"First of all, can you get off me? Senak perut aku dibuatnya. Kau makan apa sampai berat sangat?"soal jejaka itu tanpa sekelumit simpati.

Amanda memucungkan bibir mungilnya. Dia baru tersedar yang tubuhnya kini elok landing di atas tubuh jejaka itu.

"Sorry... Sebab berat sangat" gumam Amanda. Seperti budak tadika yang baru lepas ditegur gurunya, dia dengan patuh bangun dari dakapan jejaka tersebut.

Pelajar lelaki itu berasa keliru.Memang patut pun gadis pelik yang jatuh dari tempat tinggi itu bangun namun kenapa saat tubuh genit itu menjauhi, dirinya mula merasa dia tidak mahu berenggang dari gadis itu?

"Taklah. Aku gurau je. Kau tu...asal badan sekeping?" Dalih jejaka itu. Dia cuba untuk membuang perasaan aneh yang bertandang dalam laman hati yang selama ini kosong tanpa sebarang rasa.

"Eh?tadi kata berat sekarang kau kata aku sekeping? Mana satu ni? complicated betul" bebel Amanda. Dia memeluk tubuhnya menghadap jejaka tersebut.

'ingat comellah buat muka macam tu?' desis jejaka itu. Dia menahan bibirnya dari mengukir senyuman.Riak wajah yang tiada perasaan cuba di kekalkan.

"Thanks for saving me mister...?" Soal Amanda dengan nada yang meleret.  Mahu mengetahui namanya.

"None of your business" senafas jejaka itu membalas.

"Ok baikah  Encik None of your Business,kalau ada rezeki kita jumpa lagi bye bye!" Dengan ceria Amanda melambai ke arah jejaka tersebut sebelum menapak pergi.

Seakan tiada apa yang terjadi, dia melompat riang meninggalkan jejaka itu sendirian.

"Weirdo..." Getus jejaka itu. Matanya mengekori kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandangannya.

Dia kemudian memandang semula ke kedua-dua belah telapak tangannya yang menyambut tubuh gadis pelik sebentar tadi.

Dapat dia merasakan kehangatan yang ditinggalkan oleh gadis itu. Dia menggengam kedua-dua belah tangannya dengan rapat.

Keluhan berat dilepaskan.

Mata dipejam supaya dia dapat kembali menyambung tidur yang telah terganggu.

"Ahh,shit what's going on with me? kenapa aku tak boleh tidur pulak ni?" Dia berdecit kegeraman. Rambutnya yang sedikit panjang menutupi bahagian mata di kuak ke belakang. Serabutlah!

"It's no used to dwell on that matters anymore..." Keluhnya sendirian. Dia datang ke situ semata-mata untuk tidur.

Namun,tidak dia menduga bahawa kawasan yang selalu menjadi tempat persembunyiannya  kini dicerobohi oleh seseorang.

Dia meraup wajahnya dengan kasar. Kepala di tunduk ke bawah. Cuba memadam momen-momen sebentar tadi yang berulang-ulang bermain di fikirannya tak ubah seperti kaset rosak.

"...why, after all those years?"

Kawasan yang terlindung dari pandangan mata kasar itu bergema dengan hilai tawa sinis milik  seorang jejaka.

Amanda yang tidak mengetahui dirinya sudah pun termasuk tanpa sengaja dalam suatu jerangkap samar dengan girangnya memasuki kelas Sapphire. Wajah itu dihiasi senyuman mesra.

"Ola amigos. Rindu aku tak?" Meja Putri ditepuk kuat.

"Haih,Bat... dalam banyak-banyak meja dekat kelas ni kenapalah meja aku jugak yang menjadi mangsa?" Seloroh Putri.

"Siapa yang nak rindu kau?takde masa lah nak rindu bagai"  Ellia menjelirkan lidahnya ke arah Amanda.

"Bukannya tandas tu jauh macam dekat Perancis yang nak kena naik flight bagai" sambungnya.

Amanda memucungkan bibir. Sampai hati mereka buatnya begitu?Apa salahnya cakap je rindu.

"Yelah aku sedar siapa aku nikan? Bukannya siapa-siapa pada korang berdua..."lirih sekali suaranya menyoal.

Habis terburai gelak kedua-dua rakan itu melihat drama sebabak yang dimainkan oleh drama queen mereka.

"Adoilah, senak perut aku. Penatlah  macam ni, Bat" dengan tawa yang masih tersisa, Putri menggelap air matanya yang sedikit terkeluar akibat terlebih gelak.

Automatik keyword 'senak perut' menerjah memasuki laman fikiran. Terbayang sesusuk tubuh jejaka yang telah menjadi tempat emergency landing buatnya.

"....Ah " lidah terasa kelu untuk mengungkapkan ayat seterusnya.Perlu ke dia bagitu incident sebentar tadi?

" Ah apa? Ish,kau ni cubalah cakap tu jangan bagi ada unsur saspens?"

"Apa dia Bat?"

Amanda menggelengkan kepalanya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman versi kerang busuk kepada mereka berdua.

"Takde apalah.Ni sebelum aku masuk aku dengar kelas kita kecoh-kecoh? Ada orang bergaduh ke tadi masa aku pergi tandas?" Amanda segera mengubah topik.

"Oh pasal tu...err, nak cerita ke Rania?"

"Ikut kau nak cerita ke tak. Padahal benda tu takde apa sangat" Putri menjungkitkan bahunya.

"Apa ni aku missed out big scoop! Takleh jadi Korang kena cerita dekat aku dari A-Z! Jangan ada yang miss!"






Alexander Elite School: Girl Meets BoyOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz