Bab 15

89 10 5
                                    

"Dari hasil scan ni, kemungkinan anak awak kembar tapi saya tak dapat nak pastikan kembar berapa sebab gambar ni tak jelas sangat. Keadaan kandungan awak semua sihat dan baik. Jangan lupa datang  check up bulan depan. Jangan lewat lagi '' doktor wanita itu menjeling kearah Iyran yang sedang duduk dihadapannya. Iyran yang sedar dirinya diperli memberi senyum kambing kepada doktor itu.

"Sorry doc. Terlajak tidur tadi hehehe" dia menggaru kepalanya walaupun tak gatal. "Lepas ni jangan lewat lagi. Nah ni kad saya, kalau ada apa-apa just call the number okay." tangan kekar Iyran menyambut huluran doktor paruh baya itu. "Okey you guys dah boleh keluar sekarang. If you guys need my help just call me okay" Rabiatul menangguk tanda faham sebelum menyambut huluran abangnya itu. Nak tolong papah lah kot.

"Bye doc. Thank you" mereka berdua melangkah keluar dari ruangan  Doktor Liza dan menuju ke arah kawasan menunggu dimana Faqriel dan Mawar berada. "Macam mana? Lelaki ke perempuan?" Terkejut Rabiatul dibuatnya tiba-tiba hamba Allah ni ada dekat belakang dia. "Baru 4 bulan gila tak masuk 5 bulan lagi mana nak tahu jantinanya" Faqriel tersengih. Mana lah dia tahu dia bukan pernah mengandung.

"Now guys kita nak pergi mana? Okey tak payah suggest , aku tahu nak pergi mana. Jom Biaa" Mawar yang baru sahaja muncul terus menarik tangan Rabiatul dan membawanya keluar dari klinik itu. "Woi Mawar jangan culik adik aku" Iyran dan Faqriel mengejar langkah kedua gadis itu. Halah memang kena ada scene kejar mengejar ke ?

"Biar aku drive. Takut suruh kau bawa karang sesat pulak kita nanti" dia menadah tangan meminta kunci kereta dari Iyran. "Kau boleh bawak kereta ke?" Teragak-agak Iyran menyerahkan kunci kereta kepada Mawar. Boleh percaya ke minah ni? "Trust me babe" memerah pipi Iyran. "K-kau panggil aku apa tadi? B-babe?" Gadis itu hanya tersenyum tidak bersalah.

"Itu pun blushing ke?" Mawar menganjing Iyran yang sedang terdiam. "Woi woi woi jangan buat drama dekat sini. Ingat sikit aku dengan Rabiatul ni single. Aku rembat satu satu kejap lagi" Faqriel membuka pintu dan menghumban Iyran masuk kedalam kereta secara paksa. "Sakitlah gila" tepat detik itu kepala Iyran terhantuk pada dashboard. Merah dahi member.

"Eh abang okey ke tu? Ya Allah merah tu" Rabiatul menolak badan Faqriel agar memberinya ruang untuk dia memeriksa keadaan abangnya. Melihat dahi abangnya merah apa lagi memang habislah Faqriel di jelingnya. "Awak ni lah. Cubalah jangan gurau kasar sangat. Nasib merah je kalau berdarah haaa habis dah" dibelakang Rabiatul, Iyran senyum kemenangan siap jelir lidah lagi.

Faqriel dah berasap. 'Cis takpe kau. Tunggulah Rabiatul takde memang kena kau dengan aku' hatinya memaki hamun Iyran.

"Woi cepatlah. Aku lapar ni, bergaduh pula dekat situ" sudahlah perutnya lapar boleh pula mereka bergaduh dekat situ. Naik angin Mawar dibuatnya. Iyran yang mulanya mahu duduk disebelah pemandu kini bertukar posisi duduk dibelakang, itupun kerana Rabiatul yang minta katanya selesa duduk didepan.

D i  T e m p a t  t u j u a n

"Wah bapak lawa kafe ni" Faqriel memuji-muji kafe yang berada di depan matanya sekarang. "Dah jom keluar. Lapar dah ni" Mawar mematikan enjin kereta dan mencampak kunci kepada Iyran yang berada di bahagian tempat duduk belakang. Mereka berempat keluar dari kereta dan memasuki kafe itu. Elegan dan moden.

Berlatar belakang warna biru muda pastel dan sedikit warna biru tua pastel. Memang cantik. "Wani abang Anas mana?" Penjaga kaunter itu menunjuk kearah dapur.  "Okay thanks" dia menarik tangan Rabiatul untuk mengikuti langkahnya masuk kedalam manakala Iyran dan Faqriel disuruh duduk diam dia meja. "Korang berdua duduk dekat sini diam-diam. Jangan mengada sangat nak ikut" amaran telah dikeluarkan jadi duduklah diam-diam dimeja.

Sebaik sahaja kaki mereka menjejaki lantai dapur, Mawar terus mendapatkan abangnya yang sedang memotong sayur. "ABANGGGG" terkejut Anas dibuatnya. "HOI MAK KAU" alamak hilang macho dia melatah. "Ya Allah kau ni dik. Nasib abang tak baling pisau ni dekat awak. Berapa kali dah abang cakap jangan sergah orang, tak semenggah betul perangai" dia meletakkan pisau yang dipegang di atas papan pemotong. Mujur pisau tu tak terbang.

"Hehehe promise ni last " entah berapa banyak kali dah last dia buat tapi takpe kalau buat lagi janji lagi. "Haih macam-macamlah adik abang ni, eh ni siapa?" Dia baru menyedari ada orang di belakang adiknya. Cantik. Hanya itu yang berada di fikirannya apabila melihat sosok itu.

"Inilah Rabiatul yang adik cakap dekat abang tu" otaknya mula memproses mencari Rabiatul yang dimaksud. 'perempuan yang kena rape tu ke?' hatinya tertanya-tanya. Dia mula meneliti badan Rabiatul ya perut gadis itu sedikit kedepan. "Ouh Rabiatul Darwisya. Hai Rabiatul" dia menyapa Rabiatul untuk mengelakkan suasana kekok. "H-hai" takut-takut Rabiatul menyapa balik abang sahabatnya itu.

"Dah kenapa duduk dekat dapur ni. Jom ke depan" Anas menolak tubuh adiknya kearah pintu keluar dapur. "Ish orang cari abanglah. Janganlah tolak-tolak" tapi Anas selamba masih menolak adiknya. Mata dia menangkap sesusuk tubuh diluar kafe yang sedang perhatikan belakangnya. Sah orang misteri itu sedang perhatikan Rabiatul. Namun apabila dia memandang balik ke arah susuk misteri itu, susuk itu sudah hilang. 'perasaan aku je kot' dia cuba positif.

"Haaa abang ni Iyran abang Rabiatul, ni pula Faqriel anak kutip" tersembur Faqriel mendengarnya. "Kurang asam punya Mawar. Mentang-mentang ada abang kau" padangan tajamnya dikeluarkan namun tidak dipedulikan Mawar. Ingat aku takut? Hahaha sorry lambert lagi.

"Anas, abang Mawar" mereka bertiga berjabat tangan. "Duduklah, Rabiatul duduklah kenapa berdiru macma tiang bendara dekat situ" tersentak Rabiatul apabila namanya disebut, kantoilah di sedang melamun. "Kau termenung apa Biaa? Tak sabar nak beranak ke macam mana?" Mawar menepuk bahu Rabiatul. "Hah? Takdelah, teringat mak ayah je," Iyran yang mendengar memandang sayu adiknya. Adiknya sangat kuat boleh bertahan sejauh ini.

Sedangkan dia? Lari dari masalah, menuding jari sesuka hati tanpa menyiasat. Dia sememangmya tidak mampu menjadi kuat sekuat adiknya. "Dah jangan fikir banyak sangat, sini duduk dekat abang" terus tubuh tegap Faqriel ditendang sehingga jejaka itu menyembah lantai. "WOIIII SAKIT LAH MUSIBAT" Faqriel yang masih  terbaring di lantai, kakinya menendang kerusi yang di duduki oleh Iyran. "Haish korang ni asyik gaduh je, dah macam budak-budak" Iyran dan Faqriel menjeling sesama sendiri.

'jaga kau Iyran'
'kau nak jaga kau buat apa? Aku bukan anak kau pun'
'kau tunggu lah dekat rumah nanti'
'asal nak gaduh meh lah'

Rabiatul yang perasan pandangan mata mereka semakin memanas terus memeluk menepuk bahu abangnya. "Ingat adik tak faham pandangan mata korang?" Iyran dan Faqriel terkaku dan memandang Rabiatul secara serentak. 'ha sudah dia tahu, Ya Allah semoga dia tidak mengeluarkan segala ayat-ayat yang mampu mengoyakkan hati kami berdua' dalam hati masing-masing dah berdoa semoga gadis itu tidak mengeluarkan hujahnya.

"Haish korang berdua ni lah. Faqriel bangunlah kau nak jadi dugong ke dekat sini, sorry lah abang aku tak ambil lagi cosplay dugong dekat sini" ternganga Faqriel, disamakannya dia dengan dugong. Hello jauh beza okey.

"Hahaha abang memang tak ambil cosplay dugong. Kalau dia nak apply jdi cosplay suster ngensot boleh je, tengok tu cara dia dudk atas lantai tu sama lah tu" huh merah telinga Faqriel mendengarnya. "Cis abang adik sama je, nasib Rabiatul tak macam korang kan Biaa?" Dia memandang Rabiatul meminta kasihan untuk di bela. "Err saya memang tak setuju dengan Mawar tapi sye setuju dengan abang Anas. Sorry hehehe" cepat-cepat Rabiatul duduk di tepi abangnya. Kesian betul takde orang backup.

"Lepas ni korang nak pergi tengok wayang kan?" Rabiatul bersuara. "Haah kenapa? Taknak ikut ke?" Mawar memandang Rabiatul. "Haah rasa nak tidur lah pula. Takpe korang bertiga pergilah saya balik naik grab" Iyran memandang Rabiatul lama dan akhirnya dia mengangguk.

"Boss line clear"













Hello readers saya harap korang semua enjoy lah, sebenarnye yang jdi akibat tk updatenye sye pening nk pilih jalan cerita untuk bab ni. Hope korang enjoy okey kalau boleh comment, like and follow sekali hehehe tq.

LUKA & DERITAWhere stories live. Discover now