𝒞𝒽𝒶𝓅𝓉𝑒𝓇 29

261 14 17
                                    

Jeremy sedang menghirup kopi sambil mencari maklumat tentang ayah mertua Qaireen , tiba - tiba dia terhenti akibat suara ketukan dari luar

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Jeremy sedang menghirup kopi sambil mencari maklumat tentang ayah mertua Qaireen , tiba - tiba dia terhenti akibat suara ketukan dari luar. Lantas bangun untuk membukanya.

" siapa datang malam - malam buta ni , buang tabiat ke apa? " bebel Jeremy lalu membuka pintu terlihat wajah Qaireen dalam keadaan basah lencun , dia memeluk tubuh untuk mengurangkan rasa sejuk.

" yah! Maisara! Apa kau buat dalam hujan lebat macam ni " marah Jeremy memimpin Qaireen masuk ke dalam rumahnya. Qaireen mengukir senyuman palsu.

" a- aku saja datang sini , lagipun suami aku outstation , aku bosan duduk rumah sorang - sorang , rumah kau kan rumah aku juga..s-salah ke aku d-datang? " ucap Qaireen terketar - ketar , Jeremy mampu menghela nafas dia tidak mampu menghalau Qaireen balik kerana rumah ini juga pemberian darinya.

" kau jangan tipu aku , bawah mata kau sembab kau baru lepas nangis kau jujur je lah , mati hidup balik aku tak percaya kau ni " pujuk Jeremy , Qaireen menatap mata Jeremy perlahan - lahan mengeluarkan air mata , langsung memeluknya.

" Remy aku tak sanggup nak hadap semua bende ni , aku penat , kawan aku khianat aku..suami aku tak percayakan aku , tolong aku Remy.. , aku rasa aku tak layak jadi seorang isteri untuk dia " rengek Qaireen menangis dalam dakapan Jeremy , dia mengusap rambut Qaireen. Dia menyuruh pembantu rumah mambawa Qaireen ke atas untuk bersihkan diri.

" kau naik dulu , berehat ape semua kalau kau dah okay , cerita everything yang terjadi ok? " kata Jeremy mencium ubun - ubun Qaireen lalu kembali duduk di sofa.

" haih , siapalah yang dengki dengan rumahtangga kau ni Maisara... " bisik hati Jeremy , tiba - tiba matanya terbeliak membaca satu artikel yang mengatakan ayah mertua Qaireen.

                           ***

Zhariel menjadi tidak keruan , dia memikirkan tentang Qaireen , tindakannya sudah melebihi had sebagai seorang suami. Dia mengusutkan rambutnya. Dia mencapai telefon lalu menghubungi Aisya.

" hello Zhariel kenapa call saya malam - malam ni " kata Aisya dengan suara yang tidak bersalah , Zhariel hanya bersabar lalu bertanya.

" hello Aisya , saya nak tanya mana awak tahu Qaireen ada dekat hotel semalam? " tanya Zhariel , Aisya gelak besar.

" saya tahu la Qaireen kata dekat saya yang dia nak pergi hotel dan dia kata dekat saya jangan bagitahu awak , saya tak sanggup tengok awak kena tipu dengan kaki curang tu jadi saya senyap - senyap tangkap gambar lepastu bagi awak. That it's " bohong Aisya untuk memutar belit cerita atau lebih tepat mengeruhkan keadaan dalam rumah tangga Zhariel dan Qaireen. Lidah Zhariel terkelu. Benarkah yang diceritakan oleh Aisya tentang perangai sebenar Qaireen yang hampir setiap malam menghubungi seorang lelaki yang tidak dikenali?

Zhariel terus menutup panggilan , Aisya hanya tersenyum sinis di halaman rumah. Seseorang perempuan menatap tajam ke arahnya.

" kalau Qaireen tak dapat Zhariel kau pun takkan dapat dia " katanya dengan hati yang membara , tak sangka ternyata ada seorang lagi persaing selain Qaireen.

                          ***
Qaireen mengesat rambutnya yang basah , hidung kelihatan merah. Bawah mata sembab. Dia duduk termenung di meja solek memikirkan tentang hal yang terjadi. Telefon berdering membuatkan Qaireen terkejut lantas mengangkatnya.

" hello adik along yang paling manjahhh " kata Daniel dengan suara meleret , Qaireen tergelak halus.

" eleh gelak pulak dia , adik along sihat tak? " tanya Daniel sambil membetulkan bantal untuk baring.

" sihat je , along sejak naik pangkat lupa adik dekat sini , belum kahwin lagi , kalau dah kahwin entah - entah lupa terus adik , dah la adik merajuk dengan along " cebik Qaireen memintal hujung rambutnya , terdengar suara gelak jahat di dalam talian.

" sorry la , along busy sampai balik lewat dua tiga empat pagi , ni adik dah makan? " tanya Daniel dengan lembut. Hati Qaireen cair , kenapa sweet sangat along dia malam ni.

" dah " bohong Qaireen sebenarnya dia belum mengisi perut sesuap pun. Pintu diketuk oleh pembantu rumah.

" okay la abang , adik pergi dulu bye! " ujar Qaireen menutup panggilan takut rahsianya terbongkar , Daniel hanya pasrah sahaja.

" kita baru nak tanya pasal dia dengan Zhariel macam mana dah tutup , baik aku call Zhariel tanya sendiri tuan punye badan " bebel Daniel lalu menghubungi Zhariel.

" hello bro , macam mana kau dengan adik aku dah baik ke belum? ke tak okay lagi? " tanya Daniel dengan rancak sehingga Zhariel terpaksa menjauhkan telinga dengan telefon ( mana - mana rancak berdosaaaaa ) - Author😂

" hello ha okay je ni ha , aku ada hal la kejap bye! " kata Zhariel menutup panggilan. Daniel membuat muka toya.

" ha bagus arh , laki bini sibuk memanjang nasib tak ada anak lagi " kata Daniel lalu menampar mulutnya sendiri.

" hish celupar betul mulut ni , biasaaaa dia tu " marah Daniel pada mulutnya sendiri XD. Dia meletak phone di tepi langsung tidur.

                          ****

Darren turun ke basement  , kedengaran bunyi barang dibanting dengan kuat. Darren meminta penjaga basement untuk membuka pintu. Terlihat orang tua sedang membaling pinggan mangkuk ke dinding langsung disapa.

" Hoi! Kau jangan macam - macam eh , mengamuk tak tentu pasal , kau nak apa? " tegur Darren lalu duduk di kerusi hadapan dengan lelaki tua itu.

" lepaskan aku lah! , kau dah janji dengan aku " kata lelaki tua itu. Darren tersenyum sinis , kaki kanan disilangkan ke atas.

" hutang kau dengan bapak aku belum settle lagi , lepastu kau nak mengamuk apahal? Selagi hutang kau dengan bapak aku tak settle selagi tu aku takkan lepaskan kau " kata Darren dengan selamba , lelaki tua itu membaling serpihan kaca ke arah Darren langsung dielak.

" apa kau ingat nak baling benda kecik tu boleh kena ke? Hahahaha lemah! " kata Darren menyepak dagu lelaki tua itu sehingga baring terlentang ke belakang. Darren melangkah pergi dari bilik itu.

" aku- aku langsaikan hutang tu dengan anak aku macam mana kau setuju? " katanya membuatkan kaki Darren berhenti melangkah , dia agak berkenan dengan tawaran itu.

" hmm kalau dapat la anak kau , selagi dia tak jadi milik aku... duduk la kau sampai bila - bila " ujarnya langsung pergi , malas berlama - lama busuk!. Lelaki tua itu hanya mampu pasrah dengan takdirnya , kalau boleh putarkan masa dia ingin berubah menjadi lebih baik.

                        ****

" cik Qaireen boleh saya masuk? " tanya pembantu rumah itu , Qaireen menyahut perlahan langsung duduk atas katil.

" ini bubur ayam yang saya masak. Cik Qaireen makan la ye , kalau nak apa - apa boleh panggil saya " kata pembantu itu , Qaireen menggangguk.

Dia mengambil sudu lalu menyuap satu persatu bubur ayam ke dalam mulutnya , tiba - tiba dia merasakan sesuatu yang pelik dalam bubur itu langsung berlari ke bilik air memuntahkan sisa makanan tadi.

Qaireen keluar dari bilik dengan muka pucat , tidak bermaya. Dia cuba memanggil pembantu rumah tetapi tiada suara untuk panggil.

" r-remy... " panggil Qaireen lemah , dia mengetuk pintu biliknya berkali - kali. Dia mengharapkan seseorang datang.

Dia cuba sehabis mungkin tetapi tiada siapa yang mendengarkannya. Matanya perlahan - lahan terkatup. Akhirnya Qaireen pengsan. Jeremy sedang berjalan menuju ke biliknya ingin tidur tetapi dia ingin menjenguk Qaireen dulu. Dia berdiri dihadapan pintu bilik Qaireen , memegang tombol pintu langsung dipulas secara perlahan.

Halu guys , huih lama tak update siyes sorry sebab tak ada idea berbulan gak cari idea😭💔 , hope bab ni okay la , jangan lupa comment dengan vote sekali , setiap comment dan vote korang aku hargai. See ya da🖐🏻❤️

The Unknown Wife ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora