Mia angguk perlahan lalu beralih ke Tan Sri Maliq. "I love you Mia." Dahi Mia dikucup lembut, "Daddy will always be here for you.

Zander hanya memandang sepi isterinya yang sedang berdrama air mata bersama kedua orang tuanya.

"Zander..." Panggilan Puan Sri Elda mematikan lamunan Zander. Zander yang dari tadi memandang Mia dan Tan Sri Maliq berpaling ke arah ibu mertuanya.

"Ye mummy?"

Tubuh tegap Zander dipeluk erat. "J-Jagakan Mia buat mummy. Mummy percayakan Zander lebih dari Zayle. Sebab tu mummy pilih Zander." Bisik Puan Sri Elda perlahan di telinga Zander.

"Jangan musnahkan kepercayaan mummy pada Zander."

Zander menarik senyum nipis mendengar luahan hati ibu mertuanya. Belakang badan Puan Sri Elda digosok, "Terima kasih mummy. Zander akan jadi sehabis baik buat Mia. But mummy," Zander melepaskan pelukan, "Kenapa percaya Zander?"

Puan Sri Elda senyum, "Mothers instinct. Mummy trust those instincts. They can tell you what to do long before your head can figure it out."

Tangan Puan Sri Elda Zander pegang lalu disalam dan dikucup, "Terima kasih mummy."

Puan Sri Elda senyum lalu badan Zander yang membongkok sedikit dihadapannya dipandang dengan penuh kasih sayang. Bahu Zander digosok lembut.

Kemudian Zander beralih ke arah Tan Sri Maliq. Tangan dihulurkan untuk salam. Badan bapa mertuanya dibawa ke dalam dakapan. Zander senyum.

"Jangan ingat aku terima kau sepenuhnya. Aku terima kau sebab anak aku Mia."

Dan senyumannya mati saat kata-kata itu menyapa sistem pendengarannya. Akhirnya dia hanya sekadar senyum kekok.

Zander melepaskan pelukan. "Thank you daddy."

Mia kemudian memaut lengan sasa Zander, "Handsome kan suami Mia, mummy daddy."

Puan Sri Elda angguk dan ketawa kecil, "Ya handsome. Jaga laki baik-baik. Nanti disambar orang."

"Eh mana boleh! Zander sayang Mia sorang je," Kepala ditolehkan memandang Zander, "Kan awak kan?"

Zander senyum tipis, "Ya Mia."

"Okay lah, daddy nak layan tetamu yang lain." Laju saja Tan Sri Maliq melangkah pergi dari situ.

"Zander, Mia."

Panggilan seseorang dari belakang membuatkan mereka bertiga menoleh.

"Ayah." Mia terlebih dahulu bersalaman dengan Encik Zahrin. Zayle yang ada disebelah itu tidak dihiraukan.

Kemudian keadaan kembali tegang apabila Encik Zahrin dan Zander hanya diam menatap wajah masing-masing.

"Erm..." Mia angkat muka pandang wajah Zander, "Awak tak nak...salam?" Mia berbisik padanya.

"Tak. Jom Mia bella, kita pergi jumpa yang lain." Tangan Mia digenggam lalu mereka berlalu pergi.

"Awak patut salam ayah..." Mia disebelah bersuara sebaik sahaja mereka sudah jauh sedikit dari orang lain.

"Dia pun tak nak salam aku Mia." Pegangan tangan masih belum dilepaskan malah semakin erat.

"Tapi-"

"Malam ni balik rumah aku atau kau nak stay rumah daddy?" Tanpa menunggu, Zander terus memotong kata-kata Mia. Wajah Mia dipandang.

"Daddy. Nanti balik rumah awak. Boleh?"

"Boleh. Anything pleases you." Zander senyum.

Mia membalas senyuman Zander. Satu tangan naik memegang wajah Zander, "Handsome lah awak ni-"

"Jader!"

Lantas Mia menarik tangannya. Keith dan yang lain datang menghampiri mereka. "Selamat pengantin baru!" Rafael terlebih dahulu memeluk tubuh Zander.

Mia cuba untuk melepaskan pegangan tangan tapi makin erat Zander genggam, tanda tak mahu lepas.

"Nasib tak salah sebut nama pengantin macam orang tu..." Kata Harraz lalu satu tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Adrian hanya menjeling tajam wajah Harraz.

"At least aku tak akad nikah dua kali. Mana tahu ada siapa-siapa dekat sini nanti kahwin dua, kan?" Adrian membalas semula. Kita ketua mana boleh kalah! Kita lawan!

"Apa? Kau nak cakap aku ke?" Zander yang bagaikan terasa dengan kata-kata Adrian itu jungkit kening.

"Eh...Tak...Tak cakap pun sesiapa." Adrian geleng kepala seraya senyum penuh makna.

"Haish korang ni," Zayyan geleng kepala. Penat bapak ada anak-anak macam ni.

Dia melangkah hadapan ke Zander, "Congrats Zander." Tubuh Zander dipeluk kejap.

Pandangan dialihkan ke Mia, "Congrats juga, awak." Zayyan senyum.

Yang lain juga turut berbro hug dengan Zander selepas itu tapi Keith...

"Sini lah. Kau dah kenapa?" Zander menyoal, wajah Keith dipandang.

"Ye lah...Kau dah kahwin..." Keith mencebik. Konon-konon merajuk.

"Mengada lah kau." Zander putarkan bebola mata ke atas.

"Congratulations Jader." Akhirnya Keith memeluk tubuh Zander. Belakang badan Zander digosok perlahan. Sedih serta sebak.

"Dan dengan ini, aku tak akan call lagi mana-mana member aku yang dah kahwin. Aku dah serik." Hayyaz mengangkat tangan.

Yang lain ketawa penuh makna sambil memandang Adrian. Mia pula kerut dahi.

"Kenapa? Kenapa tak boleh call kalau dah kahwin?" Mia menyoal polos.

Zander toleh memandang Mia, "I bet you don't want to know it Mia bella." Bisik Zander ditelinga Mia.

Mia pandang Zander hairan. Rahsia apa ni? Nak tahu juga.





"Weh, tolong tu. Nak ayam." Rafael memuncung ke arah ayam goreng rempah. Meminta tolong dengan Zayyan yang sedang memegang pengepit.

"Kejap Raf. Orang lain nak juga."

"Tapi aku nak yang bahagian tu. Nanti orang lain rembat." Kata Rafael lagi.

"Ye tahu. Kejap. Cuba sabar. Ada banyak kan." Balas Zayyan. Menyuruh Rafael untuk menunggu.

"Tapi-"

"Awak nak ya?" Seorang perempuan yang mendengar perbualan Rafael dan Zayyan itu laju saja menolong tanpa melihat dua jejaka itu.

"Nah." Gadis itu mengambil ayam lalu ingin diletakkan di dalam pinggan Rafael namun langkahnya mati saat dia mengangkat kepala memandang jejaka dihadapannya.

Membulat mata Rafael. Gadis itu pula tergamam.

Zayyan memandang Rafael dan gadis itu silih berganti. Kenapa dua-dua diam membatu? Pandang wajah masing-masing tak berkelip pula tu.

Zayyan berdehem, membuatkan kedua Rafael dan gadis itu ke alam nyata.

"Aku tak jadi makan. Nak jaga Aurora." Rafael bersuara seraya pergi meninggalkan Zayyan seorangan.

"Erk." Laju saja gadis itu meletakkan semula ayam goreng tadi dan juga turut berlalu pergi.

Zayyan terpinga-pinga keseorangan. Sudah kenapa?

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now