DSPC : 57

21.5K 1.2K 23
                                    

Situasi yang berlaku seakan seiring dengan waktu yang berlalu. Langkah kakinya yang setia melangkah pergi menimbulkan satu tanda tanya buat si naif ini. Ilya Nasuha terpinga-pinga dengan situasi sekarang ini. Akalnya berhenti seraya langkahnya mati. Dia masih jua berdiri tegak berhampiran dengan gigi air sungai itu. Retina matanya masih cuba meratah kelibat remaja lelaki itu yang makin menjauh pergi dari dirinya.

'Suha ada buat apa-apa salah ke sampai si Isy pujaan hati Suha tu tiba-tiba je nak naik marah?' Kepalanya yang berlapik dengan tudung bawal hitam itu digarukannya beberapa kali bukan kerana gatal tapi kerana bingung dengan perlakuan lelaki itu terhadapnya.

'Kenapa Isy tiba-tiba dingin semacam je dengan Suha? Suha tadi cuma bertegur sapa je pun dengan si Ikram tu, bukannya Suha main tepuk amai-amai belalang kupu-kupu atau main kahwin-kahwin pun.' Desis hatinya frustasi. Messtin yang berada di tangan semakin digenggamnya erat.

'Jangan rapat dengan lelaki lain.'

'Aku tak suka.'

Kata-kata dari Isyraf Nazran sebentar tadi ke atas dirinya bagaikan sebuah melodi muzik yang menggetarkan halwa telinganya. Suara lelaki itu bagaikan sedang berulang lagi dan lagi sehingga menyebabkan dirinya ini makin diburu dengan rasa yang tidak keruan. Adakah lelaki itu sedang memberikan amaran kepadanya?

Boleh para pembaca semua berikan definisi yang lebih terperinci tentang apa yang dimaksudkan oleh Isyraf Nazran sebentar tadi? Ilya Nasuha semakin hilang punca tatkala memikirkan kata-kata lelaki itu pada dirinya sebentar tadi. Adakah Isyraf Nazran pujaan hatinya itu sedang dilanda tsunami cemburu? Cemburu kerana dia bersembang dengan lelaki lain di gigi air itu? Boleh masuk akal juga sebab bukankah dirinya ini dikatakan sebagai jiwanya?

Senyuman girang terus sahaja terhias indah di bibirnya tatkala dia sudah menjumpai jawapan kepada perlakuan lelaki itu sebentar tadi. Ya, maknanya sekarang inj Isyraf Nazran sedang berusaha bagi memburu cintanya. Kedua belah tapak tangannya sudah digenggamnya erat. Ah, bahagianya rasa.

Ingin sahaja dia melompat-lompat kegembiraan ketika itu namun pandangannya terus sahaja berkalih ke gigi air sungai itu semula. Kelihatan Ikram sedang memandangnya dengan sebuah senyuman di bibir lelaki itu. Entah mengapa, senyuman itu seperti sebuah senyuman yang membawa maksud yang penuh misteri dan mempuyai makna tersendiri. Dia terkaku seketika melihat pandangan lelaki itu yang seperti menginginkan sesuatu darinya. Pandangannya dengan pandangan Ikram lama bersatu.

Ikram yang masih setia di gigi air itu tersenyum lagi dan lagi pada Ilya Nashua, gadis yang baru dikenalinya itu. Dia bangun dari duduknya di gigi air sungai itu lalu mengangkat tangannya sedikit kemudian melambai pada gadis itu. Namun begitu, lambaiannya tidak dibalas oleh gadis itu. Riak wajahnya yang sedikit sedih itu cuba disembunyikan.

Anak mata hazelnya ralit merenung Ilya Nasuha dari jauh. Bak lagu zizan, dia chentaku tetapi hanya dari jauh. Api cemburunya makin menggila ketika itu tatkala dirinya ini menjadi pemerhati di antara Ilya Nasuha dan lelaki sungai itu. Semakin dia menegah, semakin menjadi-jadi pula perangai si Ilya Nasuha ini. Tangannya dikepalkan tanda dia sedang bengang dengan situasi sekarang ini.

'Bila aku kata tak suka, boleh pula dia mengada nak bermain-main mata.'

'Kang ada juga yang aku piat telinga tu nanti sampai merah.'

'Slowly, aku kena ajar Ilya sayang ni cara jaga hati dan perasaan aku nampaknya.'

Dengan langkah yang separa laju, Isyraf Nazran terus menuju ke arah Ilya Nasuha. Bahu gadis itu terus dirangkulnya dengan kasar agar gadis itu segera merapat pada dirinya ini. Wajah gadis itu yang sedang menggambarkan riak wajah terkejut tidak dirinya ambil peduli sama sekali. Kini, pandangannya sekarang ini lebih tertumpu ke arah Ikram yang kelihatan sedikit terkejut memandang ke arahnya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt