DSPC : 13

33.4K 1.7K 11
                                    

Kaki kiri yang semakin kebas itu tetap jua digagahkan oleh Ilya Nasuha untuk berlalu pergi dari atas pentas utama sekolah. Kakinya mula berdenyut dengan kuat, mengakibatkan dia terpaksa berjalan menghincut-hincut ke tapak perhimpunan itu semula. Dia lantas sahaja kembali ke barisan tingkatan 1 lelaki yang dijaganya sebentar tadi. Rasa perit yang dialaminya sekarang ini, dengan sedaya kudrat cuba ditepisnya.

"Argh, sakitnya peha Suha ni. Tengok macam nipis je rotan tu tapi berbisa jugak lah rasa kat peha Suha ni." Rungutnya perlahan.

"Tahan eh Suha, sikit je ni. Suha kan kuat, fighting!" Hatinya pula dipujuk agar mampu menahan sakit. Terasa seperti otot tisu di bahagian pehanya itu sudah koyak dek penangan libasan itu sebentar tadi. Masakan tidak, libasan dari rotan guru disiplin itu seperti cemeti sahaja apabila terkena pada kakinya ini.

"Apa kes kau ni Suha?! Kau dah hilang akal ke? Benda bodoh apa kau buat ni sampai kena gantung tugas?" Sapaan daripada Aina Manirah yang secara tiba-tiba itu, membuatkan dirinya terkejut. Lantas dada yang terasa sakit itu, diurutnya perlahan. Sudahlah gadis itu datang tidak beri salam, terus main terjah sahaja. Memang terkejut dirinya itu apabila diperlakukan sebegitu.

Rakannya, Aina Manirah yang sedang diamuk dengan amarah itu segera ditarik oleh Ilya Nasuha agar menjauh daripada  barisan tingkatan 1 lelaki yang dijaganya. Dia tidak mahu pelajar-pelajar itu mendengar perbualan di antara mereka berdua.

"Kau sedar tak kau tu pengawas sekolah? Kau ada banyak lagi tugas lain nak dibuat tau. Tugas kau bukan jaga mamat tu pun. Kau ni asal, hah?" Tanya Aina Manirah frustasi. Bibirnya sudah mencebik saat wajah Isyraf Nazran menjelma di ruangan matanya.

"Kenapa? Salah ke apa Suha buat?" Tanya Ilya Nasuha tidak puas hati. Kenapa rakannya itu sibuk benar dengan dirinya ini? Kain sendiri tak mahu jaga, celah tepi kain dia juga lah rakannya itu sibuk hendak tahu.

"Kau boleh tanya salah ke apa kau buat? Tu cikgu disiplin kot. Urusan dia dengan budak tiga suku tu, yang kau sibuk sampai nak naik pentas pertahankan dia tadi, dah kenapa? Siap rela tadah kaki kena rotan, kau gila ke?" Cemuh Aina Manirah pada rakannya. Anak matanya semakin mengecil tanda dia benar-benar tidak faham akan perilaku rakannya itu.

Ilya Nasuha sudah mula panas hati. Mengapa rakannya itu cakap ikut sedap mulut sahaja? Tidak bolehkah rakannya itu menjaga sedikit perasaannya ini? Jelingan lantas sahaja dia berikan pada gadis itu tanda dirinya ini sedang tidak puas hati.

"Ada tak kau fikir jawatan pengawas kau ni sebelum kau buat benda bodoh tadi? Dibuatnya kau kena buang dari jadi pengawas, macam mana?" Aina Manirah masih juga begitu. Dirinya terus menerus membebel bagi menyedarkan rakannya itu.

"Fikirlah sikit Suha." Dia ingin rakannya itu sedar bahwa perbuatannya sebentar tadi itu bukanlah suatu perbuatan yang boleh dibanggakan dan dianggap seperti seorang hero. Perbuatan itu hanya akan memerangkap dirinya semata-mata.

"Suha sakit ni, Irah." Ilya Nasuha menutur kata itu dengan perlahan. Dia cuba untuk memohon ihsan daripada gadis itu agar dirinya itu tidak meneruskan bebelannya lagi. Namun begitu, aduannya sebentar tadi sedikit pun tidak dihiraukan oleh Aina Manirah kerana dia semakin galak bersuara.

"Allah bagi akal tu untuk fikir. Lain kali fikir dulu sebelum buat apa-apa. Budak tiga suku tu pun dah bermasalah, kau pulak sengaja nak tambah masalah lagi."

"Sebaik Si Iman tu takde tau kat perhimpunan ni, kalau tak pandai-pandai lah kau menjawab kat abang kau tu ye."

"Tak ada sebab pun tau untuk kau rela tadah kaki kau tu kena libasan rotan cikgu tadi. Haih macam macam lah kau ni Suha."

'Sebab Suha suka dia.' Bisik Ilya Nasuha di dalam hati.

Wajah Ilya Nasuha dipandangnya dengan pandangan toya. Tangannya itu digawangkan di hadapan muka gadis itu beberapa kali. Tiada tindak balas daripada gadis itu membuatkan dia pantas mencebik tanda protes.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now