CHAPTER 2

387 57 0
                                    

- 𝓚𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽'𝓼 𝓢𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 -
____________________

"Cari Puteri Adriana sekarang! Beta tidak mahu mendengar apa-apa kejadian buruk yang berlaku pada puteri beta!"Arah Raja Maverick dengan amarah. Dadanya berombak-ombak kuat menahan amarah. Berita kehilangan puteri kesayangannya amat mengejutkan dirinya. Hampir sahaja baginda ingin pengsan namun sempat ditahan oleh penasihatnya, Nathan.

Lantas beliau menyuruh pengawal Istana untuk mencari puteri kesayangannya. Seluruh Istana sudah dicari namun masih lagi tidak dijumpai ini sudah semestinya puterinya dibawa keluar dari istana.

Semua pengawal Istana bergesa-gesa melaksana tugas yang diberi oleh raja mereka. Tunduk hormat setia pada raja sebelum keluar dari dewan istana.

Berita kehilangan puteri tunggal Rosfesel mula diketahui oleh rakyat-rakyatnya. Ada sesetengah rakyat yang taat setia pada raja menolong untuk mencari puteri mereka. Ada juga dari kerajaan lain yang ingin menolong untuk mencari puteri tunggal Rosfesel sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan itu.

Raja Maverick mengeluh perlahan dadanya terasa dihempak dengan batu besar memikirkan puteri kesayangannya. Nafas ditarik panjang sebelum pandangannya tertumpu pada dua dayang yang berlutut dihadapannya.

"Semua sorang boleh bersurai tinggalkan sahaja dua dayang ini. Urusan kamu belum selesai bersama beta."Kata Raja Maverick tegas

Semua orang tunduk hormat setia pada raja sebelum berjalan keluar dari dewan istana. Suasana didewan istana hening sekali. Hanya tinggal Raja Maverick, Permaisuri Salmah dan Nathan sahaja.

Flora dan Fauna hanya menunduk kepala mereka sahaja tidak berani untuk mengangkat kepala bertentang mata dengan raja. Hanya tinggal sisa air mata sahaja sekarang ini.

"Flora, Fauna boleh kamu berdua jelaskan kepada beta? Apa yang berlaku sebenarnya sehingga puteri beta lari dari kamu berdua?"Tanya Raja Maverick mendatar.

Flora dan Fauna mengenggam tangan mereka sendiri. Jantung mereka berdetak dengan kuat sekali. Mereka takut untuk bersuara jika tersilap kata kepala mereka menjadi ganti.

Melihat kebisuan dua dayang peribadi Metilda membuatkan Permaisuri Salmah tersenyum sinis. Sudah pasti dua dayang ini akan dituduh kerana kehilangan puteri raja.

"Berani sungguh kamu berdua membiarkan pertanyaan raja bergitu sahaja. Apa kamu berdua sudah mengaku bersalah kerana kehilangan puteri raja?"Kata Permaisuri Salmah sinis. Dia duduk diatas kerusi takhta permaisurinya sambil tangannya mengosok lembut perutnya yang buncit itu.

Dengar kata-kata menyakitkan hati dari Permaisuri Salmah, membuat mereka berdua mengangkat kepalanya memandang permaisuri itu. Mereka tahu ini pasti ada kena mengena dengan Permaisuri Salmah. Kerana permaisuri itu sahaja yang mengancam puteri mereka selama ini.

Raja Maverick hanya diam memandang dua dayang itu. Mereka berdua sepatutnya menjaga puteri kesayangannya bukannya meninggalkan puterinya itu sendirian. Mahu sahaja baginda bunuh dua dayang ini tapi meningatkan baginda tiada bukti untuk menuduh dua dayang ini bersalah.

Flora cuba mencari kekuatan untuk bertentang mata dengan Raja Maverick untuk menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku.

"Tuanku, biar saya jelaskan apa yang berlaku." Tutur Flora lembut. Kepala diangkat memandang Raja Maverick yang hanya beriak dingin sahaja.

𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓 : 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐈𝐋𝐃𝐀 {𝐎𝐆}Where stories live. Discover now