Bab 21

107 11 1
                                    

"Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah" tapak tangan kanannya meraup wajahnya. Sudah lama dia tidak bersujud di hadapan Sang Pencipta. Kedua tubirnya mengeluarkan cecair jernih.

'Ya Allah, beginikah perasaan saat para hambamu datang memohon dan menyembahmu' dia membetulkan kedudukannya.

"Astaghfirullah hal adzim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih" Datuk Luqman yang laku di hadapan bilik anak bongsunya terhenti langkahnya.

"Astaghfirullah hal adzim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih" dia membuka pintu bilik anaknya perlahan-lahan. Hendak sahaja dia memeluk anaknya ketika itu juga. Perlahan air mata mengalir di pipi lelaki paruh baya itu.

"Teruskanlah Ayden. Papa selalu mendoakan anak papa" perlahan sahaja suaranya. Dia kembali menutup pintu bilik itu.

"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosa yang telah aku perbuat selama ini Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hamba mu yang penuh dosa dan khilaf. Terlalu banyak dosa yang aku perbuat sepanjang masa hidup ku" terketar-ketar dia menadah tangan. Hatinya penuh sebak mengingat segala dosa yang pernah dibuat oleh nya.

"Aku lalai dalam menjalankan amanah yang engkau berikan kepada ku sebagai seorang hamba mu dan juga sebagai seorang lelaki Ya Allah. Aku terlalu menikmati kemewahan dunia yang sesungguhnya hanya sementara Ya Allah. Hanya engkau Maha pengampun dan pemberi hidayah kepada hamba-hamba mu" laju sahaja cecair jernih keluar dari tubir matanya.

"Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin".

.

Kini dia berdiri tepat di hadapan pintu bilik abangnya.

"Tok tok tok"

Pintu bilik abangnya terbuka. Muncullah wajah abangnya yang bersongkok. Aiman memandang adiknya atas bawah. "Kau nak apa?" Lama Ayden mendiamkan diri. Dia membuang berat nafasnya.

"Aku nak minta tolong kau boleh?" Terjongket sebelah kening Aiman. "Tolong apa?" Matanya terarah kepada Al Quran yang dipeluk oleh adiknya. "Ajarkan aku" Ayden menghulurkan Al Quran yang dipeluknya.

Aiman terkedu. Kedua tangannya memegang kedua bahu Ayden. "B-betul ke Ayden?" Dia mengangguk lemah. "Doa aku termakbul Ayden" dia memeluk erat tubuh sasa adiknya. Ini yang dia nanti kan, dari dulu. Dia rindu adiknya yang dahulu.

"Kau sudi ajar aku?" Aiman meleraikan pelukan. "Gila kau tak sudi. Masuklah" mereka bersila di atas lantai. "Al fatihah kau ingat kan?" Risau juga adiknya tak ingat al fatihah. "Tahu lah aku ni jahil tapi jangan tanya macam tu. Soalan kau pun bang" Aiman tersengih. Mana lah dia tahu.

Dengan bacaan bismillah Ayden memulakan bacaannya. Memandangkan hari sudah pun larut malam, dia memilih untuk membaca surah Al-Mulk. Satu per satu bait ayat di sebut walaupun dia masih kekok. Aiman pula mendengar bacaan Ayden dengan tekun. Sedap cuma sedikit kekok mungkin faktor sudah lama tidak membaca Al Quran.

"ثُمَّ ٱرْجِعِ ٱلْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ ٱلْبَصَرُ
خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ"
Ayden pun mengikuti ulang bacaan abang sulungnya. Entah mengapa dadanya terasa lapang setiap kali kalimah-kalimah suci itu terucap di bibirnya.

Datin Adrina dan Datuk Luqman tersenyum bahagia melihat anak mereka. Kepala Datin Adrina melentok di bahu milik Datuk Luqman, hatinya begitu bahagia terlampau bahagia. Tidak lepas matanya dari melihat kedua anak lelakinya.

"Doa saya termakbul bang. Ayden Faqyheen dah balik" Tangan kekar suaminya mengusap rambutnya perlahan-lahan. Dia faham maksud isterinya. Dia juga bersyukur Ayden sudah berubah. "Dah jom sayang kita masuk bilik eh?" Berkerut dahi Datuk Luqman apabila isterinya tidak menyahut.

LUKA & DERITAWhere stories live. Discover now