Bab 11

13.6K 1K 37
                                    

"Lien..." Panggil aku meleret disebelah. "Boleh tak kau tolong aku?" Mata aku kelip banyak kali. Harap nampak comel.

"Kenapa kau ni? Macam ulat bulu aje aku tengok."

"Nak tahu Arden pergi kelas ke tak today. Tolong call kan dia boleh? Or text?"

"Eh kau ni kenapa tiba-tiba? Bukan korang selalu jumpa? Nombor telefon tak ada?"

Aku geleng. "Please Lien? Aku nak jumpa Mikael."

"Untuk? Kau nak buat apa? Apa urusan kau dengan Arden ni sebenarnya? Kenapa aku tengok dia berkawan dengan kau?"

"Eh? Kau jealous ke sebab dia kawan dengan aku?"

"Bukan macam tu...Tapi dia tu tak rapat dengan perempuan. Jadi bila dia rapat dengan kau...aku rasa pelik."

Aku hanya sekadar angguk perlahan. Jadi betul ke tekaan aku semalam? Yang dia tu...bengkok?

Aku geleng kepala, "Ish dah lah. Cepat! Tolong aku call dia."

Lien memutarkan bebola mata ke atas seraya mengeluarkan telefon pintarnya. Selepas beberapa minit di atas talian bersama Arden, Lien matikan panggilan.

"So? How? Dia ada tak dekat sini sekarang?"

"Tak ada. Dia tak ada class today."

Aku buat muka sedih. Ala. Baru aku ingat nak jumpa dengan dia hari ini.

"Dia dekat mana?" Soalku lagi.

"Dia tak bagitahu pula dia dekat mana. Dia kata dia busy."

Aku hanya sekadar mengangguk. Oh. Busy.

Dengan hati yang kecewa, aku ambil tote bag aku dan ingin bergerak keluar dari kelas, "Okay lah. Aku balik dulu. Thanks Lien."


Mana dia? Lama aku tak bersua muka dengannya. Nombor telefon pun aku tiada untuk bertanya khabar. Dia sakit ke? Sudah tiga hari sejak kami bertemu buat kali terakhir di Starbucks saat dia menyuruh aku menjadi teman wanita jadiannya.

Aku geleng kepala. Aku tak patut fikirkan tentang Arden sekarang. Aku ada exam minggu depan dan aku perlu skor.

Aku kembali menumpukan perhatian pada buku rujukanku. Melihat orang lain yang bersungguh belajar disekelilingku membuatkan aku turut bersemangat ingin belajar juga.

Hari ini tiada siapa yang temankan aku belajar di perpustakaan. Lien terus pulang, katanya nak belajar kat rumah saja. Zulaikha katanya kena teman mamanya keluar dan Raisya? Dia lebih pentingkan tidur.

Sedang aku tekun membaca, aku rasa diri diperhatikan. Bila aku angkat muka pandang sekeliling, semua orang sedang sibuk buat kerja masing-masing. Mungkin firasat aku saja kot.

Aku kembali membaca buku rujukan berkaitan R&D. Dan lagi sekali rasa macam ada orang sedang perhatikan aku. Bila angkat muka, tiada siapa pula.

"Kau cari siapa?"

Terus aku duduk statik. Kepala tak toleh kanan kiri dah bila dengar suara itu dari belakang.

Baru nak pandang belakang, lelaki itu sudah menarik kerusi dihadapanku.

"Mikael..." Panggil aku perlahan. Entah kenapa, hati aku tiba-tiba suka bila dia muncul depan mata.

"Suka jumpa aku?" Arden membalas sambil anak matanya tidak lepas dari memandangku.

Aku diam. Eh eh eh dia ni.

"Lien kata kau cari aku. Kenapa kau cari aku?" Tanya Arden lagi apabila aku tidak menjawab.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now