DSPC : 59

20.1K 1K 10
                                    

Mata tua itu memerhati kediaman lamanya dengan penuh ralit. Sesekali terimbas kembali kenangan lalu di ruang pemikirannya tatkala dirinya masih bergelar penghuni di dalam rumah agam itu. Dulu, dia merupakan tuan besar di dalam rumah agam itu namun kini dia hanyalah orang asing. Hatinya tiba-tiba sahaja tercuit akan kenangan itu namun akalnya melarang untuk mengungkap kata rindu.

Pintu agam rumah dua tingkat itu dikuaknya dari luar. Dengan tidak semena-mena pintu itu terbuka luas seperti sedang mengalu-alukan kehadiran dirinya. Sebaik tidak ada karpet merah ditaburi bunga mawar bagi mempelawa dirinya ini. Dengan pantas, dia meloloskan dirinya ke dalam rumah agam itu. Dia tidak mahu tindak-tanduknya itu diperhatikan oleh orang lain.

Langkah kakinya itu terus sahaja dimajukan ke ruang tamu. Sesekali matanya melilau mencari sosok tubuh bekas isterinya. Kemana perginya wanita itu?

"Kau memang cuai Sherlina. Kau langsung tak belajar dari kesilapan lampau kau." Sinisnya berbicara sambil dirinya tertawa halus akan kealpaan bekas isterinya itu.

Masakan tidak, wanita itu langsung tidak mengambil iktibar dan belajar dari kesilapannya yang lalu. Disebabkan wanita itu tidak mengunci pintu rumah, dia telah berjaya meloloskan diri dan menggertak mereka dua beranak. Disebabkan wanita itulah, anak mereka, Isyraf Nazran telah menjadi mangsa pergaduhan mereka berdua tempoh hari. Disebabkan wanita itu jugalah anak mereka terpaksa menerima jahitan akibat luka di tangan kanannya.

Anak mata tuanya merenung ruang tamu itu dengan penuh asyik sekali. Kelihatan sama kedudukan perabot dan sofa di ruang tamu ini seperti waktu terakhir dirinya melangkah keluar dari rumah agam ini bagi meninggalkan bekas isteri dan anaknya itu. Kini, hanya cat rumah imi sahaja yang sudah bertukar putih keseluruhannya. Mungkin bekas isterinya itu ingin memulakan hidup baru dengan perubahan itu, andainya.

"Semuanya masih sama Sherlina, sama macam waktu kita bersama sebagai sebuah keluarga." Gumamnya di dalam hati. Hatinya terdetik akan suatu rasa namun segera ditepisnya jauh.

"Apa kau masih tak mampu untuk move on dari penceraian kita ke Sherlina sampai kau tak sanggup untuk ubah segalanya?"

Bingkai gambar yang berada di atas almari meja itu diambilnya. Wajah Isyraf Nazran saling tidak tumpah dengan dirinya satu tika dahulu. Bingkai gambar itu diletakkannya semula. Kini gambar keluarga pula diambilnya. Yang ada hanya gambar bekas isterinya dan Isyraf Nazran. Dirinya tiada. Sedang dia leka dibuai rasa, seseorang telah menyergahnya dari belakang dengan lantang. Perlahan-lahan tubuh tuanya itu dibalikkan sambil tersenyum sinis.

"Apa yang kau buat kat rumah aku ni Syam?! Kau tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku ni?!" Tengking Aunty Sherlina kuat. Pisau yang berada ditangannya lantas sahaja diacukan tepat kearah lelaki itu.

Tan Sri Syamreez pantas mengangkat kedua tangannya lagak seperti seorang pesalah. Eh, memang pesalah lah kan jika masuk rumah orang tanpa meminta izin? Bukan ini sudah dikira menceroboh ke? Kalau report polis, confirm polis cop kau ini pencuri yang cuba untuk memecah masuk rumah orang.

"Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk rumah ni, hah?!" Aunty Sherlina menjerkah kuat. Tangannya yang masih setia memegang pisau itu semakin dieratkannya. Jika hari ini akan berlaku pertumpahan darah di antara mereka, dia sudah bersedia.

"Sherlina rumah kau rumah aku juga. Kunci rumah ni ada dalam simpanan aku, sebab aku buat kunci pendua. Apa kau dah lupa?"

"Bukan susah pun aku nak masuk rumah ni, lagipun tadi kau sendiri yang lupa nak kunci pintu. Elok aku yang masuk, kalau pencuri yang masuk memang nahas kau Sherlina." Sinisnya dalam membalas kata bekas isterinya itu.

Masakan dia tidak tahu, bekas isterinya itu sering kali lupa untuk mengunci pintu. Dahulu sewaktu mereka masih bergelar suami dan isteri, hanya dirinya sahaja yang akan beringat untuk mengunci pintu. Entah mengapa, kenangan itu sempat pula menjengah fikirannya buat seketika.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now