Bab 23

67 0 0
                                    

Drama Doctor Romantic terpampang di layar kaca televisyen sambil Rabiatul duduk santai dengan tangan yang tak berhenti menyuap buah epal yang telah dipotong secara kecil-kecil.

Ralit sungguh, kalau perompak masuk siap lepak buat kopi dekat dapur pun memang dia tak perasan. Iyalah, drama kegemaran dia sudah terpampang depan mata memang tidaklah dia nak fokus pada benda yang lain.

" Ting Tong "

Lonceng pintu rumah dia berbunyi. Kelam kabut dia menyarung tudung sarung yang berada dia atas sofa. Kakinya melangkah laju ke arah pintu dan terlihat satu figura yang dia kenali berdiri di pintu pagar.

" Eh, awak. Kenapa datang tiba-tiba ni ? " Tiada angin tiada ribut, tahu - tahu sampai depan pintu rumah. Kakinya melangkah ke arah pagar rumah sambil melihat kiri dan kanan. Mana tahu ada tetamu lain.

" Nah, saya nak bagi ni dekat awak. Ni susu untuk ibu mengandung, mak saya jual. Teringat dekat awak, tu saja bagi tu, " terdapat satu beg plastik dengan dua kotak susu untuk ibu mengandung dihulurkan kepadanya.

" Lah susah-susah je. Berapa mak awak jual ? Saya bayarlah kalau macam tu, " laju jejaka itu menggelengkan kepala. " Eh tak payah saya memang nak bagi je. Mak pun suruh bagi, " dia rasa jelas dah dia kata dia nak bagi, apa pasal Rabiatul nak bayar pula.

" Eh tak payah lah macam tu. Mak awak meniagakan, " jejaka itu menayang muka tak puas hati. Ada juga dia hantar sedozen kotak susu ni.

" Saya memang nak bagi awak. Nah, ambil je. Tak payah bayar, awakkan kawan saya jugak, " Rabiatul dah tergaru - garu kepala. Serba salah pula dia jadinya.

" Hm, kalau macam tu takpe lah. Saya ambil ya ? Terima kasih awak, cakap dejat mak sekali tau, " jejaka itu mengangguk sambil tersenyum.

" Saya balik dululah Rabiatul. Kirim salam dekat abang awak nanti, " Rabiatul hanya tersenyum dan melambai ke arah jejaka itu. Beruntung betul anaknya, semua sayang.

Sampai saja dia di dalam rumah, telefonnya berbunyi.

" Ting "

" Minum sehari sekali, minum sebelum tidur tau, "

Dia tersenyum melihat pesanan ringkas itu. Bersungguh betul ya. Ibu jarinya laju menaip untuk membalas pesanan tersebut.

Rabiatul

" Terima kasih awak, "

Namun hanya dua tanda biru diberi oleh lelaki itu. Dia kembali menonton k drama kegemarannya. Namun, fokusnya kembali terganggu apabila kedengaran pintu pagar rumahnya dibuka. Abang dia dah balik lah kot.

" Assalamualaikum, " haa sah abangnya dah balik. Pintu rumah kedengaran terbuka. " Waalaikummussalam, balik dah abang ? " Dia memandang ke arah Iyran yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ya, balik dah. Kerja habis awal, balik lah. Taknak abang duduk lama-lama dekat office hadap muka Alex. Boleh gila abang lama-lama, " dia melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

Matanya melihat beg plastik di atas meja. Uish, apa benda tu ? Tangannya mengambil kotak dan membaca perincian kotak tersebut.

" Susu nutrisi ibu mengandung ? Lah, beli mana dik ? " Iyran memandang adiknya yang masih khusyuk melayan k drama. " Oh, tak beli pun. Ada kawan bagi, mak dia jual, " Iyran mengangguk dan meletakkan kembali kotak susu tersebut.

" Abang baru ingat nak belikan, takpelah dah ada orang bagi, " memang sudah ada dalam rancangan dia hendak belikan susu ibu mengandung untuk adiknya tapi rezeki pula ada orang bagi.

" Rezeki budak-budak ni lah. Semua sayang diaorang, " tangan Rabiatul naik mengusap kandungannya. Berat pula hati apabila teringat anaknya kembar 3, boleh ke dia menjaga ? Haih.

" Ayden dah tak kacau adik kan ? " Tersentak dia mendengar nama itu. Nama yang membawa kisah gelap dalam hidupnya yang sememangnya sudah sepi sebelum ini.

" Takde dah, " sejak peristiwa keguguran pertamanya, lelaki itu tidak pernah lagi munculkan diri. Hilang ke mana pun dia tidak tahu.

" Adik, adik tak terfikir nak kahwin ? " Iyran tak tahu mengapa soalan itu juga yang terlintas di benak akalnya. Iyalah, jika anak - anak buahnya lahir kelak dan tumbuh membesar pasti mereka akan menyebut tentang bapa mereka.

" Entahlah, siapa je nak adik dalam keadaan macam ni ? Kalau nak suruh Ayden tu bertanggungjawab, sorry. A big no from me, " dia sudah bersumpah dengan dirinya tidak akan berkahwin dengan manusai yang telah memusnahkan kehidupannya.

" Insyaallah, ada je orang nak adik. Abang bukan apa, esok diaorang dah lahir dah besar mesti diaorang tanya pasal ayah dieorang, " walaupun memang sudah pasti akan berbin atau berbinti kan Abdullah tapi sekurang-kurangnya boleh kurangkan fitnah.

" Malaslah adik cakap pasal jodoh-jodoh ni. Buat pening je, ada nanti kahwinlah adik abang ni, " buah epal yang dipotong tadi telah habis dilahap olehnya. Syok layan drama korea.

..............

" Airiel, kau asyik senyum-senyum apahal ? Tengok buah hati ke ? " Faheem melihat rakannya seorang ni dari tadi tersenyum-senyum macam orang gila. Entah sihat ke tidak ni.

" Hah ? Takdelah. Lawak komik ni, cerdik sangat tackle awek tepi tong sampah, " Faheem mengangguk. Sememangnya Airiel suka baca komik online. Kadang-kadang Airiel memaki seorang diri, risau kita.

" Mana Faqriel ? Lama tak nampak ? " Airiel terus memandang Faheem dengan wajah terkejut. " Kau tak tahu ke ? " Faheem sudah berkerut. Tahu apa ni ? Tertinggal bas betul.

" Faqriel kena ragging teruk dengan adik-adik dia. Member KO dekat rumah, " terbeliak mata Faheem mendengar. Oh man, adik Faqriel dua orang tu memang buas. Selisih dengan harimau pun harimau tunduk.

" Asal ? Kantoi pasal Aleeqa ke ? " Airiel mengangguk. Faheem sudah terkedu. Agak-agak hidup lagi tak kawan dia atau perlu memegang kad selain ic selepas ini ?

" Kau relax je. Hidup je member kau tu, cuma muka lah defect sikit, " Faheem sudah tersenyum membayangkan muka Faqriel. Pasti penuh lebam, HAHAHAHA.

" Airiel, lepak jom petang ni ? " lama juga mereka tidak lepak bersama. Lepak dekat mamak pun okey juga. " Haa kau lupalah tu. Mak kau bising suruh kau balik rumah kan ? Ada hati nak ajak aku lepak. Takde, takde. Kau balik rumah kau, aku pun ada hal petang ni, " dia tak sanggup nak dengar bebelan mak Faheem gara-gara Faheem sudah lama tidak balik ke rumah.

Cukup sekali mak Faheem datang membebel di rumah bujang mereka. Oh, telinga dia rasa nak meletup ketika itu. " Haah lah ! Wei, aku janji dengan mak aku nak balik makan tengah hari. Mampus aku, " sekelip mata Faheem hilang daripada pandangan. Tahu gelabah.

" Hm, nak ajak dia keluar ke tak eh ? Kalau ajak karang mesti dia taknak tapi aduh ! " Sakit kepala dia berfikir sama ada nak ajak si gadis keluar atau tidak. Mak, tolong Airiel mak !!

.....................

" Mawar, kau tak suka Iyran ke ? " Tersentak Mawar yang sedang mendodoikan Humairah apabila mendengar pertanyaan abang Anas. Nak jujur ke nak tipu sunat ?

" Entahlah bang, Mawar ni malas nak taruh harapan lebih - lebih. Nanti kecewa haa, abang juga kena hadal adik yang galau ni, " Iyran tu serba-serbi ada, apa lah sangat jika hendak dibandingkan dengan dia yang belajar pun tak habis lagi. Hmm, sedih.

" Abang rasa Iyran suka Mawar lah, " terbeliak mata Mawar mendengar. Hah ? Gila ke ? " Memang tak lah dia nak suka Mawar abang, Mawar ni bukan sesiapa pun. Apa pun takde. Nak kata lawa, muka ngam ngam masuk pasaran Malaysia. Belajar pun tak habis lagi, " tangannya masih mendodoikan anak tunggal abang sulungnya.

" Memanglah dia tak pernah cakap dia suka adik tapi mata dia. His eyes had told me everything, " Anas memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah adiknya. Dia tahu pandangan Iyran itu, bukan pandangan seorang kawan. Pandangan itu pandangan yang bermakna.

He have the whole world when he look at her. Ya, dia tahu pandangan tu. Pandangan dia kepada arwah isterinya walaupun cinta dikhianati tetapi hidup harus tetap slay ! Okey, nampak tiber.

" Dah lah abang, pelik-pelik pula ayatnya. Mawar ni tak mengharapkan apa-apa pun pada dia. Dia anggap Mawar ni kawan je, " tanpa mereka sedar ada manusia yang mendengar perbualan mereka.

" Who said like that, Mawar ? Tak tahu pula kau boleh baca fikiran orang, "



















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LUKA & DERITAWhere stories live. Discover now