B A B 1 2 [PURE HEART]

2K 114 3
                                    

TAKUT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TAKUT. Panik. Terkejut.

Masing-masing menatap wajah dihadapan. Lega! Betapa gerunnya mereka melihat aksi tembak menembak di depan mata. Mahu gugur jantung melihat wanita ini terbaring lemah mencari oksigen mahu bernafas. Dia terkapai-kapai sambil menyebut sesuatu tapi sayang tidak jelas kedengaran. Semuanya berlaku begitu pantas sekali

“Mama!” Jerit Dahlia sebaik sahaja melihat sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil bedah. Muka Datin Sri Fatin kelihatan pucat lesi disebabkan kehilangan banyak darah. Untung tiga sahabat itu berjaya menanganinya dengan selamat. Hampir-hampir saja nyawa wanita itu berada di hujung tanduk.

Terkejut dek nyaringan kuat terloleh laju kepala Luna, Angela dan Mikaela. Bulat mata mereka bertiga angkara jeritan nyaring gadis ini. Semua hanya mampu diam tatkala melihat si gadis meluru masuk mendakap wanita yang dikenali Ibunya menangis mendayu-dayu sambil menyebut ‘mama’ yang paling meluluhkan hati bila si gadis bersuara “I’m sorry Mama! I failed to protect you.

Beginikah nasib orang lain yang hampir kehilangan orang tersayang apatah lagi sudah tiada. Sedihnya.

Luna berkerut dahi. Suara si gadis seperti pernah dia dengar tapi tidak tahu bila dan dimana. Perlahan dia mendekati Dahlia hati kecilnya didambat sayu mengenankan apa agaknya reaksi si gadis bila orang tuanya sudah tiada. Pasti lagi sedih daripada ini. Astaghfirullahalazim Luna jangan dibayangkan nasibnya. Nasib engkau saja belum tentu dapat engkau terima bulat-bulat.

“Maaf...” Luna menepuk bahu Dahlia lembut bersama segaris senyuman kelat di bibir. Tubuh Dahlia kaku. Dia mengangkat perlahan wajahnya kemudian perlahan naik melihat seorang perempuan memandangnya sayu. Wajahnya tidak jelas kelihatan dek air mata mengaburi penglihatan. Diri terasa lemah apabila disimpati oleh orang lain. Dia benci simpati.

“Kau siapa?” Serak suara Dahlia menahan perasaan pura-pura tak kenal. Ah... menyempat erk?!

“Err... Dahlia kan?” Sapa Luna. Soalan tadi sengaja dibiar tidak berjawab.

“Luna kan?” Dahlia pula diam. Perempuan yang sama inilah muncul depan matanya saat ini. Mata sahaja yang dapat berbicara saat ini. Sungguh kecil dunia ini dipertemukan mereka kembali di situasi sebegini. Selama ini dia hanya mendengar tentang Luna dari Darren sahaja. Sekali lagi Dahlia cuba mengimbas kembali wajah tenang di sisinya ini.

“Ya, ini aku Luna.” Luna mengiyakan bahawa perempuan yang berdiri di sisinya ini adalah Luna Nabilah yang pernah menjadi musuhnya dulu. Dahlia tercengang masih tidak dapat mencerna kebenaran.

“Kau... Mika? Ela?” Dahlia memerhati sekeliling. Ini ruang pembedahan. Banyak alatan lengkap di sini. Patut saja Mamanya berada disini mereka membuat pembedahan kecil. Kejap operation without permission!

“Kami sebenarnya...” Luna berdeham kemudian mahu menyambung kata semula dicantas oleh Dahlia.

“Kau selamatkan Mama aku?” Ujar Dahlia.
“Ma...ma... kau kena tembak tapi aku tak pasti siapa. Kami terpaksa bawa Mama kau masuk kat hospital yang belum rasmi ni. Haa yang bawa Mama kau kat sini pun sebab Mika.” Luna tergagap-gagap menjelaskan takut kena hempok kejap lagi sebab masuk tempat orang tanpa izin.

LELAKI MYSTERIOUS: NEW VERSION [COMPLETED]Where stories live. Discover now