BAB 6

3.8K 253 3
                                    

"adik. Jom balik kita bincang dekat rumah."Lembut saja suara Fawwaz berkata dengan mata tidak lepas memandang wajah Rez yang melihat ke arah lain.

Mereka tahu kenapa adik mereka tidak memandang wajah mereka berdua. Ini kerana kata kata mereka sendiri yang tidak mahu lihat wajah sempurna tu.

"Bincang apa?"Dipandang wajah abang abangnya dengan tatapan kosong.

"Kita balik rumah dulu okey?"Farezel hanya bergumam dan masuk ke dalam kereta sportnya.

Setibanya nya di rumah. Ketiga adik beradik tu melangkah masuk.

"Rezz kau pergi mana tadi?"Gadis tu duduk berhadapan dengan mereka.

"Makan angin. Cepat."Arahnya pada dua jejaka tu.

"Along dah tahu yang adik cederakan diri sendiri masa 4 tahun sampai adik masuk hospital kan? Why you do that hm?"Redup mata Along nya melihat ke arah nya.

Rez menoleh ke arah Syah. Sepupunya menunduk.

"Maaf Rez. Aku terpaksa. Aku taknak hubungan adik beradik korang jadi rengang"Syah bermain dengan jari jemari nya.

"Ada masalah dengan kau ke kalau aku cederakan diri sendiri?"Dijongket keningnya.

"Ada. Adik tu adik kami dan apa yang jadi kami berhak tahu."Rez tergelak. Syah dan Dira berpandangan. Jangan Rez buat hal lagi sudah.

"Berhak tahu? bukan kau ke yang cakap apa pun aku lakukan tu tak akan ada kena mengena dengan korang berdua. Malah aku mati sekalipun tu takkan ada urusan dengan korang berdua."bidas Rez tanpa riak.

"Adik tak baik cakap macam tu"Rez tersenyum sinis sambil melihat ke arah lain.

"Lepastu kata kata korang yang korang lemparkan dekat aku tu baik lah? Cish."Fairel bingkas bangun mendekati adiknya. Teragak agak tangganya naik mengusap rambut adiknya. Sudah 4 tahun dia tidak mengusap rambut adiknya.

Dipeluk erat tubuh gadis itu.

"Along minta maaf sayang."Dicium pipi gebu adiknya.

"Angah pun."Fawwaz memeluk adiknya erat. Rez hanya diam sahaja.

"Adik cakap lah jangan diamm"Ditekup kedua pipi gebu adik nya. Fairel mengusap pipi tu lembut.

"Hm"Dia hanya bergumam saja. Fairel meletakkan dahinya di dahi Rez.

"Jadi adik yang dulu. Along tak suka adik yang sekarang."Dicium lama pipi adiknya.

"Adik cuba."Fairel tersenyum manis.

"Farezelll!"Xavier mengejar langkah gadis tu. Dia berjalan bersebelahan dengan Rez.

"Hm kenapa kau tak selalu bercakap? Muka dingin jaa."Ditundukkan sedikit melihat wajah sempurna gadis tu.

"Saja."Xavier mengusap kepala Rez. Diserabaikan rambut gadis tu tetapi Rez hanya membiarkan saja.

Xavier menarik koler baju Rez ke belakang.

"Byee sayang."Xavier melangkah mendahului Rez. Gadis tu menghela nafas perlahan.

Dikejar langkah Xavier dan ditarik koler baju jejaka tu ke belakang.

"Girl first"Rez smirk ke arah Xavier dan berlari pergi.

"Jangan ingat yang kau akan terlepas Farezel!"Xavier mengejar langkah gadis itu.

Malique mencucuk pen ke arah pipi gebu milik Andira. Gadis tu mengepal penumbuknya.

"kau pehal hah?"Bengang dia. Malique tersenyum nakal. Didekatkan wajahnya ke wajah Andira. Gadis tu sudah cuak.

"Kau kalau aku cium apa akan jadi eh? Blushing tak?"usiknya. Dia mahu lihat wajah gadis tu memerah.

"Kau tak payah nak membongak boleh tak? Sebelum aku sumbat pen ni dalam mulut kau lebih baik kau diam"tegas suara Andira.

Assyraaf menyelitkan rambut Syahla yang melindungi wajah cantik tu.

"Beautiful."Assyraaf tersenyum manis. Syah hanya buat tidak tahu saja.

"Sombongnya. Jangan sombong sangat kang aku jadi suami kau haa tahu lah apa aku nak buat."Syahla menoleh ke arah nya. Ditutup buku novelnya.

"Kau nak aku SmackDown kau dekat sini ke? Biar patah tulang kau."Dingin suaranya dan menyambung baca novel.

Assyraaf mendekatkan wajahnya dan ditiup telinga gadis tu. Pinggang jejaka tu dicubit geram.

"Aduh duh duh. Cukup sakitlah sayang."Syah menikam tajam mata Assyraaf.

"Siapa sayang kau hah? Tak payah perasan sangat."Dijeling tajam ke arah jejaka tu.

"Tak baik jeling bakal suami."Syah menghela nafas perlahan. Sabar jelah.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now