• T W E N T Y - T W O •

2.5K 175 7
                                    

"assalamualaikum..."

Liana memasuki ruang wad persendirian itu bersama-sama Luqman. Mereka datang ke sini sebaik sahaja membersihkan diri di penthouse.

Kelihatan Anyf sedang tidur berlapikkan lengan sendiri di sebelah kiri Ardell.

"bro. Bangun..." Luqman menepuk-nepuk bahu Anyf perlahan.

Anyf terpisat-pisat bangun daripada tidurnya.

"pukul berapa?" soal Anyf mamai.

"pukul 3. Kau pergi balik, mandi dan makan..." ujar Luqman.

"kau baliklah. Biar aku pulak yang jaga Nysa..." ujar Liana pula.

Anyf mengangguk pasrah.

"ha ni. Nanti aku hantar voice record Nysa. Nanti korang dengarlah sama-sama. By the way selamat pengantin baru..." ujar Anyf lalu terus melangkah pergi.

Beberapa minit kemudian, suasana senyap. Janggal.

Ting!

Notifikasi daripada whatsapp kedengaran.

"Anyf ke?" soal Liana. Luqman mengangguk.

Liana mengambil tempat disebelah Luqman.

Butang play ditekan.

Assalamualaikum, korang. Hm, selamat pengantin baru. First of all, aku nak minta maaf sebab ni semua rancangan aku. Aku tahu kau Luqman marah dengan aku sampai kau nak perangkap adik aku kan.

Macam mana aku tahu? Hm, itu rahsia aku dengan dia je.

Aku nak kau jaga Liana baik-baik, bahagiakan dia, lindung dia. Apa lagi eh? Ha! Kekal jannah hehe...

Aku tak nak bermusuh dengan sesiapa termasuk kau Luq.

Korang sekolah je macam biasa, lagi selamat kalau korang rahsiakan hubungan korang. Aku ni bukanlah jahat, sampai nak buka aib korang. Khilaf tu adalah...

El dah tahu jadi korang kena hati-hati...

Liana. Aku minta maaf tau. Sepatutnya aku tolong kau jauhkan diri daripada El. Kau sepupu aku, kau jugak childhood friends aku walaupun umur kita beza setahun tapi tu tak jadi masalah kan hahaha...

Aku, aku rindu kau. Aku rindu waktu dulu...

Huh...

Weh! Aku pun tak tau kenapa aku kena buat macam ni tapi hati aku tergerak nak buat macam ni...

Kau jumpalah grandpa Liana. Dia rindu kau jugak tu...

Berbalik kepada kau Luq...

Cintailah dia, sayangilah dia. Kata orang dulu-dulu kan, bercinta selepas kahwin tu indah. Janganlah bermasyam muka lama-lama sebab aku nak tengok anak buah aku cepat-cepat hahahaha... Entah apa aku merepek ni okaylah...

Kalau aku takde nanti, kau jangan monyok-monyok eh Liana. Jangan nangis sudah sebab aku takde nak lap air mata kau tau haha... Okay cliche...

Bye, kirim salam sayang aku kat keluarga aku jugak bila aku takde nanti. Assalamualaikum...

Liana telah menghamburkan tangisannya. Dia dah anggap Ardell tu macam adik sendiri.

Luqman macam teragak-agak nak peluk Liana. Akhirnya lelaki itu buat keputusan untuk memeluk sahaja gadis itu.

"kenapa dia buat macam ni, awak hiks..." soal Liana. Dia menangis di dada lelaki itu.

Luqman mengusap bahu gadis itu.

"kau tak boleh menangis macam ni. Dia tak nak tengok kau macam ni..." pujuk Luqman.

Haishhh aku nak buat apa ni...

Selepas beberapa minit, tangisan gadis itu tidak lagi kedengaran dan suasana menjadi sunyi. Hanya kedengaran mesin denyutan dan aircond sahaja berbunyi.

Luqman menunduk ingin melihat keadaan gadis itu. Rambut panjang Liana yang menutupi wajah diselit ke telinga.

"laaa...kau tidur rupanya" gumam lelaki itu.

Kedengaran pintu dibuka daripada luar. Luqman mengangkat wajah ingin melihat gerangan yang ingin melawat Ardell yang terlantar itu.

"eh Luq? Awalnya kamu datang? Anyf mana?" soal Puan Sri Anyra yang baru sahaja tiba bersama Anys disisi.

"Liana ni hah mak long, dia tak sabar sangat jumpa Nysa. Anyf pulak dah balik tadi. Mak long tak jumpa dia ke?"

Luqman sudah berkenalan dengan keluarga Ardell semalam cuma grandpa mereka masih belum berjumpa. Alhamdulillah, keluarga Ardell terima diorang.

"tak jumpa pulak. Hm, mungkin dia sampai waktu mak long dah bertolak kot.." ujarnya.

"takpelah. Kamu bawak balik Liana balik. Penat sangat tu sampai tertidur..." sambung wanita itu lagi.

Luqman mengangguk. Dicempung tubuh Liana erat.

"Luq mintak diri dulu. Anys, aku minta maaf pasal haritu, aku harap kau maafkan aku..." ujar Luqman. Anys mengangguk lemah.

"takpelah, aku maafkan kan. Benda dah lepas kan, tak payah fikir-fikir lagi.." ujar Anys.

Selepas itu, Luqman dan Liana beredar.

√√√√√

Pada malam itu.

"aunty, uncle. Han nak berbual dengan Ardell sekejap, boleh?" soal Aaden serba salah

Yela, kan ganggu talktime diorang pulak.

Tan Sri Arden tersenyum.

"boleh. Pergilah, kami keluar dulu..." ujar Tan Sri Arden lalu beredar bersama-sama dengan isterinya.

Aaden mengambil tempat di sebelah katil gadis itu.

"assalamualaikum, girl. Aku tahu kehadiran aku ni tak diundang dan buat kau benci tapi aku cuma nak kau tahu yang aku...aku suka kau. Kalau kau nak tahu, aku yang lamar kau. Keluarga aku sokong je"

Lelaki itu ketawa kecil.

Macam pelikkan cakap sensorang.

"actually start kau ada dekat sekolah tu, kau buat aku rasa menyampah tapi lama-lama perasaan tu berubah. Aku rasa kau comel je tapi ye la chubby kan. Aku je yang ego, sampai aku hampir nak musnahkan kau. Aku benci kau sebab aku rasa semua perempuan sama je. Kalau kau nak tahu, dulu aku ada seorang kekasih. Dia chubby tapi comel macam kau. Aku manjakan dia, aku belanja dia macam-macam, aku treat dia like he's my queen forever sampai aku cakap yang aku nak kahwin dengan dia"

Aaden menghela nafas seketika.

"sampailah suatu hari tu aku nampak dia curang. Aku serang dia, dan dia cakap dia dekat dengan aku sebab duit. Huh! Selepas je semua tu, aku dah tak percaya mana-mana perempuan tapi lepas aku perhatikan kau dulu, kau lain. Lain sangat. Kau seorang bersederhana, periang, rendah diri. Kau berubah mesti sebab kebodohan aku kan?"

Air mata yang mengalir dari tubir mata Ardell dilap lembut dengan ibu jarinya.

"aku tak tahu kau menangis sebab apa tapi aku nak tahu jawapan kau selepas kau sedar nanti. Aku takkan kacau kau buat masa sekarang sampailah kau rasa keputusan kau nak kahwin dengan aku tu betul"

Lelaki itu menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia bangun.

Ditatap wajah bersih suci tanpa jerawat milik gadis yang sedang terlantar koma itu.

"will you... marry me, girl?"

kepala gadis itu diusap lembut lalu kakinya pantas beredar keluar daripada wad itu.

C || Forgive Me, Please...Where stories live. Discover now