Bab 22

12.6K 912 168
                                    

Aku mengeluh. Wajah Arden yang sedang membaca dihadapanku itu aku tatap, "I tahu lah you selalu rindukan I. Tapi ni, setiap masa you ajak I keluar. Sampai study pun nak suruh teman."

Aku lihat wajah Arden berkerut. Dia angkat muka memandang aku, "Apa kau merepek ni?"

"Ni ha. You asyik suruh I teman you je. You kan nak exam."

"Ye lah. Study lah ni. Teman aku study. Ni aku tengah study lah ni nak final."

Aku pula yang berkerut dahi. Tapi selalunya Arden suka bersendirian. Lagi-lagi kalau dia mahu belajar.

"Kau tu ha. Study. Kata nak jadi girlfriend aku." Arden jeling aku sebelum dia memandang semula buku rujukannya.

Aku putarkan bebola mata ke atas. Perasannya. Sejak bila tah aku cakap?

"Tapi selama ni you study seorang je. Mana ada ajak I."

"Ada sebab." Balas Arden ringkas.

"Apa sebab dia?" Soal aku namun belum sempat Arden mahu jawab, aku sudah menyampuk.

"I tahu! Sebab you nak jumpa I. You rindu I, kan kan?" Aku kelipkan mata banyak kali.

"Gila." Tutur Arden perlahan lalu mengeleng kepala perlahan.

Aku mencebik, "Mikael! Tak baik tau cakap macam tu. Nanti, you yang betul-betul gilakan I baru tahu." Aku jeling lalu tangan laju aje mencapai mug berisi caramel macchiato yang aku pesan tadi.

Arden panggung kepala pandang aku, "Dah kenapa pula aku nak gilakan kau?" Soalnya sedikit hairan.

Aku mencicip air di tangan, "Ya lah mana tahu. You rindu I sampai nak naik gila ke?" Jawabku selamba.

"Confident kau ni. Beli mana?" Dia jungkit kening.

"You yang ajar." Aku mencicip lagi air aku.

"Bila masa aku ajar?"

"Tadi. You cakap I kena study dulu kalau nak jadi girlfriend. Masalahnya, sejak bila I kata nak jadi girlfriend you?" Aku angkat kening.

"Mengaku je la." Arden menjawab malas.

"Perasannya you ni. Patutlah Lien selalu gosip pasal you." Aku putarkan bebola mata ke atas.

"Ye lah kot. Aku perasan kot." Jawab Arden. Gaya seperti perli aku. Tapi masalahnya, sejak bila aku pernah cakap macam tu dengan dia?!

Aku diam. Buang pandangan ke arah luar kafe. Kisahnya, hari ini Arden ajak aku teman dia belajar di kafe. Aku pula tak ada mood nak belajar sekarang sebab selalunya waktu macam ni aku tidur. Aku suka belajar waktu malam, kalau petang tu boleh lah juga tapi kena minum kopi dulu. Kalau tak memang belum apa-apa, aku dah tertidur. Berbeza dengan Arden, dia suka belajar waktu pagi dan petang. Malam pula waktu dia rehat.

"Study Alysha. Jangan duduk termenung je."

Aku kini toleh memandang Arden.

Arden pandang aku, "Aku ada dekat sini. Kalau kau nak tanya, boleh tanya. Kan aku dah suruh kau bawak buku juga. Kau bawak tak?"

Aku angguk kepala.

"Mana? Keluarkan. Buat latihan." Arden mengarah macam gaya mak-mak.

Takut kena marah, aku pun ikut saja cakap Arden.

Setelah sekian lama kami diam, sibuk belajar, Arden memecahkan kesunyian antara kami.

"Esok malam kau free?"

Aku angkat muka memandang Arden, "Kenapa? Nak ajak I keluar ke?"

Arden angguk kepala, "Dinner. Free?"

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now