Bab 18

75 10 1
                                    

"Apa yang tiga?" Ayden yang baru muncul dari belakang Datuk Luqman bersuara. Rabiatul terdiam  dan memandang Iyran. "Tiga bulan lagi Rabiatul pindah U" biar saja 3 lagi janin di dalam rahim Rabiatul menjadi rahsia. "Betul ke papa?" Datuk Luqman mengangguk. Melihat  Ayden yang masih belum sedar akan keadaan perutnya yang masih membulat, dengan cepat dia mengambil bantal cadangan dan menutup perutnya.

"Rabiatul aku nak minta maaf sebabkan aku, kau terpaksa menanggung sakit. Sebabkan ego aku, kau kehilangan anak kau. I'm really sorry, Rabiatul.  I hope kau maafkan aku." entah berapa kali perkataan maaf keluar dari mulutnya. "S-aya maafkan awak." walau perit apa yang dialami, gadis ini masih cuba tersenyum. "Adik, doktor kata janin tu dah cukup sifat plus dah ada degupan jantung. Jadi kena kuburkan dengan cara biasa" Rabiatul mengangguk faham. Minggu hadapan kandungannya sudah genap 5 bulan.

Semasa mendapatkan pemeriksaan di klinik sememangnya dia sudah mendapat khabar janinnya sudah mempunyai degupan jantung. "Secara biasa? Macam mana tu aunty tak faham" Datin Adrina menyampuk. Dia tidak pernah mengalami keguguran jadi dia tidak faham konsep menguburkan janin atau bayi yang gugur. "Maksudnya bayi tu perlu di beri nama dan dikuburkan seperti orang yang meninggal sebab dia dah bernyawa dan cukup sifat. Cuma tak sempurna. Aunty, uncle, Ayden nak tengok ke?" Rabiatul bertanya. Sememangnya apa yang telah dia terima itu kejam namun dia tidak boleh menafikan fakta anak itu adalah anak Ayden.

"Boleh juga. Kamu nak bagi nama anak kamu apa?" Datuk Luqman bersuara. "Muayyad Altaf Nurhan?" Semua memandang Rabiatul lalu mengangguk. "Sedap nama tu. Pandai Rabiatul pilih, kami pergi tengok baby dulu ya" tiga beranak itu keluar dari bilik itu dan menuju ke arah kaunter menuntut jenazah. "Adik okey?" Rabiatul mengangguk dan memegang tangan abangnya. "Terima kasih sebab hadir saat adik perlukan abang. Abang boleh ada minta sesuatu tak?" Iyran mengangguk.

"Tolong bawa adik jauh dari Ayden. Adik taknak anak-anak adik dapat nasib yang sama macam Nurhan" Iyran terdiam sejenak, lalu dia mengusap kepala adiknya. "Abang akan tunaikan permintaan adik. Kita move to our new house. Jauh juga dari sini" Rabiatul mengangguk setuju. "adik nak Mawar ikut sekali ke?" Panjang umur tuan empunya badan. Muncullah Mawar dan abangnya dan disusul oleh Faqriel.

"Wait, Faqriel belakang kau tu siapa?" Mereka melihat kearah belakang. "Ouh mamat ni? Airiel Arman a.k.a budak pungut" mata coklat tua milik Airiel memandang dingin kearah Faqriel. Kalau bukan hospital ni memang tamat riwayat Faqriel. "Airiel Arman" dia menghulurkan tangan kanannya kearah Iyran. Sambil tersenyum mesra Iyran berjabat tangan dengan Airiel. "Iyran Idryan" Airiel tersenyum manis kearah Rabiatul.

"Dengar tadi korang nak pindah? Nak ikut" Mawar terlebih dulu menawar diri sebagai beban di rumah baru dua beradik itu. "Rumah baru korang dekat area mana?" Airiel bertanya. " Seksyen 16" tersenyum girang Airiel mendengar kawasan itu. "Perumahan Jaya Seksyen 16/17 kan?" Jejaka itu mengangguk. "Mana tahu?" Musykil juga baru kenal dah boleh teka rumah baru dia, keturunan ahli nujum ke?

"Rumah parents aku dekat situ juga. Boleh lah aku datang tengok korang selalu" bersinar mata Iyran mendengar penyataan dari Airiel. "shot damn. My good friend belum pindah dah ada jiran. Apakah?" Risau juga dengan sikap Iyran ni. "Bile discharge?" Rabiatul mengangkat kedua belah bahunya sambil menunjuk kearah abangnya. "Tanya Iyran. Saya tak tahu" memang dia tak tahu. Baru bangun tiba-tiba semua datang melawat. "Dia tak cuci lagi jadi mungkin 4 or 3 hari lagi" Faqriel dan Airiel berkerut mendengar jawapan Iyran.

"Cuci? Cuci ape?" Anas dan Mawar ternganga. Serius lah Airiel tak tahu. Bukan dia budak medical ke?
"Ouh baru aku ingat. Kena cuci dulu  luka dalam dia, baru boleh keluar." Nampaknya disini hanya Faqriel yang agak bebal dan lembab. "Haaa? Tak faham" maklumlah dia budak perniagaan manalah dia faham medic kejadah bagai ni. "Takpelah Faqriel, kau memang ditakdirkan menjadi seorang yang bebal. Bersabarlah" Anas menepuk-nepuk bahu Faqriel.

"Dah lah malas layan korang. Bye aku nak broken " dia kerluar dari wad dan menuju ke arah kafe. Sambil dia berjalan sambil itu dia mengomel. "Mana lah aku faham cuci kejadah apa ni. Aku budak business bukan medic. " Dia memasukkan duit kedalam mesin air dan membeli air pilihannya. Ketika dia berbalik kebelakang dia melihat seorang perempuan yang amat dia kenali. "A-aleeqa?" Gadis itu memusing kebelakang. Perut gadis itu sudah pun membesar dan mungkin sudah ingin melahirkan?

"Fa-faqriel?" Gadis itu terundur kebelakang dek kerana terkejut melihat insan dihadapannya. Faqriel segera mendapatkan Aleeqa yang hendak melarikan diri darinya. "Faqriel tolong jangan apa-apakan anak saya. Tolong lah" Faqriel terdiam melihat Aleeqa yang ketakutan. Dia menarik Aleeqa di dalam dakapannya dan mengelus rambut gadis itu. "Mana kau pergi Ika? Kau tahu tak aku penat cari kau. A-aku minta maaf sebab dah biarkan kau lalui seorang diri. Kenapa kau lari?" Aleeqa yang di dalam dakapannya terdiam. Dia, dia speechless. Mana pergi Faqriel yang hati batu dulu.

"Saya c-cuma cari semangat untuk diri saya" entah mengapa air matanya kian mengalir begitu deras. "Kau dah kahwin?" Faqriel melepaskan pelukannya dan memandang ke arah anak mata Aleeqa, gadis yang bertahta di hatinya. "B-belum" Faqriel tersenyum. "Berapa bulan dah ?" Faqriel mengusap perut Aleeqa yang membulat. "9 bulan" Faqriel mengangguk, tunggu hari je lah ni.

"Jom aku nak bawa kau jumpa someone" Aleeqa hanya mengikuti langkah Faqriel, dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengikuti Faqriel sedangkan lelaki itu sudah menghancurkan masa depannya. "Assalammualaikum" Faqriel memberi salam dan menarik tangan Aleeqa untuk masuk ke dalam wad itu bersamanya. "Aleeqa?" Airiel terkejut dengan keadaan Aleeqa. "Kau pregnant? But anak siapa?" Ha sudah.

Matanya terarah kepada Faqriel. "Kerja kau ke?" Faqriel mengaru kepalanya sebelum mengangguk. Mawar yang melihat jawapan dari Faqriel terus menumbuk bahu lelaki itu. "kau dengan Ayden sama je takde beza," lelaki itu menggeleng tidak setuju. "Kau cantik sikit, aku nak bertanggungjawab okey tapi dia lari. Aku cari dia merata untuk bertanggungjawab. Bukan macam Ayden. Dah cari, dah jumpa lepastu bunuh anak sendiri" Aleeqa yang berada disitu ternganga.

"Siapa yang pregnant?" Dia tidak perasan akan kedudukan Rabiatul yang sedar tidur di katil. "Rabiatul" cepat-cepat dia menghampiri katil pesakit. "Darwisya?" Semua memandang pelik kearah Aleeqa dan Rabiatul. "Aleeqa?" Mereka berpelukan. "Terima kasih sangat-sangat Darwisya. Kalau saya tak jumpa awak mungkin saya tak dapat bertahan sampai sekarang" dia mengingati kembali saat dia sedang menangisi nasibnya, Allah hadirkan Rabiatul untuk menjadi pembangkit semangatnya.

"Korang kenal?" Mereka berdua mengangguk. "Laluan tak buka lagi ke?" Airiel bertanya. Maklumlah perut dah besar sangat + dah pakai baju hospital. "Dah tapi baru 2 cm. Baru masuk semalam" semua terbeliak dan memandang Faqriel. "Gila kau ni heret dia datang sini. Orang tengah hitung jam je nak beranak kau heret dia kesana kesini pula" Iyran memukul kepala Faqriel, mana tahu beluar kebodohan dia tu. "Aduh, sorry lah. Mana aku tahu, dia tak cakap" Aleeqa tergeleng-geleng kepalanya. ' still sama macam dulu. Blur tak habis-habis' Aleeqa tersenyum.

Tiba-tiba dia rasakan sakit yang amat pada ari-arinya. "Arghh sakitnya" dia terduduk di atas katil Rabiatul dek menahan kesakitan pada peranakannya. "Wei Faqriel bawa dia pergi labour room gila. Nak beranak dah ni" Airiel dan mula gelabah. "bawa siapa? " Dia menggaru kepalanya. "Astagfirullah bawa Aleeqa kau tulah. Gila apa Rabiatul beranak, baru 5 bulan" Airiel menumbuk belakang lelaki tu. "Kenapa?" Mereka semua menepuk dahi. Gila lah mamat ni, bebal dia tak boleh buat main.

"ALEEQA NAK BERANAK GILA. ALEEQA KAU SAKIT NAK BERANAK TU YA ALLAH" dah kena jerkah baru otak Faqriel berfungsi. Dia terus mengangkat Aleeqa dengan daya bridal style keluar dari wad. "Bodoh dia tak boleh buat main mat, kalau kita takde tadi mahu Aleeqa terberanak dekat sini" Anas yang masih speechless dengan kebodohan Faqriel tergeleng kepalanya. "Ya gila, tak terbayang kalau kita takde tadi. Kenapa aku ada member bengap macam ni?" Airiel meraup wajahnya.

"Sebab kau bengap sama macam dia lah tu" satu tamparan hinggap dikepala Iyran. "Setan betul cakap aku bengap, aku bukan bengap lah. Aku blur je tadi" Iyran mencebik. Sama je lah tu, kategori bebal juga.

Sedang mereka tergelak, Faqriel kembali dalam keadaan tercungap-cungap. "Siapa boleh bagi nama dekat anak Aleeqa?" Semua ternganga. " Aleeqa tak pilih nama lagi ke?" Dia menggeleng. "Anak lelaki ke perempuan?" Mawar bertanya. "Lelaki" mereka terdiam sejenak.

"How about Aqeef Farhan?" Mereka semua mengangguk. Sedap.




"Assalammualaikum"












LUKA & DERITAOnde histórias criam vida. Descubra agora