CHAPTER 13

300 43 6
                                    

- 𝓚𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽'𝓼 𝓢𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 -
____________________

Permaisuri Salmah mengusap perutnya yang sudah besar itu dengan lembut. Dia hanya diam menatap dinding putih yang dihiasi dengan corak bunga emas. Entah apa yang menarik pada dinding itu dia tidak tahu. Fikirannya bercelaru saat ini.

"Bagaimana jika Tuanku tahu kebenaranya? Adakah dia akan kasihan dengan aku yang mengandung ini?" Tanya Permaisuri Salmah sendirian.

Mata jatuh melihat perutnya. Hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum dia melahirkan anak. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dia sering meningatkan kejadian lepas. Seperti mengingatkan dirinya terhadap apa yang telah dia lakukan.

"Apakah betul kata Adillah? Bagaimana ini terjadi mustahil dia dapat menyorok rahsia sebesar ini tanpa pengetahuan Tuanku?"Kata Permaisuri Salmah sendiri. Dia teringat kata-kata Mendiang Ratu Adillah kepada dirinya sebelum meninggal.

Hati menjadi gelisah memikirkan sesuatu perkara yang belum tahu jawapannya. Dirinya harus mencari jawapan yang hilang supaya dia dapat merancang dengan tenang.

"Aku mesti minta tolong dengan Austin, hanya dia sahaja yang boleh tolong aku sekarang ini." Kata Permaisuri Salmah lagi.

Dia harus meminta tolong dari jejaka itu untuk mencari kebenaran apa yang Ratu Adillah katakan dan menolong untuk menyorokkan kerja-kerja jahatnya.

Di bahagian lain ~

Raja Maverick menatap lama potret perkahwinan dia dan adindanya. Ratu Adillah. Wanita itu sungguh cantik dan berhati mulia berbeza dengan dirinya yang kejam dan bengis.

Namun kalau dikatakan jodoh tidak boleh berbuat apa, pasti akan bersatu juga walaupun beza ibarat bulan dan matahari. Cuma jodohnya dengan Permaisuri Salmah itu seperti salah alamat.

Dia tidak pernah mencinta Permaisuri Salmah, hatinya tidak pernah berubah untuk adindanya, Ratu Adillah. Namun ada sebab mengapa dia berkahwin dengan Permaisuri Salmah yang pasti bukan kerana cinta dan sayang. Wanita itu pernah menjaga mendiang isterinya yang sakit, sebagai ganjarannya wanita boleh meminta apa sahaja. Namun tidak menyangka permintaan wanita itu untuk berkahwin dengannya. Jadi dia terpaksa menerima atas sokongan para raja untuk mengabulkan permintaan wanita itu.

"Adillah, maafkan aku sebab tidak menjaga kau dengan baik sehingga kau meninggalkan aku buat selama-lamanya." Kata Raja Maverick perlahan sambil merenung ke wajah jelita di dalam potret.

Dia mengeluh perlahan mengimbas kembali saat-saat kematian Mendiang Ratu Adillah. Sungguh dia tidak kuat saat itu namun disebab Puteri kesayangannya dia terpaksa melupakan kesedihan demi menjaga keselamatan Puteri kesayangannya, Puteri Adriana Metilda. Amanah dan harta yang berharga Mendiang Ratu Adillah pernah hadiahkan untuknya.

Tetapi kini dia gagal menjaga harta dan amanah yang dititipkan oleh Mendiang Ratu Adillah untuknya. Puterinya kesayangannya hilang entah kemana. Sehingga keharian ini dia masih lagi meneruskan pencarikan Puteri kesayangannya.

"Aku minta maaf sebab tidak mampu menjaga amanah jau, Adillah. Aku terlalu sibuk menguruskan amanah yang harus dipikul sehingga melupakan amanah yang terbesar aku." Kata Raja Macerick perlahan.

Matanya mula berair meningatkan puteri kesayangannya. Rindu ingin memeluk tubuh kecil itu. Dia mengengam erat kedua tangannya dengan mata tertutup rapat. Melepaskan perit yang dirasa saat ini. Dia tidak akan berhenti mencari puteri kesayangnya sehingga memang disahkan puterinya sudah tiada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓 : 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐈𝐋𝐃𝐀 {𝐎𝐆}Where stories live. Discover now