BAB 18

3.3K 224 4
                                    

"hm Rez kau suka makan apa eh?"Soal Xavier.

Semalam mereka bertiga berbincang untuk mengenali DG lebih dalam supaya mereka dapat memikat hati ketiga gadis ni.

"Coklat."Xavier mengangguk faham.

"Air?"Rez mengangkat wajahnya. Dipandang jejaka tu.

"Jus Watermelon"Jejaka tu mengangguk lagi. Oke makanan dan minum kegemaran dah dapat. Tick✓.

"Kenapa kau tanya?"Xavier tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"Tak ada apa cuma perlu lah tahu makanan dan minuman kegemaran bakal isteri tak gitu?"sengih nya. Rez menjulingkan matanya ke atas.

"Kau ni asal dari mana?"Tanya Xavier. Rez memandangnya malas.

"Lahir dekat itali. Tinggal dekat US."kata Rez malas.

"Lah ingatkan berasal dari tulang rusuk aku"Rez mengemam bibirnya. Xavier tersenyum kacak dan dicubit pipi gebu Rez.

"Blushing ke? Jantung macam berdegup kencang eh?"usik Xavier.

"Kau nak aku belasah kau ke?"Xavier tersengih.

"Janganlah nanti patah tangan kanan aku ni. Dahla tangan ni nak salam wali kau masa akad nikah kita nanti."Dielak dari Rez yang mahu mencubit pinggangnya.

"Jangan lah sayang. Sakit tahu"Ditangkap tangan kecil gadis tu.

"Makin lama makin miang kau ye"Xavier tergelak kecil.

"Apa salah dosa ku sayang oke oke tak buat dahhhhh"Jeritnya apabila pinggang nya dicubit oleh Rez.

"Okey lah aku nak pergi tandas sekejap. Jangan rindu tau sayang bye muah"Sempat di wink ke arah Rez dan berlari keluar dari kelas untuk ke tandas.

Rez mengeleng kepalanya perlahan. Penat melayan jejaka tu.

"Assalamualaikum"Syahla berlari ke pintu rumah dan dibuka. Dilihat ke lima jejaka tu tersenyum.

"Walaikumusalam sila lah masuk"lima jejaka tu melangkah masuk.

"Rez mana? Along ada benda sikit nak bincang dengan dia."Mereka duduk di sofa ruang tamu.

"Rez a.... Ha tu dia"Mereka menoleh ke arah Rez yang melangkah turun dari tangga.

"Ada apa ni?"soalnya dan disalam tangan abang abangnya.

"Adik. Kitorang datang ni nak bincang sesuatu dan kitorang harap adik tak mengamuk"Rez mengangguk dan duduk di sofa single.

Syahla bingkas bangun untuk membuat air.

"Ni, adik baca lah."Diserah kan satu sampul pada adiknya. Rez mengambil dan membuka sampul tersebut.

Dibaca satu persatu dan seketika dia terdiam.

"Along. Tak ke benda ni terlalu awal? Adik masih muda untuk ini."dipandang wajah alongnya.

"Ni wasiat dari arwah bonda dan ayahda. Diorang dah bercadang nak satukan adik dengan anak kawan diorang. Adik terima ya."Rez menghela nafas perlahan dipandang nama yang akan jadi suaminya.

"Rez terima."katanya walaupun berat hatinya.

"Along tahu adik berat hati nak terima benda ni tapi adik ikhlas ya."Gadis tu mengangguk dan bangun memeluk erat tubuh alongnya.

"Wait whattt?"Xavier bangun dari duduknya. Bonda dan ayahda nya mahu menjodohkan nya dengan anak arwah kawan mereka?.

"T..tapi bonda."Bonda Erina membuat isyarat agar diam.

"Terima benda ni Evan. Bonda tahu dia yang terbaik."Xavier menghela nafas nya.

"Siapa dia?"tanya Xavier.
____________________________________

"Aku nak cakap sikit"Serentak Rez dan Xavier berkata.

"Kau dulu"dan sekali lagi mereka serentak. Rez mengetap bibir tanda geram.

"Aku straight to the point yang aku terima tentang perjodohan tu. Aku taknak hampakan arwah bonda dan ayahda aku."Xavier memandang Rez.

"Kau terima sebab kau dah tergoda dengan aku kannn"Rez mengeleng kepalanya.

"Mungkin sekarang kau tak ada rasa cinta dekat aku tapiii aku cuba pikat hati keras kau ni."Dikenyitkan mata kirinya ke arah Rez.

"Kau pun terima benda ni?"Xavier mengangguk.

"Same with you. Taknak hampakan bonda dan ayahda."Rez mengangguk faham.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now