Bab 12

125 11 1
                                    

   3 jejaka berwajah tampan itu masuk ke kawasan kolej dengan gayanya . Semua orang terpegun, melihat mereka sudahlah kacak duit pun berkepuk .

"Aku dengar diaorang dah tak buat kerja-kerja kotor tu , betul ke?" Salah seorang mahasiswi itu bersuara . "Aku dengar macam tu juga. Ya Allah tengok tu, melting aku" pelajar itu membuat gaya ingin pengsan .

"Siapa belakang diaorang tu? Pakai mask bagai" terus rakan pelajar perempuan itu menekup mulutnya. "Dia tulah mastermind semua tu" terus perlahan nada suaranya. Risau kalau Ayden terdengar.

"Apa tunggu lagi, blah lah cepat. Aku taknak hilang dara" terus mereka berdua menghilangkan diri.  "Mak ai seram sangat ke Ayden ni sampai lesap dua orang budak tu" mulut Faheem ni memang minta sumbat selipar jamban. "Tapi memang Ayden lagi banyak dosa daripada kita kan ?" Iman berbisik kepada Faheem. Kalau Ayden dengar ni, ada makan lauk hospital selama seminggu ni.

" Macam mana kena rembat dengan Faqriel? Sedap?" Jiwa kau memang kering Airiel. Ayden hanya diam seperti tidak mendengar pertanyaan Airiel.

'boleh dia tanya lagi, kalau tak sakit takdenya aku pengsan kelmarin' dia melajukan langkahnya meninggalkan rakan-rakannya dibelakang. "Airiel kau kira Allah dah selamatkan kau tahu. Nak mati ke tanya soalan macam tu? " Nampaknya Iman lupa siapa Airiel. "Mat , kau rasa Airiel tu takut ke dengan Ayden? Sikit pun dia tak elak kalau Ayden tu bagi dia sebiji. Kan Airiel? " Kesian betul Faheem kena palau. Penat member backup.







A few weeks later . . .








"Selamat datang Encik Iyran. Saya Dahlia P.A Encik Iyran," setelah didesak oleh Aiman dan Datuk Luqman Iyran setuju untuk mengambil alih salah satu syarikat milik keluarga itu. Pada mulanya, dia berasa segan. Iyalah, dia ni ada SPM saja mana layak untuk urus syarikat besar seperti ini. Tapi berkat tunjuk ajar dua beranak itu, dia setuju untuk mengambil alih syarikat itu.

"Okey thanks Dahlia right?"  Gadis itu mengangguk. 'Ya Allah handsome nya bos baru aku,' aip Dahlia tak baik macam tu.

" Haaa Dahlia, nanti ada kawan saya datang. Kalau saya takde nanti suruh dia tunggu dalam bilik saya boleh? " Dahlia mengangguk. 'agak-agak kawan dia tu handsome macam dia ke ? Eh Dahlia kau datang sini untuk kerja bukan menggatal ish!' dia membetulkan tudungnya sebelum melangkah ke arah meja kerjanya.

"Bisikan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku" sebaik sahaja Iyran hilang dari padangan , Dahlia mula melakukan hobinya. Nasib suara sedap.

"Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku
Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidur ku
Aku sebut nama mu
Aku seru cinta mu"  Alex yang baru tiba terpukau dengan nyanyian Dahlia itu . Gas gak gas gak , gas lah masak enggak .

"Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawa ku
Aku lah perindu mu
Aku lah pencinta mu
Bawaku bersama mu
Agar hilang resah ku
" Dahlia memaling kearah Alex sebaik sahaja Alex menyambung nyanyiannya. 'Masyaallah dah lah handsome, suara dia arghhhh tolong aku Ya Allah. Siapa dia ni' meronta ronta hati Dahlia

"Eratkan dakapan mu
Dekatlah pada ku" mereka menyanyikan lagu itu bersama-sama , semua staff terpana mendengar nyanyian mereka.

"Cinta berpadu" mata mereka bertembung. Hati mereka mula berdetak laju selaju lajunya. Dah mereka mendapatkan tepukan yang gemuruh oleh staff-staff di situ.

" Perghhh sedaplah suara korang "

" Ya Allah rasa nak tidur je "

" Wei kalau diaorang nyanyi lagi nanti record-recordlah . Sharing is caring! "

Aish tersipu malu Dahlia. Cepat-cepat dia memaling kearah lain. Iyran menggelengkan kepalanya. Lain macam ni , sama - sama rupawan sama-sama pandai nyanyi . Kahwin nanti buat konsert free.

" Ehem Encik Alex. Sedapnya nyanyi , patutlah lama " Alex tersenyum malu. "Bukan selalu. Dah aku dengar dia nyanyi apa salah ikut sekali hehehe"

"Oh lupa pula. Saya Alex awak ?" Sebagai lelaki perlulah jadi gentlemen. Jadi dia perkenalkan diri dulu. "Sa-saya Dahlia" awww sangatlah manis disitu.

"Okeylah saya masuk dulu. Nanti nak nyanyi lagi ajaklah saya hehehe" dia meninggalkan Dahlia dan menghilangkan diri ke dalam bilik Iyran.



. . .





"Aku tak kira, kalau kau tak dapat jumpa dia siap kau" Ayden mencampak telefonnya keatas katil. Kenapa tak campak keluar tingkap je bagi pecah. Kan senang.

"Aku suruh cari minah tu je. Bukan suruh buat, itu pun susah ke ?" Ayden menanggal pakaiaannya dan memakai tuala. Terserlah sixpack dan otot sasa miliknya. Jika sahaja Ayden mempunyai sikap yang cantik seperti tubuhnya tentu ramai yang hendak menjadikannya sebagai imam.

"Agak-agaknya minah tu gugur kan ke tak kandungan tu. Ish mestilah dia gugurkan, siapa je nak anak luar nikah. Bukannya baik sangat dia tu" Ayden melangkah masuk bilik air. Auch menggoda gitu .

Skip. . .

"Bismillah, sakitnya pinggang" Rabiatul bangun dari duduk tahiyat akhirnya. Cepat betul pinggangnya lenguh sejak dua menjak ni. Buat kerja sikit pun dah penat. Rabiatul mengambil telefon bimbit miliknya. Banyak betul mesej. Satu per satu mesej dibuka.

Faqriel Harris 😸✨

Assalammualaikum Bidadari🤍✨
8.00 p.m.

                      Waalaikummussalam.
                      Ya Faqriel kenapa?
                                                8.00 p.m.

Malam ni bersiap tau. Abang
Awak yang suruh . Katanya nak bawak awak pergi sesuatu tempat.
8.01 p.m

                                       Pergi mana ?
                                               8.01 p.m

Entahlah abang awak tak cakap
Okey bye
8.01 p.m

Berkerut muka manis gadis tu. Dah lah pinggang sakit , dengan Faqriel main teka teki lagi. Macam-macam betul. Sejadahnya yang terbentang itu dilipat dan diletakkan ke dalam almarinya. Satu persatu baju di lihat dan akhirnya dia membuat keputusan untuk memakai blouse warna peach serta skirt labuh berwarna putih dan ditambah dengan bawal putih.

Lawa pun lawa, sesuai untuk ibu mengandung.

" Mawar oh Mawar tolong saya kejap " bunyi derapan kaki Mawar menghampiri biliknya kedengaran. " Haa kenapa ?" Rabiatul menghulurkan tangannya. Mawar yang faham terus menarik tangannya. Boleh dikatakan itu rutin hariannya sejak kandungan Rabiatul masuk 4 bulan.

"Berat sia kau. Kau makan banyak ke baby kau yang besar sangat ni tapi baby bump kau takdelah besar mana. Musykil aku" sedap betul mulut dia mengutuk Rabiatul. "Membebel je mulut awak ni. Sama je dengan abang Iyran. Kahwin kan karang baru tahu" mencebik Mawar. "Cakap sikit kahwin, cakap sikit kahwin. Dah lah kau taknak kawan kau dah"

Kuat betul merajuk. Siapa yang mengandung ni? Rabiatul memeluk mawar dari belakang , nak pujuk lah tu.

"Ala kawan saya ni jangan lah merajuk, saya gurau je lah. Tapi seronok juga kalau awak jadi kakak ipar saya. Ada lah peneman hari-hari" dalam hati Mawar dah berbunga. 'awwww aku dapat restu' bahagia hati sebenarnya tapi perempuan kena lah jual mahal sikit. Sikit je lah , lebih-lebih nanti takde orang nak .

" Assalammualaikum Rabiatul cepatlah turun "
















Assalammualaikum readers tersayng haaa gituwww. Tq for reading this part. Kalau boleh vote, comment and share okeyy. Enjoy your life okey. Byeee muahh <3.

LUKA & DERITAWhere stories live. Discover now