke arah dapur.

"marilah. Jemput ke dapur, kita makan sama ii" ajak mak cik Izati. Serba salah wanita itu dengan sikap anaknya.

Mereka berjalan menuju ke dapur. Kelihatan Karl sudah duduk di meja makan.

Mereka semua diam dan menjamu selera sehinggalah Ardell memecahkan kesunyian.

"ehem, Karl" panggil Ardell. Karl tidak menghiraukan panggilan Ardell.

"Andry please? Dengar dulu apa Nysa nak cakap?" pinta mak cik Izati. Karl mengeluh.

"cakaplah, aku dengar..."

"aku tak nak bergaduh dengan kau dan aku minta maaf lebam tu" ujar Ardell. Karl menjongkat alis kanannya.

"tu je? Sampai kau datang rumah mummy?"

Kedengaran mak cik Izati menghela nafas pula.

"Andry look. Sebenarnya mummy...mummy bukan ibu kandung Andry.." perbuatan Karl terhenti.

Karl ketawa kecil.

"apa yang mummy merepek ni? Mummy bergurau kan?" soal Karl.

'Mana mungkin orang yang aku nak musnahkan adalah adik aku sendiri'

Mak cik Izati menggeleng.

"tak. Mummy tak bergurau dan tak merepek. Dua orang depan kamu ni adalah ibu bapa kandung kamu. Sebenarnya, dulu mummy yang ambil kamu dari diorang..." ujar mak cik Izati serba salah.

Karl menghempas sudunya ke pinggan lalu ketawa sinis.

"sampai hati mummy kan? Selama ni Andry anggap mummy ibu Andry, rupanya penculik Andry? What's wrong with u mummy? Are u crazy?!" tengking Karl. Terhinjut bahu mereka.

"Karl! Watch out your mouth! Jangan biadap!" marah Ardell. Pantang dia dengar kalau ada orang meninggikan suara pada orang yang lebih tua.

Karl berdecit lalu terus berlalu keluar.

"Karl stop!" arah Ardell. Malangnya lelaki itu tidak menghiraukan panggilannya.

"mama, papa dan mak cik duduk sini dulu. Nanti Nysa datang balik..." ujar Ardel tergesa-gesa lalu terus berlalu mengikuti Karl.

"abang, stop!" terhenti langkah lelaki itu yang sedang menghampiri motornya.

Tubuhnya membelakangi Ardell.

"layak ke aku digelar 'abang' kalau aku sendiri dah merosakkan kau?" soal lelaki itu. Perkataan 'abang' itu ditekan.

Ardell mengeluh.

(sorry gais, scene ni banyak mengeluh).

"tiada sesiapa yang tak layak diberi peluang kedua. Semua orang pasti perlukan peluang kedua. Kita sebagai manusia perlu hargai peluang tu..." ujar Ardell. Suaranya kedengaran tenang sahaja.

"orang macam aku ni tak perlu peluang kedua" ujar lelaki itu datar.

"please, Karl. Kalau kau tak boleh lagi terima kitorang, sekurang-kurangnya kau kasihankanlah mummy kau. Dia ambil kau dalam keadaan dia sendiri tak sedar. Dia sakit waktu tu. Kau sebagai anak perlu hargai dia sebab dia dah jaga kau dengan baik..." pujuk gadis itu.

"aku minta diri dulu. Kalau kau dah ubah fikiran, kau datang je jumpa aku. Jangan risau, aku takkan pisahkan kau dengan mak cik..." ujar Ardell. Badan dipusing ingin melangkah pergi.

"aku minta maaf" langkah gadis itu terhenti lalu bibirnya mengukir senyuman hambar.

"aku maafkan kau walaupun aku tak boleh melupakan semua tu. Semua orang perlukan kemaafan. Aku tak berdendam dengan kau, jangan risau..." ujar Ardell lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah semula.

Karl menghela nafas berat lalu terus berlalu pergi daripada kawasan rumah itu.

√√√√√

Semua pengawas tingkat tinggi berkumpul di dalam sebuah bilik. Nama bilik itu adalah HPR. (High Prefect Room).

Dalam ni mereka perlu buat kerja bahagian masing ii kecuali anak buah (unit). Anak buah tak boleh masuk dalam ni kecuali ada makluman yang perlu diberitahu.

Ardell memicit-micit dahinya. Kes yang baru dia lihat ini amat berat.

Woi! Ada ke dadah ni bawak masuk sekolah? Aku tendang masuk kubur baru tau.

Papan kekunci ditekan lalu diklik 'send'.

"Aaden. Cuba kau tengok e-mail yang aku baru hantar kat kau..." ujar Ardell lalu menggeliat kecil. Lenguhnya lah~

"okay"

"Anyf~" panggil gadis itu manja. Anyf yang ada disebelah membuat muka toya.

"nak apa?" Ardell tersengih lalu memuncungkan mulutnya.

"nak tu..." pinta gadis itu. Mentos di meja Anyf menarik perhatiannya.

Kalau dah kembar, semua yang dia suka, sorang lagi pun suka.

"nanti rongak gigi kau" Ardell mencebik.

"kalau tak nak bagi tu cakap je la" ujar Ardell lalu terus menatap skrin laptop nya.

Aaden memerhati tingkah laku Ardell.

"comel" gumam lelaki itu.

"bagi je lah bengap!" marah Anyq. Anyf mengeluh lalu menghulurkan coklat mentos itu pada Ardel.

"tadi ka-" tiba-tiba ada suara seseorang yang mencelah.

"Nysa" panggil Amirul yang selang 3 meja dari hadapannya.

"apa?" soal Ardell malas.

"aku rasa kau patut tengok ni. Ada orang hantar kat aku" ujar Amirul. Ardell lekas-lekas mendekati meja lelaki itu.

Satu video memaparkan beberapa orang membuat pengedaran beberapa bungkus dadah.

"ini bukan ke geng budak-budak acah genster tu ke?" soal Ardell. Amirul mengangguk.

"ada satu lagi video" ujar Amirul lalu menekan papan kunci. Video kedua ditunjuk lelaki itu.

Terlopong mulut Ardell melihat video itu.

"shit! Tak senonoh!" carut gadis itu.

Video yang menjijikkan itu segera di send email nya lalu dipadam video itu daripada laptop milik Amirul.

"kau simpan video ni. Video satu lagi aku dah padam, jangan nak pandai ii buka kalau terjumpa kat mana ii" pesan Ardell lalu terus berjalan ke arah meja kerjanya.

Ting!

Dentingan noti daripada iphone 12 nya berbunyi. Gadis itu segera membuka aplikasi whatsapp.

Dahinya berkerut.

Xiu?

Xiu Er
Kau dah dapat video tu? Terima kasih pada aku sebab dah permudahkan urusan kau, ciao!

Dah, thanks tapi aku tak ikhlas sebab kau buat kerja tanpa disuruh. Aku tak suruh pun kan...

Hek eleh minah ni, bersyukur sikit!

Ardell menghiraukan lelaki itu. Orang tak suruh pun sibuk nak buat.

Dasar mamat cina sengkek!

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now