Bab 26

12.9K 887 84
                                    

          Aku keluar dari perut kereta. Tudung satin putih yang dipakai dibetulkan sedikit agar kelihatan kemas.

Masuk sahaja di dalam pusat membeli belah, terus aku mengayun langkah ke escalator untuk ke tingkat tiga.

Hari ini aku sudah berjanji dengan aunty Afeya mahu temankan dia makan tengah hari bersama. Sebabkan aku hanya ada kelas pagi, jadi aku bersetuju untuk turut serta.

"Kakak cantik!" Mendengar nama itu dilaung, pantas sahaja kepalaku berpaling ke arah belakang.

Jelas penampakkan Arran yang sedang berpegangan tangan bersama aunty Afeya disebelah. Mereka juga baru sahaja sampai. Kira awal lah juga aku sampai.

"Hi Arran." Aku ukir senyuman manis buat budak lelaki itu. Kemudian mataku beralih ke aunty Afeya lalu tangan dihulurkan untuk bersalam, "Aunty sihat?"

Badanku ditarik untuk dibawa ke dalam dakapan. Pipi kami berlaga dan aunty Afeya senyum melihatku, "Sihat. Ryana macam mana? Okay?"

"Sihat juga aunty."

"Jom." Aunty Afeya terus memegang tanganku yang lagi sebelah dan kami bersama-sama menuju ke Tomy Romas buat lokasi makan tengah hari pada hari ini.

Seusai membuat pesanan, pandangan aunty Afeya dikalihkan semula ke arahku, "Ryana dengan Arden macam mana?"

Gulp.

Kontrak aku dan Arden sudah habis tapi bagi penipuan kami, aku rasa tidak.

Lebar senyuman yang aku lemparkan buat wanita yang duduk dihadapanku, "Kitaorang okay. Cuma lately ni kami jarang jumpa. Arden selalu sibuk."

Aunty Afeya aku lihat dia angguk-angguk kepala. "Haah. Dia busy sikit sejak intern ni ha. Lagi-lagi dengan papa dia."

Aku buat mulut huruf o. "Tapi dia sihat kan aunty? Dia baik-baik je kan?"

Aunty Afeya ketawa kecil mendengar soalan dari aku. "Dia tu sihat je. Ryana tak perlu lah risau."

Tiba-tiba tangan Arran disebelah naik memukul perlahan lengan aunty Afeya. "Ya Arran kenapa?" Aunty Afeya toleh memandang anak bongsunya.

"Arran lupa bawak iPad..." Arran menjuih bibir.

Comel betul.

"Nak main phone ummi?" Arran mengeleng.

"Jom ambil iPad dekat dalam kereta ummi." Ajak Arran. Dia sudah bangun dari duduk. Mahu patah balik ke kereta.

"Ala main aje lah phone ummi. Jauh lah kereta sayang." Kepala Arran diusap perlahan.

"Ala Arran nak main iPad Arran." Intonasi Arran sudah mula kedengaran seperti merengek. Dia masih berkeras mahu main iPadnya yang tertinggal di dalam kereta.

"Okay kalau macam tu biar umi aje yang ambil. Arran duduk sini dengan kak Ryana ya?"

Aku pula hanya menjadi tukang dengar sahaja. Tak menyampuk apa-apa.

"Arran nak ikut..." Arran mencebik.

"Ala Arran duduk lah sini dengan kakak. Biar ummi sorang aje yang ambil." Kini aku mula bersuara. Ingin pujuk Arran juga.

Arran geleng kecil. Mulutnya sudah sedepa kedepan, "Nak ikut ummi."

"Ye lah ye lah anak manja ummi ni, jom." Aunty Afeya menghulurkan tangannya buat Arran. Arran senyum gembira dan sempat aunty Afeya memesan untuk aku tunggu sekejap.

Aku hanya sekadar angguk. Aku kemudian keluarkan telefonku dari beg dan lihat jika terdapat apa-apa notifikasi penting.

Seusai membalas pesanan dari group chat aku dengan rakan-rakan kolej, aku masukkan kembali telefon dalam beg.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now