CHAPTER 7

362 46 31
                                    

- 𝓚𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽'𝓼 𝓢𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 -
____________________

Metilda merenung dirinya lama di hadapan cermin besar. Dirinya kelihatan sungguh menawah dan cantik walaupun wajah sedikit pucat. Biasalah hantu kan?

"AH ! Cantiknya baju yang Zayn bagi ni. Macam nak ajak aku kahwin je."ujar Metilda teruja. Senyuman tidak pudar dari bibir pucatnya.

Dia memusingkan diri dihadapan cermin beberapa kali. Dress yang kembang itu berpusing-pusing mengikuti dirinya.

Jika orang biasa memakai dress kembang ini pasti merasakan berat pada tubuh mereka. Tapi pada Metilda, dia langsung tidak merasakan apa-apa pun kerana sudah terbiasa memakainya.

Bunyi ketukkan pintu bilik yang agak kuat membuatkan Metilda menoleh sebelum berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Tersembullah wajah seorang jejaka yang paling comel di mansion Zayn ini. Lyle Murray. Dia jatuh hati dengan kecomelan yang dimiliki oleh jejaka ini.

Lyle tersenyum manis apabila wajah cantik Metilda didepan mata amber miliknya. Dia berdehem perlahan sebelum bersuara.

"Awak, jom kita pergi makan, yang lain semua dah tunggu awak kat meja makan." Kata Lyle lembut. Mata ambernya merenung wajah manis Metilda dalam-dalam.

Walaupun wajah gadis itu pucat sahaja tapi kecantikan gadis itu langsung tidak terjejas. Semakin cantik apabila gadis itu tersenyum manis.

Metilda mengangguk laju pada Lyle.

"Boleh juga, lagipun saya tengah lapar sekarang ni."Kata Metilda dengan sengihan comel di pamerkan.

Lyle mengigit bibir lembut. Dia sedikit terasa malu dengan sengihan comel Metilda itu. Sebelum ini dia tidak pernah mendekati mana-mana gadis pun kerana takut gadis yang didekatinya menjadi pampasan nanti. Maklum ditinggal didalam mansion neraka yang penuh dengan jejaka berperangai setan. Lagipun dari kecil sampai dia besar Zayn hanya memberikan dia bersekolah didalam mansion sahaja.

Bila Shark memberitahu dia yang ada seorang hantu gadis yang cantik tinggal di mansion Zayn ini, terus dia pergi mencarinya. Pertama kali dirinya melihat Metilda sesungguhnya dia berasa sangat teruja dan gembira. Lagi yang membuatkan dia gembira apabila mengetahui hantu gadis ini ialah anak kepada Raja Maverick yang mereka mencari itu. Lebih bertambah teruja apabila dia sudah memiliki kawan perempuan.

Metilda mengerutkan dahi. Pelik dengan Lyle yang mengigit bibir seperti menahan malu dengan mata amber itu tidak lepas menatapnya. Tangan dilambai didepan muka jejaka itu namun jejaka itu masih lagi seperti tadi. Tiba-tiba satu idea terlintas difikiran Metilda.

"Lyle comel ~."panggil Metilda meleret. Lembut sahaja suaranya.

Terbeliak mata Lyle mendengar panggil Metilda. Mulutnya melopong sedikit. Pipinya yang sedikit tembam itu menjadi merah bergitu juga dengan telinganya.

Metilda ketawa kecil dengan reaksi Lyle. Pipi jejaka comel itu dicubit lembut. Lyle hanya diamkan diri sahaja. Dirinya terasa sangat malu saat ini.

"Eeee, comel lah awak ni. Rasa macam nak gigit saje."kata Metilda selamba.

Kedua tangannya naik mencubit pipi jejaka itu lagi. Semakin merah telinga dan pipi jejaka itu.

"Ish jangan lah main cubit pipi saya. Sakitlah."ucap Lyle perlahan. Tangan Metilda ditepis lembut sebelum tangan naik mengusap pipinya. Malu.

Metilda ketawa lagi. Tapi kali ini lebih kuat kedengarannya. Perut ditekan sedikit menghilangkan rasa sakit akibat ketawakan Lyle. Sungguh dia tercuit hati dengan jejaka ini, comel dia tak boleh bawa bincang.

𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐆𝐇𝐎𝐒𝐓 : 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐈𝐋𝐃𝐀 {𝐎𝐆}Where stories live. Discover now