BAB 2

4.9K 295 7
                                    

"Rez. Betul ni kau nak balik Malaysia?"Gadis tu mengangguk. Syahla dan Andira berpandangan.

"Kalau tu keputusan kau. Kitorang ikut jaa. Bila nak bertolak?"Soal Andira.

"Malam ni."Rez bingkas bangun ke biliknya. Farezel Caesar itulah namanya. Setelah kematian bonda dan ayahda nya 4 tahun yang lalu, dia menjadi dingin dan tidak selalu bercakap.

"Jom syah. Kita pergi kemas barang."Ajak Dira. Ditarik tangan sepupunya.

"Yer yer sabar lah."mereka dua turut naik ke bilik untuk mengemas barang.

Semasa dalam flight, Rez hanya diam mendengar lagu sambil memejamkan matanya.

"Dia dah lain sangat."Syahla mengangguk.

"Hilang dua insan tercinta tu sakit Dira. Aku tahu Rez masih sedih tapi dia taknak tunjuk."Syah menyandarkan badannya di kerusi.

Selepas dua minggu kematian bonda dan ayahda Rez. Gadis tu tidak mahu lagi orang memanggil nya dengan nama panggilan Fa. Kerna dia tidak mahu mengingati tentang peristiwa 4 tahun lepas.

Devil Girl serentak turun dari private jet keluarga mereka. Seorang jejaka mendekati ke arah DG.

"Cik muda, mari kita pergi."DG membawa barang barang mereka ke kereta yang telah dibawa oleh ian.

"Cik muda nak tetap dekat Malaysia ke?"Soal ian sebagai berbasa basi.

"Tak payah lah panggil Cik muda bagai. Panggil nama dah cukup btw ha ah tetap dekat sini."jawab Syah.

"Nampak tak sopan pula kalau saya tak panggil dengan gelaran cik muda."ian mengusap belakang tengkuknya.

"Tak ada lah. Kitorang lebih suka kalau panggil nama. Kalau ian panggil kami cik muda rasa macam boss besar pula."jejaka tu tergelak kecil dan mengangguk.

"Baiklah."Rez hanya diam saja tanpa ada niat mahu ikut berbual bersama mereka.

Sampai sahaja di rumah banglo tiga tingkat tu. DG segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Rez melangkah ke tingkat dua tanpa menunggu sepupunya yang masih melihat dekorasi rumah itu.

Diletakkan bag nya di tepi katil dan direbahkan badannya. Dipejamkan matanya seketika.

"Hm sekejap lagi kita ajak Rez pergi beli barang dapur nak?"Dira mengangguk.

"Rez. Jom pergi beli barang dapur."Rez yang baru melangkah turun dari tangga tu segera menoleh dan mengangguk.

Rez menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar sambil matanya memandang barang barang disitu.

Dia mencapai tin sardin tetapi ada tangan lain yang turut mencapai tin sardin tersebut.

Rez melihat ke arah jejaka tersebut. Diserahkan tin sardin tu pada nya dan segera melangkah pergi.

Jejaka tu terpinga pinga bila ditinggalkan namun dia segera meletakkan tin tu ke dalam troli nya.

Rez mencapai sos spaghetti. Ditundukkan sedikit untuk mengambil spaghetti tu.

"Rez. Kau nak makan spaghetti?"Dia hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Oke balik nanti aku buatkan."Rez meletakkan dua barang tu ke dalam troli yang dibawa oleh Dira.

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan. Diseretkan ke butang hijau.

"XAVIER EVAN!! MANA KAU HAH? BILA NAK BALIK? AKU NAK MASAK SARDIN TAHU!"jelas suara sahabatnya di hujung talian.

"sabar lah."tenang saja dia berkata.

Assyraaf menghela nafas perlahan.

"Cepat sikit dah nak malam tau."Ditutupkan panggilan nya dengan serta merta. Xavier melihat telefonnya yang gelap.

Dan dia segera mengatur langkah ke kaunter untuk bayar dan seketika matanya terpandang akan tiga gadis yang berada di kaunter hujung sana.

Hatinya berdegup kencang apabila melihat gadis yang tangannya menyeluk kocek seluar. Dia terasa seperti dia pernah jumpa gadis tu tapi tidak tahu dimana.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now