BAB 19

3.2K 207 2
                                    

"tak sangka kau dah sah jadi isteri Xavier miang tu"Rez mengukir senyuman terpaksa.

Majlis akad nikah Rez dan Xavier hanya buat kecil kecilan saja. Hanya orang yang tertentu saja yang datang.

Mereka buat akad nikah pada khamis malam jumaat.

"Korang bila lagi?"Dua gadis tu tersengih.

"Nanti lah. Bagi kau dulu"Rez tergelak kecil.

"Farezel menantu bonda. Bonda harap Rez dapat terima anak bonda seadanya"Farezel tersenyum manis buat bonda mertua nya.

"In shaa Allah Rez cuba. Rez naik dulu ya. Badan dah melekit"disalam tangan bonda nya dan naik ke bilik.

Pintu dikuak perlahan dan dilihat Xavier sudah tidur. Mungkin penat sangat layan tetamu tadi.

Diatur langkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah selesai disangkut tuala nya.

"Hm tidur dekat sofa lah."Dia tidak biasa mahu tidur dengan Xavier. Perlahan lahan mata jejaka tu terbuka dan memandang isteri nya yang duduk di sofa.

"Sayang sini tidur."Rez mengeleng kepalanya.

"Aku tidur dekat sofa ja."Xavier bangun dari baringannya.

"Sini, tak baik lawan cakap suami tau."Rez mengaru kepalanya.

"Taknak lah. Aku nak tidur dekat sofa."Manajam mata Xavier memandang Rez.

"Jangan sampai aku bangun pergi dekat kau tau."Jejaka tu sudah mahu turun dari katil.

"Okey okey aku tidur dekat katil."Xavier menepuk tilam menyuruh gadis tu datang ke sini.

Rez dengan tidak rela naik ke atas katil. Direbahkan badannya. Xavier menarik comforter ke atas dada gadis tu.

"Takut first night ke hm?"Rez menjeling suaminya.

"Tak payah nak mengatal. Aku nak tidur."Dipalingkan mukanya ke kiri dan ditarik rambutnya bagi menutupi wajah.

Xavier hanya melihat isterinya. Setelah mendengar dengkuran halus. Tangan kanannya naik mengalihkan rambut yang menutupi wajah cantik tu.

Pinggang Rez ditarik ke arahnya.

"Amacam bro? Malam pertama?"Xavier memandang ke arah sahabatnya.

"Tidur"Tergelak sahabat nya.

"Tak apa bro lain kali kau cuba."Xavier mengetuk jarinya di dagu.

"Kita perlu cuba pikat hati diorang lagi. Setakat bagi ayat manis macam ni macam buaya pulak."Digaru pipinya yang terasa gatal.

"Perempuan ni suka dipeluk dari belakang. Kau dah halal kan? Pergilah peluk. Kitorang ni tak boleh lagi. Mati kena kecam dengan reader"Menegak badan Xavier.

"Bagus. Nanti aku cuba."Diukir senyuman penuh makna.

"Balik nanti kemas barang. Kita pindah ke rumah yang bonda dan ayahda aku belikan."Rez mengangguk sahaja.

Dipandang rumah banglo dua tingkat tu. Rez menoleh ke arah Xavier.

"Kita tinggal berdua?"jejaka tu mengangguk sambil mengeluarkan beg mereka. Rez mengambil beg nya.

"Eh tak pa biar aku bawa."Rez menghalangnya.

"Tak apa. Ringan ja. Nk kunci rumah"Xavier meletakkan kunci rumah di tapak tangan Rez. Gadis tu membuka pintu.

"KITA TIDUR ASING!!"jerit Rez dan berlari naik ke tingkat dua. Xavier mengetap gigi nya.

Tak ada bantal peluk lah dia malam niiii.

"Tak apa Xavier kau pikat hati dia sampai dapat!"Nekadnya.

"Xavier dengan Farezel dah khawin. Kita bila lagi?"Malique menjongket keningnya. Mereka berempat bercadang untuk ke mall.

"Tak nak aku dengan kau"Dira mencebik bibir nya.

"Jangan benci sangat takut nanti jadi sayang."Bisik Malique. Dira menjeling ke arah nya.

"Kau tak da ke rasa nak bersuami? Sebab aku boleh jadi suami kau"Syahla menjeling tajam ke arah Assyraaf.

"Malas aku dengan kau"Dihirup airnya.

"Nak jadi isteri aku kena lah rajin."Diukir senyuman kacaknya.

"Siapa nak jadi isteri kau? Tak nak aku"Assyraaf tergelak kecil. Taknak tapi
Mahu kan?.

9. GHH | MISSION [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ