BAB 7

3.7K 267 13
                                    

"Rezzz"Xavier mencucuk pipi gebu gadis tu. Rez hanya bergumam.

"Sembang lah dengan aku. Aku bosan ni."Rez menjulingkan matanya ke atas.

"Malas."Jawabnya dan fokus bermain dengan game nya sahaja. Xavier merampas telefon Rez.

"apa kau nak Xavier?"Jejaka tu menyimpan telefon Rez ke dalam kocek seluarnya.

"Sembang dengan aku. Lepastu aku akan bagi telefon kau semula."Rez mengeluh perlahan.

"kalau berbual benda yang tak penting lebih baik tak payah."Datar suaranya dan dikeluarkan ipadnya. Dibuka game untuk bermain. Ternyanga Xavier apabila gadis tu membawa ipad. Kalau dia rampas pun dia nak simpan dekat mana.

Seketika telefon gadis tu bergetar. Xavier segera mengambil dan dilihat nama pemanggil.

Fairel Calief ❤️.

Berubah terus riak wajah Xavier. Dia menyerah kan telefon tu pada Rez.

Diseretkan ke butang hijau dan diletakkan di telinga nya.

"Balik nanti siap siap jumpa dekat restoran Irene"

"Pukul?"

"4 sayang"

"Oke" ditamatkan panggilan nya. Xavier mendekatkan diri nya pada Rez.

"Siapa Fairel Calief?"soalnya dengan mata menikam tajam ke arah gadis di hadapannya.

"Ada lah."Jawab Rez. Xavier menekup kedua pipi gebu tu dan ditoleh ke arah nya.

"Kau serius tak ingat aku?"Rez berkerut dahi.

"What do you mean?"Xavier mengusap lembut pipi tu.

"Aku Evan. Orang yang halang kau dari dekat dengan kereta ayahda dan bonda kau masa 4 tahun lepas."Farezel terdiam seketika.

"aku tak ingat."Xavier tersenyum nipis.

"Tak apa. Nanti aku ingatkan"Dia tersengih nakal. Dilepaskan pipi gebu tu.

"Oi perempuan aku nak kau jauhkan diri dari Xavier!! Dia milik aku. Jangan ingat kau dapat duduk sebelah dia, kau boleh dekat dekat dengan dia!."Jerit Zara tiba tiba.

Terjongket kening Devil Girl.

"Asal kau diam? Takut? Bisu? Sian bisuu lepastu ada hati nak menggatal dengan boyfriend orang"Rez bangun dari duduknya. Terdongak Zara dibuatnya. Kerana ketinggian Farezel ialah 176 manakala geng beauty hanya 165 ke bawah.

"aku tak cari pasal dengan kau."Dipandang kosong gadis di hadapannya ini.

Zara menampar pipi Rez dengan kuat. Rez mengesat darah di bibirnya.

"AKU BAGI AMARAN DEKAT KAU BETINA! SEK-"

"ZARA!"lantang suara Xavier. Zara terkejut apabila melihat geng King's datang ke cafe. Dia mengambil tangan Rez dan ditampar pipinya.

"Arghh you betina ni tampar i"Kings mendekati ke arah DG serta beauty. Dira yang sudah hilang sabar, menengking Zara.

"KAU!! KAU MEMANG NAK KENA BETINA!"Dira mahu mendekati Zara namun dihalang oleh Syahla.

Xavier mendekati Rez. Dipandang bibir gadis tu ada darah dan dipandang pula bibir Zara tiada kesan.

Senyuman sinis terbit di bibir jejaka tu.

"Kau yang tampar Rez sampai bibir dia berdarah lepastu kau nak acah yang kau tersakiti?"Zara memandang Rez dengan penuh kebencian.

"You! Dia tipu! Tu bukan darah pun. Pipi i yang kena tampar dengan dia tauu"Zara cuba untuk menarik perhatian Xavier.

Xavier memegang sisi kepala Rez. Disentuh lembut tepi bibir tu.

"auch."Xavier menoleh ke arah Zara.

"Aku bagi amaran dekat kau. Sekali lagi kau cederakan Rez. Memang mati kau aku bunuh."Zara mahu memegang tangan Xavier namun ditepis kasar.

"Kau nak sangat kan?"Rez menolak Xavier ke tepi dan dianggkat penumbuk nya.

Buk.

Terjatuh Zara di lantai cafe apabila menerima tumbukan dari Rez. Xavier segera menarik Farezel dekat dengannya.

"BLAH LAH! ATAU KAU NAK AKU BUNUH KAU DEKAT SINI?!" Tengking Dira. Semua pelajar di cafe tu terhinjut bahu. Beauty segera menolong ketua mereka untuk pergi dari situ.

"Hey tengok aku."Di renung dalam mata cantik tu.

"Dah jangan marah marah lagi okey? Jom aku tolong rawatkan bibir kau."Rez menggeleng kepala nya.

"Tak payah."Dia segera melangkah keluar dari cafe tu diikuti dengan sepupunya.

"jual mahal. i like."Xavier tersenyum sinis.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now