DSPC : 25

27.8K 1.4K 27
                                    

Panahan mentari dari celahan langsir bilik itu menusuk ke anak mata bundar milik Ilya Nasuha. Badannya itu terus digeliatkan seperti ulat beluncas gendut. Anak matanya yang sepet seperti cina bukit itu digosoknya perlahan dengan jemari sambil bibirnya pula sudah terherot sedikit. Jam loceng yang berada di sisi katilnya itu segera dicapainya. Ditenungnya angka jam itu lama.

10:30 pagi.

"Awal lagi ni. Tidur balik lah."

Melihatkan kepada angka jam sebentar tadi, Ilya Nasuha masih merasakan terlalu awal untuk dia bangun dan memulakan harinya pada hari itu. Hari ini kan hujung minggu, dia pantas untuk bermalas-malasan di atas katilnya ini. Lebih afdhal bagi dirinya ini untuk kembali beradu di atas katilnya ini.

Selimut yang berada di sisi katil itu pantas sahaja ditarik agar kembali menyelubungi dirinya. Pendingin hawa yang masih terpasang di biliknya itu membuatkan dia sedikit kedinginan. Sedang mata bundarnya itu kembali enak dibuai perasaan, terasa seperti selimutnya itu sedang bergerak ke sana ke mari. Wajahnya serta-merta berubah kerut. Mengapa seperti ada sesuatu sedang merayap di bawah selimutnya itu?

'Ish, apa benda ni?'

Ilya Nasuha mendengus kuat. Namun begitu, anak matanya makin erat dipejamkan, tanda dia masih ingin menyambung tidurnya lagi. Namun begitu, dia merasakan seperti ada satu makhluk berbulu lembut sedang hinggap di peha kirinya. Kemudian, makhluk berbulu itu merayap pula menuju ke pinggangnya. Dia malas untuk mengendahkan kerana dia masih lagi dihantui dengan rasa kantuk.

Selang beberapa minit, terasa seperti makhluk berbulu itu merayap ke atas mukanya pula. Anak matanya itu dipaksakan juga untuk dibuka bagi melihat apakah makhluk yang sedang mengacau tidurnya sedari tadi.  Matanya dan mata makhluk berbulu itu bertembung buat seketika. Tanpa sedar, dirinya terus sahaja bangun dari pembaringan seraya menolak makhluk berbulu itu agar menjauh dari dirinya dengan kadar segera.

"Ahhhhhhhh!! Shuh-shuh!! Pergilah main kat sana, jangan lah main kat atas katil ni Likey!!" Jeritnya kuat. Anak matanya itu tidak lepas dari merenung Likey, kucing kesayangan abangnya itu. Kucing parsi itu kelihatan sedang bergolek manja di atas katilnya sekarang ini.

Iman Naim menekan-nekan perutnya seraya tertawa besar di hadapan muka pintu bilik adiknya. Berhasil juga dia mengenakan adiknya itu seraya mengejutkan dirinya dari tidur. Siang-siang begini hendak membuta lagi, tidak pasal-pasal dirinya itu dibuli dengan pembuli bersiri sepertinya. Anak dara apa yang bangun lewat begini?

"Bangun lah dek! Matahari dah terpacak atas kepala dah, kau nak tidur apa lagi? Bangun lah, tengok dunia sikit." Cemuh si abang pada adiknya. Likey yang berada di atas katil adiknya itu segera dia ambil lalu dibelainya penuh kasih. Mulutnya ini sudah terkumat-kamit membebel akan adiknya yang satu itu.

"Diam lah bang, bising je." Selar Ilya Nasuha pada abangnya. Jari telunjuknya rapat ke bibir, menyuruh abangnya itu segera mengunci mulut dari terus bersuara sekaligus menyakitkan hatinya.

Iman Naim geram. Kucingnya yang berada di dalam pelukan itu lantas diacah pada adiknya. Dia tahu, adiknya itu takut dengan kucing. Oleh disebabkan itu, dia sengaja hendak menakutkan adiknya ini lagi.

"Jangan bawa Likey dekat dengan Suha, Suha takut lah Abang Iman!" Hamburnya keras. Dia cuba menyelamatkan dirinya dari kucing abangnya itu. Segala bantal yang berada di atas katil itu dilemparnya ke arah abangnya yang sedang mendukung kucing.

Namun begitu, dengan tangkas abangnya mengelak setiap bantal yang dilemparkan padanya. Silap besarlah adiknya itu kerana hendak bermain dengan seorang atlet sekarang ini. Dia sudah tersengih-sengih melihatkan adiknya yang sedang dalam ketakukan itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ