DSPC : 42

24.3K 1.3K 5
                                    

Rumah agam dua tingkat itu kelihatan sungguh sepi sekali. Hanya kedengaran suara-suara melalui kaca televisyen yang setia bernyala. Sesekali siaran televisyen itu bertukar-tukar. Terdengar keluh kesah terlahir dari bibirnya si Iman Naim. Dari siaran bola dialihkan pula ke drama dan seterusnya ke movie namun tayangan astro itu masih tidak mampu menarik minatnya. Alat kawalan jauh itu dilemparkan jauh ke arah sofa bertentangan.

"Abang dah cakap banyak kali dah, kita takyah pakai astro lagi ma. Tengok lah ni, bosan tahu tak mama asyik cerita sama dok ulang-ulang."

"Buang duit je ayah bayar astro ni tiap bulan kalau macam ni. Suruh ayah cut je lah astro ni mama, kita pakai wifi. Hari-hari abang boleh tengok Netflix kat sini. Baru syok nak layan, screen pun besar dari tab abang tu." Rungut si anak pada mama.

Pandangannya dikalihkan pula ke arah jam dinding. Sudah pukul 2:45 petang namun batang hidung adiknya itu masih juga tidak kelihatan di rumah. Lubang hidung adiknya apatah lagi. Sudah lupa jalan pulang ke rumah barangkali? Pantang merayau pasti menghilang sahaja si kecil itu.

"Kejap Iman, berhenti kejap dari membebel kamu tadi. Adik kamu mana?" Tanya ibu mereka, Puan Amelia pelik. Mata tuanya masih setia tertancap pada wajah anak lelakinya itu. Jika anak-anaknya itu ada sebarang program di sekolah, sudah pasti awal pagi lagi telah diberitahunya tapi ini tiada khabar berita? Jadi kemana anak gadisnya itu berada sekarang ini? Anaknya itu baik-baik sahaja bukan di luar sana?

"Tak tau lah mama. Dari tadi memang kita berdua je kat ruang tamu ni." Jawabnya dengan kepala digelengkan beberapa kali tanda dia benar-benar tidak tahu. Dia yang merupakan pelajar tingkatan 6 di sekolah itu sudah tercongok di rumah ini, tapi mengapa adiknya itu masih belum pulang ke rumah ini lagi? Kemana pula pergi adiknya itu? Hilangkah? Kena culikah? Tapi, mana mungkin?

Iman Naim sudah berkira-kira untuk mencari adiknya itu. Dia khuatir jika tanggapannya sebentar tadi benar belaka. Dia tidak mahu hidup sebagai anak tunggal di dalam rumah ini. Tidak syok lah kalau tiada orang yang hendak dibulinya lagi. Namun begitu, niatnya pantas dikuburkan kerana dirinya sedang seronok berbaring di atas sofa di ruang tamu.

"Kejap lagi balik lah kot mama. Maybe dia ada extra class ke apa ke kan?"

"Mama wat lek wat peace je lah. Tak kemana pun si Suha tu. Abang berani confirm kejap lagi mesti dia balik punya. Santai k ma?"

Puan Amelia hanya mengangguk perlahan sebelum dia terus berlalu ke dalam biliknya. Sebentar lagi anak perempuannya itu pasti akan pulang, andainya. Likey, kucing peliharaan anaknya yang sedang berada di tangga itu diusapnya manja sebelum dia berlalu pergi.

"Assalamualaikum mama, abang. Adik dah balik." Ilya Nasuha pantas sahaja memberi salam tatkala dirinya sudah berdiri di hadapan muka pintu itu.

Iman Naim segera berpaling ke muka pintu rumah. Dia segera bangun dari pembaringan dan terus menerpa laju ke arah adiknya yang berada di hadapan muka pintu dengan tergopoh-gapah. Riak wajahnya serta-merta berubah kerut dengan penampilan adiknya itu. Mengapa pipi ini dibaluti plaster? Adiknya sakitkah?

Pipi tembam adiknya itu dipegangnya lembut. Plaster yang berada di pipi adiknya itu diusapnya perlahan. Mengapa dengan plaster ini? Untuk menutup jerawatkah? Atau untuk apa sebenarnya adiknya memakainya? Takkan style kot? Apa kehe style lekat-lekat plaster macam budak terencat ni?

"Asal ni?" Malas hendak berfikir panjang, Iman Naim terus sahaja bertanya. Tidak silapnya, sewaktu pagi tadi mereka ke sekolah bersama, adiknya tidak memakai plaster di wajahnya itu.

Ilya Nasuha menepis lembut tangan abangnya itu. Malu lah sikit abang oi. Kalau hendak buat drama sebabak kasih dan cinta seorang abang terhadap adik, janganlah buat di hadapan pintu rumah. Buatnya diiintai oleh jiran sebelah nanti, bagaimana?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now