Gunung Mat Chincang yang setinggi 713 meter dan panjang 2.2 km itu mula diteroka oleh Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran. Akan tetapi, di dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa resahnya mereka berdua sekarang ini. Sudahlah mereka jauh dengan ibu masing-masing, moga-moga sesuatu yang buruk tidak menimpa mereka berdua saat berduaan di dalam kereta kabel ini.

Sepasang anak nata hazel milik Isyraf Nazran melempar pandang ke luar tingkap lut sinar itu. Flora dan fauna yang dilihatnya dari dalam kereta kabel ini makin membuatkan dirinya melahirkan rasa kagum kepada Si Pencipta. Jujur, dia sangat takjub dengan ciptaan Allah Yang sedang merimbun hijau di bawah itu.

Sungguh dia tidak menyangka impiannya semasa dia berumur lima tahun akhirnya tercapai hari ini. Dan lebih seronok lagi, impiannya itu dapat dikongsikan bersama awek cun yang namanya masih tidak dia ketahui.

Bila difikirkannya kembali, kembara cinta ini sudah semakin hampir ke penghujungnya, masakan nama penuh si gadis manis ini masih belum diketahuinya? Haiyaaaaa, manyak susah loh.

Puas dirinya meneroka pemandangan yang merimbun hijau itu, pandangannya terus sahaja jatuh melorot pada tubuh kecil yang sedang menggigil ketakutan. Gadis itu yang sedang duduk berteleku di lantai kereta kabel itu direnungnya kosong.

"Awak..."

Kedengaran suara gadis itu memanggil dirinya dengan perlahan. Isyraf Nazran terus sahaja membongkokkan badannya agar merapat pada bibir gadis itu. Dia ingin mendengar suara gadis itu dengan jelas.

"Suha ta.. ta.. ta.. takut..."

"Sebab Su... ha.. Suha sebenarnya gayat." Gagap dirinya bersuara.

Kebisuan di antara mereka berdua sedari tadi lantas dimatikannya kerana dia ingin peneman untuk meluahkan rasa takutnya ini. Dia tidak mahu dirinya ini terus menerus diselubungi dengan rasa takut.

Seusai sahaja berkata, kepalanya lantas ditunduk hingga rapat ke lutut. Lututnya itu dirapatkan pula ke dada lalu dipeluknya erat. Kedua belah matanya dipejamkan erat, cuba membuang rasa takutnya itu dari terus menyelubungi dirinya. Rasa fobia di dalam diri ini cuba dilawannya. Dia tidak mahu tenggelam dalam perasaan takut dan fobianya itu.

Tanpa sebutir bicara yang terluah dari bibir, remaja lelaki itu lantas bangun dari duduknya. Badannya terus dirapatkan pada Ilya Nasuha lalu dia terus melabuhkan duduknya bersebelahan gadis itu.

Perbuatan remaja lelaki itu sedikit menyebabkan lantai kereta kabel yang dinaiki mereka berdua terasa bergegar. Hatinya juga turut bergegar tatkala remaja lelaki itu kelihatan sedikit menghampiri dirinya.

"Jangan lah bergerak."

"Awak lagi takutkan saya."

Ilya Nasuha sudah tidak senang duduk. Mana mungkin remaja lelaki itu cuba untuk berkongsi rasa
dengannya? Bukankah remaja lelaki itu tidak punya perasaan? Bukankah remaja lelaki itu hanya pandai menyindir dirinya dengan perkataan?

"Jangan takut, aku ada."

Remaja lelaki itu kelihatan berjeda seketika sebelum menyambung kata-katanya semula.

"Kau selamat dengan aku."

"Tolong, jangan takut."

"Percaya aku."

Perasaannya mula bercampur-baur tika ini. Dia tidak tahu harus mempercayai kata-kata remaja lelaki itu atau tidak. Dia terus menyembamkan wajahnya semula pada lutut akibat rasa takut dan malu yang makin menebal.

Mengapa lelaki itu sengaja hendak bermain teka-teki dengan dirinya ini? Mana satu sifat remaja lelaki itu yang sebenarnya? Remaja lelaki yang hanya tahu memerli, atau sebenarnya remaja lelaki yang baik budi pekerti seraya memahami?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now