DSPC : 63

20.6K 1.1K 21
                                    

"Tahniah!"

Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran terkesima akan ucapan tahniah itu. Mereka berdua saling bertatapan di antara satu sama lain. Ucapan tahniah itu ditujukan buat gerangan siapa sebenarnya? Mana mungkin kepada mereka berdua sekarang ini? Tepukan gemuruh yang bergema dari tepukan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator itu makin membuahkan mereka dengan tanda tanya. Apa yang sedang berlaku pada mereka sebenarnya?

"Tahniah adik berdua. Korang berdua orang pertama yang jumpa pasangan sendiri." Ucap seorang kakak fasilitator yang bernama Zila.

Ilya Nasuha dan Isyraf Nazran hanya terkedu. Pandangan mereka bersatu sekali lagi. Tahniah buat mereka?

"Pertama?"

Soalan itu serentak terpacul keluar dari mulut mereka berdua. Masakan mereka mampu percaya, kesemua peserta di kem ini sahaja sudah melebihi 100 orang, masakan mereka akan menjadi pasangan pertama yang memenangi pertandingan ini? Macam tidak logik dek akal pun ada sekarang ini.

Kak Zila sudah tayang senyum tatkala melihatkan dua raut wajah itu yang jelas sekali sedang kebingungan. Dia kemudian mengangguk kepala seraya mengiyakan bagi menyakinkan pasangan itu lagi. Memang benar, pasangan ini merupakan pasangan pertama yang telah berjumpa di antara satu sama lain sewaktu pertandingan itu dijalankan.

"Nampak tak? Korang berdua cakap pun serentak, mesti kuat jodoh korang berdua ni. Sama cantik, sama padan pulak tu." Ucap Kak Zila lagi. Bibirnya sudah tidak lekang dengan senyuman buat gadis itu.

Ilya Nasuha pula sudah tersipu malu mendengarkan kata-kata dari kakak fasilitator yang familiar dengan nama Kak Zila itu. Jika benar dirinya ini bakal berjodoh dengan Isyraf Nazran di masa hadapan, ingin sahaja dia berjoget lambak sekarang ini. Isyraf Nazran yang berada di sisinya pula hanya menayang senyum sinis tapi manis.

"Korang berdua main tipu, kan? Kau sebenarnya buka penutup mata kau, kan?" Tanya seorang abang fasilitator dikenali sebagai Joe dengan sinisnya. Jarinya tepat menunding pada wajah Isyraf Nazran yang sudah berkerut seribu mendengar tuduhan melulu itu pada dirinya.

"Tak, tak, mana ada kitaorang main tipu. Waktu dia cari saya, mata dia bertutup dengan penutup mata tu." Ilya Nasuha pantas menafikan. Dia terus menerus menggeleng kepala bagi menidakkan kata-kata abang fasilitator itu. Mengapa tiba-tiba sahaja abang fasilitator itu ingin menafikan kebenarannya?

"Kau pasti ke? Entah-entah mamat ni dah bukak penutup mata dia waktu dia cari kau. Lepastu bila dia nampak je kau, dia pura-pura lah pakai balik."

"Kau masih nak percaya dia ni ke? Game ni usually lebih 2 jam pun tak akan jumpa pasangan sendiri. Mustahil lah kau dengan dia berjumpa secepat ni."

Joe masih begitu. Bukan apa, dia sudah menjadi fasilitator di dalam permainan ini sudah cukup lama. Dia tahu selok belok dan helah yang digunakan oleh setiap peserta. Oleh sebab itu, dia masih berusaha untuk menaikkan amarah api di dalam sekam.

"Kau tak puas hati ke?" Soal Isyraf Nazran keras. Nada suaranya itu kedengaran bergetar di hujungnya. Pasti amarah seorang Isyraf Nazran sedang memuncak naik sekarang ini.

Ilya Nasuha segera menahan. Lengan milik lelaki itu pantas diraihnya. Jika terlepas, pasti peperangan di antara lelaki itu dan abang fasilitator ini bakal tercetus. Maklumlah, Isyraf Nazran pantang sahaja dicuit, pasti akan menyala marahnya jika dia dituduh dengan benda yang tidak benar akan dirinya. Kau masih boleh bertahan dengan lelaki yang baran?

Joe tersenyum jengkel. Dari dia berbaring, dia terus melabuhkan duduknya berhadapan mereka berdua. Pandangannya kini tajam menikam anak mata Isyraf Nazran yang berada di hadapannya itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now