• T W E N T Y - F I V E •

2.5K 155 3
                                    

Kaki melangkah keluar daripada kawasan sekolah. Matanya meliar mencari sesuatu.

Kereta BMW hitam milik Aaden berada di hadapan bus stop. Kakinya pantas mendekati kereta itu.

Cermin kereta diketuk perlahan ingin menyedarkan penghuni nya. Lelaki itu mengisyaratkan dirinya untuk masuk.

"sorry. Am i late?" soal Ardell sebaik sahaja membolosi ke dalam kereta itu. Aaden tersenyum.

"nope, girl. How's your day?" soalnya setelah menjawab soalan si gadis pujaannya. Dia memulakan pemanduan.

Cehh...

"not bad but serabut dan busy sikit sebab kau dah habis sekolah kan..." ujar Ardell. Aaden ketawa kecil.

" sorry, girl. Sepatutnya aku tolong kau..." ujar Aaden serba salah.

"aku okay je lagipun yang lain tolong jugak..."

"so, how about El. She disturbed you?" soal Aaden. Wajah lelaki itu benar-benar risau.

Ardell memandang wajah Aaden daripada sisi. Lelaki ini amat kacak bersama rayban.

Dahi gadis itu dijentik.

"aduh!.."

"puas tenung? Aku tanya kau tak jawab.."

"El? Dia tak buat hal sangat tapi aku rasa dia macam ada plan something lah..." ujar Ardell.

"plan something? What's her plan?"

"i dont know but i feel something with her..." mata dikecilkan memandang jalan raya Kuala Lumpur yang sibuk itu.

√√√√√

Akhirnya tibalah mereka di sebuah butik terkemuka milik ibu Aaden, Puan Lee Farina.

Masuk sahaja ke dalam butik tersebut, mereka disambut mesra oleh pekerja-pekerja butik itu.

"ibu ada?" soal Aaden kepada salah seorang pekerja ibunya.

"ada. Kejap akak panggil puan..." ujar wanita itu lalu terus meninggalkan mereka berdua.

Ardell berjalan-jalan melihat segala baju-baju perkahwinan serta event. Cantik! Aaden yang melihat daripada jauh tersenyum.

"dah sampai?" soal Puan Lee Farina sebaik sahaja keluar daripada bilik itu.

"assalamualaikum, ibu" ucap Aaden lalu menyalami Puan Lee Farina diikuti Ardell.

"waalaikumussalam. Nysa ikut ibu eh. Ibu nak tunjuk baju yang sesuai untuk kamu. Aaden biar dia cari sendiri.." ajak wanita itu.

"alah..ibu kalau dah jumpa bakal menantu dia, Han pun dia dah abaikan..." ujar Aaden seakan-akan merajuk.

Bahu lelaki itu dicubit.

"mengada. Dah pergi..pergi.." halau wanita itu. Ardell menertawakan lelaki itu.

Selepas itu, wanita dan gadis itu beredar.

"Nysa. Ni design baru ibu. Ibu nak Nysa pakai yang ni. Baju nikah jangan risau sebab ibu dah settlekan dengan mama kamu..." ujar Puan Lee Farina seraya menghulurkan gaun yang tidak terlalu kembang tetapi flowy dengan sedikit manik serta hiasan bunga rose bewarna biru gelap. Warna bajunya adalah baby blue.

Ardell menilik setiap penjuru gaun perkahwinannya itu. Simple but elegant.

Itulah yang dia mahu.

Lebar senyuman gadis itu. "cantik. Nysa suka.." pujinya.

"ibu tak sabar nak jadikan Nysa menantu ibu. Ibu nak sangat ada menantu perempuan..." ujar Puan Lee Farina. Bahu gadis itu diusap lembut. Ardell tersenyum kekok.

"dah. Kamu pergilah try baju tu. Nanti tunjuk pada Aaden dengan ibu. Ibu tunggu kat depan eh"

"baik ibu" balas Ardell lalu terus beredar masuk ke dalam fitting room.

Selepas beberapa minit, Ardell keluar. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya.

Dia perlahan-lahan berjalan keluar ke hadapan. Dia tampak cantik dan elegant. Rambut blonde dilepaskan dan bersama sedikit calitan make up membuatkan gadis itu kelihatan menawan.

Dia melangkah keluar ke hadapan. Ibu dan Aaden terpegun.

"ya Allah, cantiknya menantu ibu..." puji wanita itu.

Ardell tersenyum. Gadis itu memandang Aaden lalu menjongket keningnya.

Aaden tersenyum.

"beautiful..." puji lelaki itu.

√√√√√

Liana dan Luqman sedang berjalan di dalam IOI mall. Tiba-tiba sahaja dia rasa craving Sushi King.

"biy..."  panggil Liana. Lengan sasa jejaka itu dipeluk erat.

"yes sayang?" sahut Luqman. Dia suka..suka Liana bermanja dengannya begitu.

"saya nak makan Sushi King, please..." pinta wanita itu manja.

"anak daddy ni lapar ye. Jom, mummy dah craving sangat ni..." ujar Luqman sekadar mengusik. Liana memuncungkan mulutnya.

"awak perli saya eh?" soal Liana acah-acah merajuk gituw. Luqman ketawa.

"mana ada. Dah jom..." ajak lelaki itu. Mereka memasuki restoran Sushi King lalu mengambil tempat.

(maaf, aku tak tahu sushi king ni cara pelayanan dia macam mana)

Kemain sweet lah dua orang ni. Hee~

"sayang duduk sini kejap eh. Saya nak pergi tandas.." Liana hanya mengangguk. Craving sangat sampai tak layan suami. Kesian Luqman~

"Liana" panggil seorang gadis. Gadis yang menegurnya itu memakai topi pantai dan rayban. Engkau ingat ni pantai ke?

"ye saya? Awak siapa?" soal Liana polos.

"bangun" arah gadis itu.

Liana berkerut kening hairan tetapi tetap mengikuti arahan gadis misteri itu.

Dagu Liana dicengkam.

"kau ingat eh Liana. Aku takkan lepaskan kau. Kau bodoh!" ujar gadis itu geram.

Mata Liana membuntang. Dia kenal suara itu. Suara El!

Dia melepaskan cengkaman lalu menolak Liana sehingga wanita itu tidak boleh mengimbangkan badan lalu jatuh. Gadis itu terus berlalu pergi.

"ya Allah, sayang!" jerit Luqman. Dia segera mendekati si isteri.

Darah yang keluar daripada bawah itu membuatkan Luqman bengang. Siapa berani menolak isterinya itu.

"sa-sakit..." rintih Liana. Luqman segera mencempung si isteri dan beredar keluar.

"sabar sayang. Jangan tinggalkan saya, jangan tutup mata..." ujar Luqman resah.

'ya Allah, kau selamatkanlah anakku serta isteriku, ya Allah...'

C || Forgive Me, Please...Où les histoires vivent. Découvrez maintenant