DSPC : 83

24.6K 1.2K 19
                                    

Kereta jenama Audi R8 itu menjadi santapan mata hazelnya. Tangannya masih ligat mencampakkan segala harta karun yang tidak berguna di dalam kereta itu keluar. Selesai sahaja misi mengemas, baju melayu bewarna gold yang tersarung di tubuh sasa itu ditiliknya pula di hadapan cermin kereta.

Rambut keperangan aslinya itu diperkemaskannya dengan jemari. Cermin mata hitam lantas dipakainya sekaligus menutupi sepasang anak mata hazel itu. Sekali lagi ditilik wajahnya itu yang terbias di balik cermin keretanya. Kereta dan tuan sama-sama kacak dan bergaya, bukan?

"Boleh tahan handsome jugak aku ni."

"Level-level lelaki melayu terakhir."

Pintu kereta Audi R8 itu dibukanya. Laju sahaja pungungnya mendarat pada sofa empuk itu. Stereng kereta dipegang kejap lantas perjalanan pun bermula. Doa dititipnya di dalam hati agar perjalanan itu dilindungi oleh yang Maha Esa. Bila difikirkan kembali, bagaimana rancangannya untuk melamar gadis itu? Pura-pura terserempak di majlis perkahwinan itu? Buat-buat terlanggar ketika sedang mengambil makanan? Atau menyamar menjadi tetamu biasa?

Jarinya terus dipetik tatkala idea bernas menjelma di benak fikiran. Moga gadis yang ingin dijadikan bidadari syurga itu mampu menerima dirinya ini kembali. Hari ini adalah hari penentu baginya. Perasaannya sedikit berdebar jika teringat akan gadis itu. Apakah jawapannya nanti? Adakah dia sudi menerima dirinya ini dengan hati yang terbuka? Dengan rela dan bukan kerana terpaksa?

Jayakan watak kau si hero bagi merebut hati heroin kembali.

"Bro, kau dah ready ke nak jadi suami orang? Cey, mesti tengah nervous ni." Bahu Zariff Isacc ditepuknya lembut. Siapa sangka, di antara mereka berdua, mamat romeo juliet ini yang jalan dahulu.

Zariff Isaac mengorak senyum akan pertanyaan itu. Dia cuba membuang rasa gemuruh yang kian menggunung di hatinya. Mampukah dirinya berjabat tangan dengan tok kadi dan melafaznya dengan sekali lafaz sahaja? Mampukah dirinya memikul tanggungjawab dan amanat yang besar itu di kemudian hari? Perasaannya semakin bercampur baur pada masa kini.

"Tanya aku pulak. Kau tu dah sedia ke nak rebut hati Suha semula?" Soalan yang sama maut diacukan pula buat lelaki bersebelahannya.

Segaris senyuman pantas terukir di bibir Isyraf Nazran. Anggukan penuh yakin dia berikan pada rakannya itu tanda dirinya benar-benar sudah bersedia untuk merebut cinta gadis itu semula.

"Kau yakin ke yang dia akan terima cinta dari kau semula lepas apa yang berlaku antara korang berdua?" Wajah rakannya itu ditilik lama. Kelihatan segaris senyuman tipis terbit di bibir rakannya itu tatkala mendengar persoalan yang datang dari dirinya ini.

"Aku cuma yakin untuk luahkan rasa cinta aku kat dia je. Soal terima tak terima tu, terpulang pada si empunya diri lah macam mana. Keputusan sepenuhnya terletak kat dia dan aku akan terima seadanya." Jelas Isyraf Nazran tenang.

"Boleh aku tau cara kau nak pikat dia nanti tu macam mana?" Tanya Zariff Isacc ingin tahu. Bahu rakannya itu disenggolnya berkali-kali tanda mengusik.

"Jalankan kerja kau sebagai pengantin Isaac. Jangan sibuk nak jaga tepi seluar baju melayu aku ni." Ujarnya sambil memegang seluarnya sebelum digoyangkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Dia akhirnya terkekeh ketawa melihatkan muka rakannya itu yang sudah berubah toya.

"Tapi gentle lah, dah lama kut dia kerja dengan kau tapi takkan dia sikit pun tak boleh cam yang Tuan Naz dia tu Isy? Pelik doh aku."

"Mungkin sekarang ni aku makin bertambah handsome, kacak lagikan bergaya dari Isy zaman sekolah dulu. Tu dia langsung tak cam aku tu."

DIA SI PEMBEKU CINTA : CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin