B A B 3 [MEMAAFKAN]

2.5K 145 3
                                    

SUT blazer berwarna hitam jade ditubuh maskulinnya diperkemas dan tali lehernya diperbetulkan dengan simetri apabila selesai sahaja mesyuaratnya dengan rakan kongsi syarikatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SUT blazer berwarna hitam jade ditubuh maskulinnya diperkemas dan tali lehernya diperbetulkan dengan simetri apabila selesai sahaja mesyuaratnya dengan rakan kongsi syarikatnya. Kerusi import itu ditarik dan tolak sebaik sahaja dia berdiri diikuti yang lain. Raut wajahnya yang beku dan serius membuat orang-orang disekelilingnya kecut perut dan berhati-hati.

Darren Aiden, jejaka yang disegani dan ditakuti oleh orang disekelilingnya saat ini berusia 25 tahun. Merupakan CEO bagi CityGroup Damsyar Sdn. Bhd syarikat yang dirikan oleh ayahnya, disegani ramai orang kerana di dalam usia muda yang muda dia berjaya membina wangsa-wangsanya sendiri ke persada dunia.

“Thank you very much for your precious time, see you again.” Ucapnya datar lalu menunduk sedikit sebelum beredar keluar dari bilik meeting.

Masa dan jadual sangat padat tiada masanya untuk bersosial. Selepas saja menamatkan pengajian Darren waktu sepenuhnya hanyalah berkerja. Malam pula dia akan pergi ke beberapa tempat untuk rehat dan menenangkan minda.

Ramai yang kagum dengan dengan dirinya menghabiskan pengajiannya dengan cepat dan membantu ayahnya mengurus syarikat. Disebabkan kelebihan dirinya Darren selalu dijadikan aset utama untuk menjalan sesebuah projek, tetapi Darren bijak dalam bertindak dan tidak selalu untuk mementingkan wang semata-mata. Hampir separu dari rakan kongsi mereka bersikap tamak dan bermain rasuah. Hal itulah yang paling Darren bencikan dan langsung tiada dalam kamus hidupnya. Cukup dua perkara sahaja yang ada dalam hidupnya, honest work and kill offender.

Darren memiliki auranya tersendiri. Berkulit sawo matang, darah melayu. Berkarisma, kacak dan hebat membuat gadis memang akan tertoleh dua tiga kali kepadanya. Darren juga merupakan ketua untuk kerja kedua mereka. Seperti yang telah di maklumkan, honest work and kill offender.

Darren masuk ke bilik pejabatnya diiringi oleh Intan personal assistant nya. Terlihat lelaki sedikit merengangkan sendi-sendi tubuhnya sebelum duduk dikerusinya.

“Ada apa-apa tak lepas ni?” Soal Darren sambil fokus dengan laptop didepan mata berkaitan dengan kewangan syarikatnya.

Laju Intan menekan-nekan kembali Ipad ditangannya untuk melihat jadual bos nya. Penuh teliti Intan menyemaknya sebab kalau silap sikit punahlah hidupnya, dia memang sudah masak dengan perangai bos besarnya. Pernah sekali tu Intan salah tengok jadual Darren mengamuk besar sikit-sikit lagi Intan mahu bunuh diri namun selepas Darren melayani nya seperti biasa. Dia sedar bos nya masih mempunyai hati dan perut yang baik. Intan adalah satu-satunya PA yang bertahan kepada Darren.

“Saya dah tengok, bos tak de apa-apa meeting lepas ni cuma... ada appointment dengan Tengku Syasya pukul tiga nanti.” Teragak-agak Intan menyebut nama Tengku Syasya.

Damn! Bagitau perempuan tu aku tak dapat jumpa dia, just told her I’m very busy.” Ujar Darren dengan nada menyampah.

“Baik, bos.” Intan sedikit menunduk kepada bosnya sebelum ingin melangkah keluar namun langkahnya terhenti lagi apabila Darren bertanya kepadanya lagi.

LELAKI MYSTERIOUS: NEW VERSION [COMPLETED]Where stories live. Discover now