BAB 13

3.3K 233 6
                                    

"assalamualaikum"Salam diberi oleh Syahla. Pintu rumah tu dibuka oleh seseorang.

"Walaikumusalam ha masuklah."DG melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Fawwaz meluru ke arah adiknya dan dipeluk erat.

"Rindunya dekat adik."Dicium kedua pipi Rez bertalu talu.

"Yer yer."rimas dia apabila dicium berkali kali. Fairel melangkah mendekati ke arah Rez dan Fawwaz.

"Amboi bagi adik dekat Along pulak."Waz menarik adiknya ke dalam pelukkan nya. Dijelir lidah ke arah Along nya.

"Adik angah punya"Fairel bercekak pinggang. Dipandang ke arah adik perempuannya.

"Along ada beli coklat Royce nak?"Rez mengangguk laju.

"Tak aci arh kau long. Kau umpan adik dengan coklat."Dijeling tajam Along nya.

"Biar lah kan adik? Jom ikut Along"Rez mencapai tangan Along nya dan melangkah ke dapur. Fawwaz menghela nafas perlahan. Kalau mcm ni dia pun kena beli coklat jugak lah.

Dicucuk coklat royce yang berbentuk kotak tu dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Sedap.

"Macam mana sekolah harini okey tak?"Rez mengangguk.

"Kau tengok ni eh Dira."Syahla tersenyum sinis. Di memakan Dam haji Dira dengan selamba nya sahaja.

"Weihh kau ni."Malas dia mau main permainan ni. Mesti dia saja yang akan kalah. Kalau main dengan Rez pun akan kalah jugak.

Syahla tergelak terbahak-bahak melihat wajah cemberut Dira.

"Tak payah lah gelakkan aku"Dira berpeluk tubuh dan memuncungkan mulutnya.

"Assalamualaikum"Mereka menoleh ke arah dua jejaka yang melangkah masuk ke dalam rumah.

"Walaikumusalam"Serentak mereka semua menjawab.

"Nah ni ada aku belikan ayam bakar dengan satey sebelum datang sini."kata Qadhi.

Fawwaz menyambut huluran tersebut.

"Terima kasih lah. Susah susah kan korang berdua pulak."Qadhi serta Ahnaf tergelak kecil.

"Tak ada susah nya lah. Kita kan sahabat"Mereka bertiga melangkah masuk ke dapur.

Qadhi dan Ahnaf terpandang akan seorang gadis yang duduk di sebelah Fairel.

"Ni siapa Rel? Girlfriend kau ke?"Fairel menoleh ke arah dua sahabat Fawwaz itu.

"Ni adik aku lah. Farezel Caesar. Adik, ni Qadhi dengan Ahnaf kawan abang Fawwaz"Rez mengangguk faham.

"Sorry lah adik aku memang macam ni tak selalu bercakap tambah lagi kalau dapat coklat memang tak pandang lain dah." Menajam mata Rez ke arah Fawwaz yang tersengih.

"Farezel. pergilah duduk dekat ruang tamu. Abang abang mu ni nak memasak untuk malam ni."Rez mengangguk dan membawa coklat Royce nya ke ruang tamu.

"Korang je kan yang nak memasak? Kitorang cau duluuu"Qadhi dan Ahnaf berlari ke ruang tamu.

Dua jejaka tu duduk di sofa sambil melihat dua gadis tu bermain dam haji.

Rez tersentak apabila telefon along nya berbunyi.

"Alongg"Rez berlari masuk ke dapur. Fairel menoleh.

"Why babygirl hm?"Diserahkan telefon along nya. Jejaka tu segera mengambil dan dijawab panggilan tersebut.

"Bunuh ja dia."arah Fairel apabila adik perempuannya sudah pergi dari dapur. Tidak ada seorang pun yang tahu pekerjaan nya yang kedua. Fairel Calief ketua mafia bagi kumpulan Mafia Knight yang berada di ranking kedua setelah Ice Dragon.

"Korang berdua nama apa? Adik kepada siapa?"Tanya Qadhi pada dua gadis yang bermain dam haji.

"Saya Dira adik kepada abang Andi"

"Saya pula Syahla adik kepada abang Arashah" dua jejaka tu mengangguk faham. Tidak tahu pula yang jejaka di dalam rumah ni mempunyai adik perempuan.

Walaupun mereka berdua sahabat kepada Fawwaz tetapi Waz tidak pernah menceritakan yang dia mempunyai adik perempuan.

Rez masuk ke dapur dengan terbatuk batuk. Fairel yang perasan kehadiran babygirl nya segera mendekati.

"Babygirl Along ni kenapa?"Rez meneguk airnya.

"Terlekat Coklat"Fairel mengeleng kepalanya perlahan. Macam macam lah adik nya ini.

"Babygirl, makan tu jangan gelojoh sangat tau."Dicuit hidung mancung adiknya.

"Hm okeyh along"Fairel mengusap kepala adiknya sebelum menyambung memotong sayur.

Usai mereka solat maghrib. Mereka semua duduk di meja makan untuk makan malam bersama. Banyak cerita yang dibualkan.

9. GHH | MISSION [C]Where stories live. Discover now